Wednesday 10 October 2012

Kepentingan Hijrah


Kepentingan Hijrah


1.    Dakwah Islamiah dapat dilakukan dengan aman dan dapat dilakukan secara terang-terangan.

2.    Peluang untuk mendamaikan masyarakat Arab di Madinah.

3.    Menjalinkan hubungan persaudaraan orang Islam Makkah dan Madinah.

4.    Dapat menyatukan golongan yang sebelum ini berseteru.

5.    Wujud golongan Muhajirin dan Ansar. Muhajirin bermaksud  berpindah. Ansar bermaksud  menolong ( Nasara). Golongan Ansar membantu Muhajirin dengan cara:

a.    Menjaga keselamatan

b.    Menyediakan modal untuk berniaga

6.    Keamanan dapat menjana ekonomi , kegiatan agama, dan kegiatan lain dalam sejahtera sebagai sebuah negara.

7.    Wujud takwim Hijrah. Mula digunakan pada zaman Khulafa Ar Rasyidin dan diteruskan oleh Umar al Khatab.

8.    Wujud masjid Nabawi . Masjid pertama dalam perkembangan Islam ialah Masjid Quba’. Yang menjadi tempat ibadat, belajar berbincang dan aktiviti berjual beli.

9.    Pertukaran nama Madinah Al Munawarah daripada Yathrib dan menjadi pusat tamadun Islam dan agama.

10.  Menunjukkan sikap toleransi dan tolong- menolong ke arah kecemerlangan.

11.  Menunjukkan sokongan dan pengorbanan sahabat nabi. Menggadai nyawa, harta. Abd Rahman Auf menyumbangkan hartanya untuk penyebaran agama Islam.

12.  Memperlihatkan wanita berperanan menggerakkan kemajuan negara

13.  Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa nabi sanggup meninggalkan kampung halaman.

14.  Kebijaksanaan nabi mengatur strategi untuk berhijrah.

15.  Kewujudan negara Islam pertama bagi mempertahankan Islam dan Madinah dariapda Quraish.

2 comments:

  1. salm....cg. nme sy suraya,,cg ley tlonx postkn tuk sy x...sy nk gne tuk exam esk...
    sue_hilton96@yahoo.com

    ReplyDelete

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6