Sunday, 20 May 2018

Latihan Bab 10 Tingkatan 4


BAB 10

1          Bagaimanakah  masyarakat Melayu tradisional menggunakan lebihan pengeluaran ?

            I           Pemberian hadiah
            II          Pembayaran zakat
            III         Pembelian teknologi
IV         Penambahan modal

A          I dan II
B          I dan IV
C         II dan III
D         III dan IV

2          Manakah antara berikut merupakan ciri ekonomi masyarakat Melayu?

            I           Modal kecil
            II          Teknologi mudah
            III         Pengkhususan kerja
IV         Penggunaan buruh luar
            A          I dan II
B          I dan IV
C         II dan III
D         III dan IV

3          Maklumat berikut menerangkan Sistem Tanaman Kangcu yang diusahakan pada masa pemerintahan Maharaja Abu Bakar
·                 Kangkar
·                 Surat sungai
 
 



            Apakah tanaman yang dimajukan melalui sistem tersebut?
            A          Getah dan kopi
            B          Ubi kayu dan jagung
            C         Getah dan lada hitam
            D         Gambir dan lada hitam

4          Senarai berikut menunjukkan tokoh-tokoh yang berjasa  dalam perkembangan ekonomi Tanah Melayu

·        Long Jaafar
·        Raja Jumaat
·        Ngah ibrahim

            Apakah sumbangan tersebut?

            A          Memajukan Sistem Kangcu
            B          Melicinkan sistem peraturan tanah
            C         Memperkenalkan tanaman komersial
            D         Memajukan perlombongan bijih timah

5          Rajah berikut menerangkan kesan perlaksanaan sistem kontrak

Wujud amalan pemerasan dan penindasan terhadap buruh
 
Kemasukan beramai-ramai buruh India melalui sistem kontrak
 
           


            Bagaimanakah kerajaan British mengatasi masalah tersebut ?

            A          Memperkenalkan undang-undang buruh
            B          Menubuhkan Kesatuan Sekerja Buruh India
            C         Mewartakan Enakmen Pendaftaran Buruh Imigran India
            D         Menguatkuasakan Undang-Undang Tabung Imigresen India

6          Apakah fungsi ‘komprador’ dalam sistem perbankan di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19?

            A          Pihak Penjamin
            B          Pengusaha Bank
            C         Penaja Peminjam
            D         Pemegang Saham


7          Apakah ciri persamaan individu berikut ?
·        Kheh-thau
·        kangani
 
           
             


            A          Membekal buruh
            B          Membuka lombong
            C         Mendirikan sekolah
            D         Memajukan pertanian

8          Jadual berikut menunjukkan  hasil tanaman  getah di Tanah Melayu semasa pemerintahan British.

Tahun
Nilai pound sterling
1929
50 785 000
1930
20 208 000
1931
13 806 000
           
Apakah tindakan British untuk menstabilkan harga getah tersebut?

A          Sekatan Stevenson
B          Enakmen Tanah Padi
C         Akta Tanah Simpanan Melayu
D         Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa

9          Mengapakah  pemilikan dan penggunaan tanah tidak menjadi persoalan utama masyarakat Melayu sebelum kedatangan British?

            A          Kawasan tanah sempit
            B          Jumlah penduduk yang ramai
            C         Di bawah kawalan pembesar
            D         Ada rekod dan catatan yang lengkap


10        Maklumat di bawah menunjukkan pelabur yang terlibat dalam pertanian komersial


  • Pemodal  Cina
  • Pemodal  Eropah

 
 




            Mengapakah mereka menguasai sektor tersebut  ?

            I           Teknologi tinggi
            II          Konsesi tanah luas
III         Buruh tempatan ramai
IV         Galakan pembesar tempatan

A          I dan II
B          I dan IV
C         II dan III
D         III dan IV

11        Senarai berikut berkaitan dengan bank di Tanah Melayu


  • Kwong Yik Bank
  • Bank of Malaya
  • Ban Hin Lee Bank
 
 





Apakah ciri persamaan bank tersebut ?

A          Bank untuk pertanian
B          Bank tempatan terawal
C         Bank cawangan Eropah
D         Bank membuat matawang


12        Kedatangan British  telah mengembangkan perusahaan bijih timah dan sektor perladangan di Tanah Melayu.
            Apakah implikasi perkembangan tersebut terhadap ekonomi Tanah Melayu?

I           Kehadiran buruh Cina
II          Kewujudan sistem dwiekonomi
III         Pembangunan seluruh Tanah Melayu
IV         Peningkatan pendapatan orang Melayu                        

A          I dan II
B          I dan IV
C         II dan III
D         III dan IV

13        Rajah berikut berkaitan dengan dasar British terhadap pekebun kecil

Enakmen Tanah Padi 1917
 
Melarang tanaman getah di kawasan penanaman padi
 
 
 



            Apakah matlamat British memperkenalkan enakmen tersebut?

            A          Mengekalkan kesuburan tanah
            B          Meningkatkan pendapatan negara
            C         Menyaingi pengeluaran negara luar
            D         Mengekalkan orang Melayu sebagai petani

14        Senarai berikut berkaitan dengan urusniaga tanah


  • Pajakan
  • Sewa beli
  • Penjualan
 
 



            Mengapakah urusniaga tersebut sukar dilaksanakan bagi masyarakat Melayu tradisional?
            A          Larangan adat
            B          Hak mutlak raja
            C         Sekatan pembesar
            D         Rekod pemilikan tiada

15        Jadual berikut menunjukkan perubahan untuk mendapatkan kebenaran mengusahakan tanah

Kurun ke-17
Selepas kurun ke-19
Masyarakat Melayu
British
Pembesar
X

            Siapakah X?

            A          Raja
            B          Residen
            C         Pegawai Daerah
            D         Pesuruhjaya Tinggi

16        Rajah berikut berkaitan dengan sistem ekonomi  di Tanah Melayu



 










            Apakah kesan ekonomi wang tersebut kepada orang Melayu?

            A          Menjual tanah
            B          Menjadi hamba
            C         Berpindah ke bandar
            D         Bergiat dalam tanaman komersial





17        Apakah tujuan Land Settlement Order dikuatkuasakan di Sarawak pada tahun 1933?

            A          Melindungi tanah pribumi
            B          Memajukan kegiatan pertanian
            C         Membenarkan imigran memiliki tanah
            D         Memudahkan membina kemudahan asas


18        Peta berikut menunjukkan perkembangan landasan keretapi di Tanah Melayu

           
Apakah kesan pembinaan tersebut ke atas perusahaan getah?
A          Penggunaan teknologi moden
B          Pertambahan kemasukan imigran
C         Peningkatan jumlah eksport getah
D         Pembukaan tanah baru di pedalaman
19        Pernyataaan berikut berkaitan dengan dasar pendidikan British di Tanah Melayu pada tahun 1920


Enakmen Pendaftaran Sekolah
 
 
           
            Apakah tujuan British memperkenalkan enakmen tersebut ?
            A          Membentuk sistem pelajaran yang seragam
            B          Menyekat pengaruh komunis di sekolah Cina
            C         Menggalakkan penubuhan sekolah vernakular
            D         Mengawal perkembangan sekolah persendirian

20        Pernyataan berikut berkaitan dengan perkembangan perkhidmatan  kesihatan di Tanah Melayu


Sanitary Board
 
 
           
Apakah tujuan penubuhan lembaga tersebut ?
A          Menjaga kebersihan bandar
B          Mengawal penyakit berjangkit
C         Memelihara kebajikan penduduk
D         Menyediakan perkhidmatan perubatan

21        Jadual berikut berkaitan dengan kemasukan kaum imigran ke Tanah Melayu.(m/s 264)
           
Abad
Isu

Perubahan kemasukan imigran dari China dan India ke Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Apakah kesan pertambahan tersebut?
A          Kemerosotan kuasa pemimpin tempatan
B          Peningkatan petempatan setinggan
C         Kewujudan masyarakat majmuk
D         Perkembangan pertanian sara diri


22        Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan sekolah vernacular Melayu
Pada akhit abad ke-19? (m/s 265)

A          Terbuka kepada semua golongan
B          Ditadbir oleh golongan ulama
C         Dinaungi golongan pembesar
D         Pendidikan terhad di peringkat rendah

23        Berdasarkan rajah berikut, apakah kesimpulan yang dapat anda buat berhubung
kegiatan ekonomi mayarakat Melayu tradisional?(m/s 244)

                                                Bertani


            Memungut                   Ekonomi                      Menangkap
            Hasil hutan                  Tradisional                       ikan


                                                Melombong    

I           Hasil dipasarkan
II          Modal yang kecil
III         Uaha sama keluarga
Iv         Pengkhususan dalam kerja

A          I dan II
B          I dan IV 
C         II dan III
D         III dan IV



2011
24        Antara yang berikut, bank manakah yang ditubuhkan oleh pemodal tempatan di Tanah Melayu?
I           Mercantile Bank
II          Kwong Yik Bank
III         Bank Hin Lee Bank
IV         The Chartered Bank
 
A          I dan II
B          I dan IV
C         II dan III
D         III dan IV

25        Mengapakah kerajaan British menubuhkan Lembaga Pesuruhjaya Wang pada tahun 1897?  
                                               
A          Mencetak wang syiling
B          Mengawal nilai mata wang
C         mengeluarkan wang kertas
D         mengguna mata wang perak

26        Rajah di bawah merujuk kepada perubahan ekonomi yang berlaku di Tanah Melayu pada abad ke-19.
Ekonomi sara diri
 
Ekonomi dagangan
 
Antara berikut yang manakah merupakan faktor yang menyebabkan perubahan tersebut? (M/s 246)
I           Kemasukan pelabur asing
II          kaya dengan sumber bahan mentah
III         mempunyai ramai tenaga mahir
IV         hasil dagangan mudah diperoleh
 
A          I dan II
B          I dan IV
C         II dan III
D         III dan IV

27        Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh  Henry N.Ridley untuk
            Menningkatkan perusahaan getah di Tanah Melayu? (M.s 248)
I           Membuka kilang membuat kasut
II          Menunjuk cara menanam getah yang betul
III         Mengagih biji benih getah secara percuma
IV         Menemui teknik penorehan getah secara ibídem

A          I dan II
B          I dan IV
C         II dan III
D         III dan IV

28        Antara berikut yang manakah kesan penggunaan kapal korek dalam kegiatan
            perlombongan biji timah di Tanah Melayu?
A          Meningkatkan kualiti bijih timah
B          Penguasaan pemodal dari China  merosot
C         Lombong bijih timah dikuasa pembesar Melayu
D         Sultan memajakan semua lombong kepada pemodal British


29        Antara berikut bandar manakah yang berkembang maju disebabkan oleh perlombongan bijih timah?
I           Miri
II          Seremban
III         Kuala Lumpur
IV         Temerloh

A          I dan II
B          I dan IV
C         II dan III
D         III dan IV


30        Mengapakah kerajaan British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah pada tahun 1920 terhadap sekolah vernakular Cina?

A          Mengawal pembinaan sekolah
B          Menyekat pengaruh komunis di sekolah itu
C         memastikan sekolah cina diurus dengan baik
D         Memulakan penggunaan dialek cina yang sama

Skema Jawaban  Bab 10 (Tingkatan 4)


no
jawapan
m/s

no
jawapan
m/s
1
A
244

16
A
259
2
A
245

17
A
261
3
D
247

18
D
268
4
D
246

19
B
265
5
D
255

20
A
270
6
A
249

21
C
264
7
A
253

22
D
265
8
A
256

23
B
244
9
C
258

24
C
257
10
A
247

25
C
256
11
B
257

26
A
246
12
A
247

27
D
248
13
D
261

28
B
251
14
D
259

29
C
263
15
B
259

30
B
265

No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6