Wednesday 27 January 2021

Hotel Terapung Pertama di Dunia

 







Ni hotel terapung yang pertama di dunia. Hotel ni pada mulanya dikenali sebagai John Brewer Floating Hotel yang dibina sekitar tahun 1980 di Singapura. Hotel yang setinggi 5 tingkat dan mempunyai 200 bilik ini pada asalnya diletakkan di negara Australia, lebih tepat lagi di sebuah kawasan yang bernama Townsville.


Tetapi pelbagai masalah seperti masalah kewangan, hotel tersebut terpaksa menanggung kerugian yang besar selepas rosak akibat dilanda ribut taufan Charlie. Jadi hotel ini terpaksa dijual kepada sebuah syarikat Jepun yang beroperasi di Vietnam.


Di Bandar Ho Chi Minh, hotel ini dikenali sebagai Saigon Floating Hotel dan merupakan salah satu tempat yang menarik di bandar tersebut. Namun hotel ini sekali lagi mengalami kerugian yang mengakibatkan masalah kewangan.


Hotel tersebut kemudiannya dijual oleh pihak Korea Utara selepas 10 tahun beroperasi di Vietnam. Pada 1998 Hotel tersebut telah ditukarkan namanya kepada hotel Haegeumgang. Di Korea Utara, hotel ini diletakkan di kawasan sempadan antara Korea utara dan selatan.


Namun satu kejadian pada tahun 2008 yang menimpa hotel tersebut apabila pelancong dari Korea selatan ditembak oleh askar korea utara di hotel tersebut menyebabkan hotel itu terpaksa ditutup buat sementara waktu.



Kredit FB John Mohamed

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6