Tuesday 25 December 2018

Top 10 Classroom Games

https://www.quizalize.com/blog/2018/03/02/classroom-games/

Pembelajaran Berasaskan Projek


Pembelajaran Berasaskan Projek

Pendekatan dinamik untuk mengajar di mana pelajar meneroka masalah dan cabaran dunia sebenar, pada masa yang sama membangunkan kemahiran abad ke-21 semasa bekerja dalam kumpulan kerjasama kecil

Apakah Pembelajaran Berasaskan Projek?
Pembelajaran Berasaskan Projek, atau PBL, adalah pendekatan pengajaran dibina atas aktiviti pembelajaran dan tugas sebenar yang telah dibawa cabaran untuk pelajar menyelesaikannya. Kegiatan ini secara amnya mencerminkan jenis pembelajaran dan kerja yang dilakukan oleh orang dalam setiap hari dunia di luar bilik darjah. PBL biasanya dilakukan oleh kumpulan pelajar yang bekerja bersama-sama ke arah matlamat yang sama.

90 Aktiviti PAK21

BIL
AKTIVITI PAK21
CARA PELAKSANAAN
1
Human Graphing
(Graf Manusia)
Murid bergerak mengikut kumpulan dan membentuk corak/ pattern tertentu supaya topik mudah difahami.
2
Video Clips (Klip video)
Penggunaan klip video dengan berpandukan soalan-soalan yang disediakan.
3
Using large picture cards (gambar/foto besar)
Penggunaan gambar atau foto dalam PdPc.
4
I See, I Think, I Wonder (Saya lihat, saya fikir & saya bertanya)
Dengan menggunakan gambar/ objek, murid diminta:
(a) senaraikan/bincang apa yang mereka lihat (see),
(b) fikirkan apa yang mereka lihat dan kaitkan dengan hidup seharian/ lain-lain perkara (think) &
(c) bertanya soalan-soalan yang berkaitan/relevan (wonder).
5
Recap Groups (mengulang/ mengingat semula)
Kumpulan murid memberi laporan kepada kelas secara lisan berkenaan apa yang telah dipelajari sebelum itu.
6
Rocket Writing (Penulisan Pantas)
Jangka masa diberi (contohnya 3 atau 5 minit) untuk murid menulis apa yang mereka tahu berkenaan dengan topik/soalan yang diberi.
7
Gallery Walk (Lawatan ke galeri)
Murid berjalan/bergerak sekeliling bilik/dewan untuk
 (a) melihat,
(b) berfikir &
(c) berbincang dengan rakan-rakan sekumpulan berkenaan hasil kerja rakan-rakan lain yang ditampal.
8
Y Chart (Carta Y)
Tiga keping kertas ditampal dalam bentuk 'Y' dan pada setiap kertas ditulis soalan yang berbeza untuk murid menulis jawapan mereka.
9
Time Capsules (Kapsul masa)
Guru mengambil hasil kerja/ pandangan setiap murid pada awal tahun (contohnya) dan membuka kapsul itu beberapa bulan kemudian untuk murid membaca semula apa yang mereka tulis.
10
Chain Link (Rangkaian)
Murid membuat 'rantai kertas', pada setiap kertas ditulis idea/ maklumat yang berkaitan dengan topik yang diberi.
11
Survey (Tinjauan)
Murid membuat tinjauan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci bagi tujuan membuat analisis berkenaan topik/isu.
12
Shout Out (Laungan)
Murid digalakkan memberi idea secara lisan dengan laungan yang kuat dalam sesi sumbang-saran. Idea-idea mereka dicatat atas kertas atau papan putih. Aktiviti seterusnya - susun semula idea-idea ini secara sistematik.

13
Presentations (Persembahan)
Persembahan murid dalam bentuk :
(a) lisan
(b) video
(c) powerpoint
(d) pameran
(e) nyanyian
(f) tarian
(g) lakonan
(h) Iain-Iain yang kreatif.
Guru perlu membuat penilaian dan memberi maklum balas.
14
Learning
Modalities
(Gaya
Pembelajaran)
Penggunaan gabungan pelbagai cara pembelajaran. Contohnya kinestatik (pergerakan), visual dan/atau auditori (mendengar). PdPc melibatkan aktiviti-aktiviti mengikut kecenderungan murid (Multiple Intelligences):
1. Verbal-Linguistic
2. Logical-Mathematical
3. Visual-Spatial
4. Bodily-Kinesthetic
5. Musical-Rhythmic
6. Naturalist
7. Intrapersonal
8. Interpersonal
15
Quadrant Activity (Aktiviti Berempat)
1. Satu bulatan dilukis di tengah-tengah kertas yang besar. Di luar bulatan, guru membahagikan kertas kepada 4 bahagian (satu bahagian untuk satu murid).
2. Setiap murid menulis jawapan/ pandangan kepada soalan yang diberi.
3 Murid berbincang dengan ahli kumpulan dan menulis jawapan yang telah semua ahli kumpulan di dalam bulatan.
16
Indicator (Petunjuk)
Penggunaan dua warna untuk menunjukkan jawapan murid, contohnya:
(a) hijau - Ya / Setuju
(b) merah - Bukan / Tidak setuju
17
Build the biggest tower
(Membina menara yang terbesar)
1. Murid bekerja secara berkumpulan & kolaboratif.
2. Guru memberi bahan-bahan yang terhad kepada setiap murid untuk membina menara mereka secara kreatif.
3. Menara ini mencerminkan/ memaparkan refleksi/ pandangan mereka.
18
Chunking (Gabungan)
Menggunakan pengetahuan sedia ada murid yang digabungkan dengan pembelajaran baru untuk mempertingkatkan kefahaman mereka.
19
Graphic Organiser
(Pengurusan
Grafik)
Bentuk grafik yang digunakan atau dicipta murid untuk menunjukkan kefahaman mereka dan/atau maklumat/fakta berkaitan isu/tajuk yang dibincang.
20
Skits (Sketsa)
Sketsa memberi peluang kepada murid untuk membuktikan kefahaman mereka terhadap topik yang diberi.
21
Parachute Building (Membuat payung terjun)
Aktiviti inkuiri yang menggalakkan murid bekerjasama dan berkolaborasi.
22
Café (Kafe/ Kedai Kopi)
Seperti di kafe, murid duduk secara berkumpulan di sebuah meja dan berbincang tentang soalan/isu yang diletakkan di atas alas meja (table cloth).
23
IB Tree (Pokok IB)
Setiap murid diberi helaian yang mempunyai pokok IB dan mereka mencatatkan perkembangan mereka secara individu tentang apa yang dipelajari.
24
SWOT
Murid dikemukakan soalan/ situasi /isu untuk dibincangkan dan mereka dikehendaki mengisi borang yang mempunyai empat petak:
S: Strengths (Kekuatan) W: Weaknesses (Kelemahan) 0: Obstacles (Halangan/
Cabaran) T: Thoughts (Soalan-soalan untuk tindakan/kajian seterusnya).
25
Commercial (Iklan)
Satu cara untuk menyampaikan maklumat tentang tajuk/topik yang diberi.
26
Continum (Penerusan)
Sama seperti graf atau carta, kaedah ini boleh digunakan untuk menunjukkan kefahaman dan perkembangan pelajar dalam sesuatu topik.
27
Checklist (Senarai semak)
Murid dikehendaki menanda item-item dalam senarai untuk menunjukkan kefahaman mereka.
28
Anecdotal Notes (Nota anekdot)
Guru membuat catatan ringkas berdasarkan pemerhatian dan perbincangan dengan pelajarnya. Nota-nota ringkas ini boleh dirujuk apabila membuat laporan secara formal.
29
Bus Stop (Hentian Bas)
1. Soalan/topik di atas kertas ditampal di dinding di beberapa tempat dalam kelas/dewan.
2. Murid bergerak secara berkumpulan dari satu hentian ke hentian yang lain sambil berbincang tentang soalan/topik berkenaan.
3. Murid berkongsi pendapat dan merekodkan komen dan maklumat yang diperoleh.
30
Table Talkers (Perbincangan di Meja)
Kad-kad yang mengandungi topik/ isu diletakkan di atas meja untuk perbincangan kumpulan secara lisan atau bertulis.
31
Exit Card (Kad Keluar)
Untuk refleksi. Contoh yang lain:
1. Light Bulb (Mentol) - 'Apakah satu perkara baharu saya pelajari hari ini?'
2. Bin. Bring. Baa -Bin (Bakul): 'Apa yang saya perlu hapuskan/keluarkan?' Bring (Bawa): "Apa yang saya boleh bawa untuk/kongsi bersama kumpulan saya?'
Bag (Beg): 'Apa yang saya suka/bangga?'
32
Brainstorming (Sumbangsaran)
Cara yang amat baik untuk mendapat idea-idea bernas daripada murid.
33
Classification (Klasifikasi)
Menampal kata-kata kunci atau soalan di dinding di beberapa tempat. Murid dikehendaki berdiri di mana terdapat kata-kata atau soalan yang mereka suka/setuju/faham.
34
What Matters (Apa yang penting)
Satu teknik menjawab soalan-soalan yang diberi - murid bergerak dan melihat serta cuba memahami atau memilih jawapan-jawapan yang sesuai yang ditampal di sekitar mereka.
35
Personal Learning Experiences (Pengalaman peribadi)
Murid berkongsi pengalaman peribadi berkaitan isu/ topik yang dibincang
36
Think - Pair -Share
(Fikir - Pasangan -Kongsi)
1. Murid dikehendaki memikirkan topik/soalan yang diberi secara individu.
2. Murid diminta berbincang dengan rakan/pasangan.
3. Mereka perlu berkongsi maklumat/hasil perbincangan dengan pasangan lain/ kumpulan/kelas.
37
Diamond Ranking (Susunan Berlian)
9 keping kertas/kad disusun dalam bentuk berlian (1-2-3-2-1).
Strategi ini digunakan untuk menentukan/menunjukkan susunan mengikut kepentingan idea/isu/isi, pada pandangan murid.
38
Story Books (Buku Cerita)
Penggunaan buku-buku cerita untuk kanak-kanak dalam kelas murid yang lebih dewasa dapat memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dan membuat refleksi.
39
Party (Pesta)
Mewujudkan suasana berpesta dan berbincang tentang topik/isu yang disediakan atas kad-kad yang ditampal di sekeliling bilik/dewan atau diletak di atas meja-meja atau di atas lantai.
40
Games (Permainan)
Permainan dijadikan strategi yang berkesan untuk refleksi/ perbincangan.
41
Learning Trios A-B-C
(Tiga Serangkai A-B-C)
Satu kaedah menguruskan perbincangan dalam kalangan murid:
1. Murid A bercakap, murid B & C dengar dan bertanya soalan.
2. Murid B bercakap, murid A & C dengar dan bertanya soalan.
3. Murid C bercakap, murid A & B dengar dan bertanya soalan
4. Murid juga boleh membuat catatan bertulis hasil daripada perbincangan mereka.
42
Sharing
(Berkongsi)
Kumpulan disusun mengikut minat atau hasil pembelajaran yang sama.
43
Carousel (Karusel)
1. Soalan-soalan diletak/tampal di sekeliling bilik.
2. Murid dikehendaki bergerak dalam kumpulan dari satu soalan ke soalan yang lain, dengan menunggu arahan guru sebelum bergerak.
3. Semua murid mesti bergerak ke setiap tempat yang diletakkan soalan. Murid diminta berbincang atau menulis jawapan mereka atas kertas.
4. Cara yang lain - murid duduk dalam kumpulan dan soalan-soalan diedarkan mengikut pusingan jam. Setiap kumpulan mesti bincang & jawab semua soalan.
44
Read and Highlight (Baca dan Tanda)
Satu strategi membaca yang berpandu. Murid diberi bahan bacaan dan dikehendaki mengenalpasti dan menanda kata-kata kunci atau ayat-ayat penting/utama.
45
Question Builder (Pembina Soalan)
Guru memberi konsep dan bimbing pelajar supaya mereka membina soalan-soalan yang membolehkan mereka mempelajari lebih lanjut tentang konsep yang diberi.
46
Puzzle it Out
Murid diberi maklumat yang tidak mengikut susunan. Murid dikehendaki berbincang dan menyusun maklumat.
47
Cloze Procedures (Isikan tempat kosong)
Murid diberi helaian tugasan di mana mereka perlu mendengar dengan teliti dan mengisi tempat-tempat kosong dengan maklumat yang sesuai/ tepat
48
KWL Chart (Carta KWL)
Carta diberi kepada murid sebelum PdPc. Pelajar diminta mengisi ruang-ruang seperti:
1. Know (What I know about / Apa yang saya tahu) -pengetahuan sedia ada
2 Want (What I want to know more about / Apa yang saya ingin tahu lebih lanjut?) - soalan-soalan murid
3. Learned (What I have learned / Apa yang saya telah pelajari) - penilaian sumatif.
49
Rubrics (Rubrik)
Satu strategi untuk menilai pencapaian pelajar contohnya persembahan murid. Murid akan diberitahu ciri-ciri yang terkandung dalam rubrik.

50
Iceberg (Bongkah ais/ Aisberg)
Satu strategi untuk mengumpul maklumat daripada murid berkenaan topik yang diberi:
- Fakta asas / maklumat biasa berada di hujung aisberg.
- Maklumat yang lebih kompleks berada di paras bawah.

51
Timeline (Garisan Masa)
Strategi yang digunakan untuk mencatat maklumat murid atau topik - satu bentuk klasifikasi atau ranking.
Dulu  Sekarang  Masa depan
52
Dip
(Cerun/Lurah)
Murid menanda rajah cerun/ lurah untuk menunjukkan tahap kefahaman mereka berkenaan sesuatu topik.
Inquire / \ Learn (Tanya) I \ (Belajar) Understand (Faham)
53
GRASPS
Strategi ini digunakan untuk menilai persembahan atau hasil kerja pelajar. Murid diberi borang GRASPS untuk diisi pada peringkat awal projek mereka.
-Goal (Go/Target)
-Role (Peranan)
-Audience /hadirin/pembaca) -Situation (Situasi)
-Product, Performance & Purpose (Produk, Penyampaian & Tujuan) -Standards & Criteria for Success (Ciri/ Kriteria kejayaan)
54
Quick Quiz (Kuiz Kilat)
Kuiz yang digunakan untuk menguji kefahaman murid tentang pengetahuan sedia ada atau apa yang teiah mereka pelajari (awal / akhir PdPc).
55
Artscape (Lakaran)
Guru memainkan muzik/lagu (jika mahu) dan murid diminta melakar/melukis (menggunakan warna) di atas kertas kosong apa yang mereka suka, untuk mencerminkan kefahaman mereka tentang apa yang dipelajari.
56
Dramatisation (Drama)
Persembahan murid dalam bentuk drama, iaitu hasil kerja pelajar secara berkumpulan selepas membuat perbincangan, perancangan dan latihan.
57
Mind Map (Peta Minda)
Satu strategi untuk memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kefahaman mereka tentang sesuatu topik yang diajar. Peta minda i-think ada-lah satu contoh peta minda yang digalakkan.
58
Attitude Movement (Pergerakan mengikut Pendapat)
Guru menampal kenyataan-kenyataan berkaitan isu/topik yang telah dibincang di sekeliling bilik/dewan dan murid diminta membaca setiap kenyataan dan berdiri/berkumpul di tempat kenyataan yang mereka setujui.
59
Constructivism (Konstruktivisme)
Strategi ini menggalakkan murid melalui proses pembelajaran yang bermakna dengan membina idea-idea baru. Proses ini melibatkan:
-Generate (Bina/Jana)
-Sort (Susun)
-Connect (Gabung/Hubung)                                                                                               -Elaborate (Hurai/Jelaskan)
60
Jigsaw Reading (Susun Suai)
Murid diberi keratan ayat/ perenggan di mana mereka dikehendaki menyusun semula ayat-ayat/perengan-perenggan mengikut kesesuaian/idea/jalan cerita/kronologi/dll.
61
Chart and Share (Catat & Kongsi)
Borang 'Chart and Share' diberi kepada murid dan mereka berbincang dan mengisi borang serta berkongsi maklumat/idea dengan kumpulan yang lain.
62
Table Cloth (Alas Meja)
Guru menyediakan soalan di atas kertas yang besar yang diletakkan di atas meja. Murid bergilir-gilir untuk menulis jawapan mereka di atas kertas itu.
63
Collaboration (Kolaborasi)
Murid diberi tugasan untuk membuat tugasan secara kumpulan dan bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan lain untuk melengkapkan / menyiapkan tugasan.
64
Stretch to Sketch (Lukis mengikut Kreativiti)
Guru memberi arahan/ maklumat untuk membantu murid melukis (secara individu) tetapi mereka juga dikehendaki menggunakan kreativiti masing-masing untuk berbuat demikian. Hasil kerja murid ditampal dan guru akan memberi pengiktirafan/hadiah kepada lukisan yang paling tepat/kreatif.
65
Drawing Posters (Melukis Poster)
Berdasarkan arahan/maklumat yang diberi, murid melukis poster secara berkumpulan, tanpa menggunakan perkataan/ayat
66
Thumbs Up (Isyarat Tangan)
Satu cara guru menilai murid apabila ditanya soalan, murid memberi isyarat tangan seperti berikut:
-Thumbs up (bagus/ faham)
-Thumbs middle (kurang faham/ kurang pasti)
-Thumbs down (tidak faham)
67
Compass Points (Tanda Kompas)
Selepas PdP, guru boleh mengedar borang untuk disi oleh murid secara individu :
-Excited (Seronok)
-Worrisome (Risau)
-Need to know (Ingin tahu)
-Suggestions (Cadangan)
68
Exemplars (Contoh)
Guru menggunakan contoh-contoh yang baik dalam PdPc untuk mengukuhkan kefahaman murid.
69
Personal Action Plan
(Pelan Tindakan Peribadi)
Setiap murid dikehendaki membuat pelan tindakan peribadi berkenaan pembelajaran mereka tentang topik/isu contohnya:
Segera   1 bulan     6 bulan     1 tahun
71
Traffic Lights (Lampu Isyarat)
Satu cara penilaian kendiri / pada awal, semasa atau pada akhir PdPc. Tiga warna digunakan:
-Green (Hijau - Saya yakin saya tahu)
-Yellow (Kuning - Rasa-rasanya saya tahu)
-Red (Merah - Saya tidak tahu)
72
"Post It" Notes (Nota Tampalan)
Murid diminta menulis catatan di atas sekeping kad/kertas dan tampalkan di papan kenyataan selepas PdP.
73
Talk Partners
(Pasangan
Berbual)
Murid diberi peluang untuk berbual dan berbincang dengan pasangan/rakan tentang apa yang mereka   telah pelajari.
74
Webs/
Spider Diagrams (Rajah Sarang Labah-labah)
Strategi ini hampir sama dengan menyediakan peta minda. Murid digalakkan mencatat idea mereka dalam bentuk yang kreatif.
75
Make predictions (Membuat jangkaan/ andaian)
Murid diminta membuat andaian/jangkaan sebelum demo/ ujikaji dibuat. Setelah tamat demo/ujikaji, murid diminta berbincang sama ada andaian/ jangkaan mereka betul, salah atau kurang tepat.
76
Circle Time (Bulatan masa)
Murid duduk dalam kumpulan secara bulatan sama ada di atas kerusi @ atas lantai. Guru menyediakan bola @ beg kacang. Sesiapa yang memegang bola tersebut, dikehendaki menyatakan pandangan tentang tajuk yang dibincangkan dan pass bola tersebut kepada murid lain pula untuk memberi giliran bercakap.
77
Envoys (Utusan)
Setiap kumpulan diberi tugasan, Seorang utusan dipilih dari setiap kumpulan untuk menerangkan hasil perbincangan tentang tajuk/isu kepada kumpulan baru disamping mendapatkan pandangan dari kumpulan baru tetang tajuk itu. Utusan kembali semula kepada kumpulan asal dengan menyatakan feed back kumpulan lain itu.
78
Rainbow Groups
(Kumpulan
Pelangi)
1. Murid berada dalam kumpulan. Tentukan tajuk yang berbeza bagi setiap kumpulan untuk perbincangan (home group).
2. Selepas berbincang, bina kumpulan baru (colour group) yang terdiri daripada setiap ahli dari kumpulan asal.
3 Murid akan menyatakan hasil perbincangan dari kumpulan asal kepada ahli kumpulan baru secara bergilir.
79
Snowballing (Bola Salji)
Guru menyatakan satu penyataan/soalan kepada semua murid.
1. Setiap murid menghasilkan satu jawapan secara individu
2. Kemudian, dia berkongsi jawapannya bersama pasangan. Jadikan dua jawapan yang ada kepada satu jawapan yang dipersetujui bersama
3. Pasangan ini pula berkongsi jawapan dengan pasangan yang lain.
4. Ulang proses yang sama. Cara ini boleh mensintesiskan 4 jawapan kepada 1 jawapan.
80
Rotating Stations (Stesen Berputar)
Letakkan kumpulan kecil di setiap stesen. Mereka diberi masa 10 minit untuk menjawab topik yang telah ditentukan di setiap stesen. Apabila masa tamat, kumpulan itu akan bergerak ke stesen seterusnya sehinggalah semua kumpulan telah melalui semua stesen. Setiap kumpulan diberi pen warna yang berbeza untuk mencatat jawapan.
81
Hot Seating (Kerusi panas)
Seorang murid dipilih tampil di depan kelas. Dia bertindak untuk menyatakan pandangan atau menjawab soalan daripada rakan-rakan berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan.
82
Goldfish Bowl (Mangkuk Ikan emas)
Sama seperti Hot Seating tetapi yang tampil ke depan ialah satu kumpulan untuk menyatakan pandangan dan menjawab soalan. Murid lain boleh bertanya soalan kepada kumpulan ini.
83
Six Thinking Hats (6 Topi Pemikir)
Murid diminta menyatakan pandangan berdasarkan Thinking Hats yang telah ditentukan.
84
Radio Phone-in (Radio Telefon)
Guru @ murid bertindak sebagai penyampai radio, 4 orang murid terdiri dari pelbagai karektor berbincang tentang topik. Murid lain boleh mengemukakan soalan.
85
TV Chat Show (Bual TV)
Guru sebagai pengacara TV. Murid terdiri dari pelbagai karektor berbincang tentang topik. Murid lain boleh mengemukakan soalan.
86
Freeze Frame (Rangka Beku)
Mulakan dalam bulatan. Murid bina freeze frame (rangka beku) berdasar topik. Alih meja supaya ada ruang untuk bergerak . Kumpulan menunjukkan rangka beku mereka kepada rakan lain untuk meneka apa yang dibina dan buat perbincangan.
87
Free Discussion
(Perbincangan
Bebas)
Ini boleh dilakukan dengan kumpulan-kumpulan yang lebih kecil. Oleh sebab tidak berstruktur, perbincangan ini memerlukan guru @ murid yang berpengalaman sebagai pemudahcara.
89
Listening Triad (Pendengaran Bertiga)
3 orang murid dalam satu kumpulan. Seorang sebagai penyoal, seorang yang akan menjawab soalan dan seorang lagi sebagai pencatat.
Pencatat akan membuat laporan selepas perbualan tersebut berakhir.
Untuk pdpc seterusnya, peranan seseorang itu akan bersilih ganti.
90
Distancing (Jarak)
Gunakan cerita, drama , main peranan untuk menjauhkan (menyesuaikan) murid dgn topik sensitif dan emosi. Contohnya, minta murid membincangkan perasaan mereka tentang perkabungan. Guru boleh menggunakan drama daripada orang yang berkabung dan kemudian minta murid untuk membincangkan bagaimana perasaan orang yang sedang mengalami situasi itu.



Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6