3
|
Penentangan masyarakat tempatan terhadap campur tangan
British bertujuan untuk
mempertahankan hak mereka daripada dicerobohi oleh
kuasa luar.
|
|
|
(a)
|
Ceritakan tentang perjuangan Tok Janggut menentang
British di Kelantan.
[6
markah]
|
|
(b)
|
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan penentangan Haji Abdul Rahman
Limbong di Terenganu. [4 markah]
|
|
(c)
|
(i) Mengapakah semangat perjuangan menentang
penjajahan British oleh kedua- dua tokoh di atas wajar dicontohi generasi
muda masa kini
[4 markah]
(ii) Berikan empat cadangan kepada generasi
muda hari ini supaya mereka menjadi
warganegara Malaysia yang berupaya mempertahankan kedaulatan
negara.
[6 markah]
|
T5B2 (ESEI )
.
Soalan
|
Butiran
|
Markah
|
||
3(a)
|
F1 Penentangan terhadap British berlaku di
Pasir Puteh berikutan pengenalan Sistem Penasihat British 1910
F2 Memaksa penduduk tempatan menerima cukai
yang tinggi
F3 Tok Janggut membantah dan enggan membayar
cukai
F4 Tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir
Puteh
F5 Pihak polis diarahkan menangkap Tok
Janggut tetapi gagal
F6 Pada 1915, Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad,
Penghulu Adam, Che Ishak Berjaya menawan Pasir Puteh
F7 Sebuah kerajaan baru dibentuk, Engku Besar
Jeram menjadi Raja dan Tok Janggut menjadi Perdana Menteri
F8 Dengan menggunakan nama Sultan Kelantan,
British membawa masuk tentera dari Negeri Selat dan mendarat di Tumpat
F9 Serangan British di Kg. Saring bermula
pada Mei 1915
F10 Strategi
serangan yang tersusun dan senjata moden melumpuhkan Tok Janggut
F11 Tok Janggut
terkorban, mayatnyat digantung songsang dan diarak di pasar Kota Bharu
F12 British memberi
amaran kepada rakyat Kelantan yang berani menentang
[ Mana-mana 6 X 1 ]
|
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
( 6m )
|
||
(b)
|
F1 Tidak puas dengan sistem cukai
F2 Menentang undang-undang tanah
F3 Marah apabila British meminta Tengku Nik
Maimunah menyuraikan penduduk yang membersihkan tanah
F4 Menentang campurtangan British dalam adat
Melayu dan agama Islam
F5 British mengaut keuntungan maksimum
daripada peraturan baru yang diperkenalkan
[ Mana-mana 4 X 1 ]
|
1
1
1
1
1
( 4m )
|
||
(c)
(i)
|
F1 Semangat taat setia kepada negara yang
tinggi
F2 Berjuang bermati-matian mempertahankan
bangsa, agama dan negara
F3 Bekerjasama/tolong menolong antara
pemimpin dan pengikut
F4 Sifat gigih berusaha memperjuangkan
matlamat
F5 Sentiasa berdisiplin
F6 Mempunyai pendirian yang kukuh/tidak goyah
F7 Tidak takut kepada ancaman/ugutan penjajah
F8 Semangat patriotik yang tinggi
F9 Mengamalkan ilmu agama yang kuat
F10
Mendaulatkan ketuanan Melayu
[Mana-mana
jawapan munasabah]
[ Mana-mana 4 X 1 ]
|
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
( 4m )
|
||
(c)
(ii)
|
F1 Mempertahankan perpaduan negara
F2 Memperkasa jati diri bangsa
F3 Menghayati sejarah perjuangan tokoh-tokoh
terdahulu
F4 Menyambut hari kemedekaan negara dengan
bersemangat
F5 Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
F6 Menanam nilai-nilai murni
F7 Mempelajari kemahiran
F8 Menguasai teknologi moden
[Mana-mana jawapan yang munasabah]
[ Mana-mana 6 X 1 ]
|
1
1
1
1
1
1
1
1
( 6m )
|
||
No comments:
Post a Comment