Tuesday, 29 May 2018

Kata Kunci Sejarah

Tip Sejarah Kertas 1:
TEKNIK KATA KUNCI
Adakah anda sudah membuat latih tubi menjawab soalan Sejarah Kertas 1 past years? Anda akan menyedari terdapat soalan yang mirip berulang setiap tahun. Sebagai contoh, soalan tentang Tamadun Indus memang popular setiap tahun. Di sini cikgu kongsikan teknik berkesan untuk menjawab soalan tentang tamadun Indus iaitu dengan mengenal pasti KATA KUNCI JAWAPANNYA:
1. Bandar Terancang
2. Sifat keterbukaan
3. Ilmu geometri
4. Pertembungan tamadun/budaya
5. Cop Mohor
Jadi, sekiranya soalan tentang tamadun Indus, Insya Allah salah satu di atas adalah jawapannya. Semoga  berjaya!




[11/7, 6:16 PM] Zazuriani: Salehuddin M.R:
Kata kunci bab 9 tingkatan 4:
Sekiranya soalan tentang Sijil Indulgences (surat pengampunan dosa, kata kuncinya ialah:
1. Penyelewengan ajaran agama
2. Menggugat kesucian ajaran agama

Sekiranya soalan tentang Pergerakan Luddite, kata kuncinya ialah:
1. Menentang penggunaan mesin

Sekiranya soalan tentang Perjanjian Tordesillas, kata kuncinya ialah:
1. Pembahagian kawasan pengaruh
2. Pembahagian kawasan penjelajahan

Sekiranya soalan tentang Putera Henry dan Ferdinand Aragon, kata kuncinya ialah:
1. Penerokaan kawasan Timur

Sekiranya soalan tentang Akta antipenggabungan (Anti Combination Act), kata kuncinya ialah:
1. Kenaikan gaji disekat/Gaji pekerja tidak meningkat
[11/7, 6:17 PM] Zazuriani: Salehuddin M.R:
KATA KUNCI BAB 8/T4:
Sekiranya soalan tentang motif seni ukiran:
KK:
1. Binatang-sebelum Islam
2. Tumbuhan/bunga-selepas Islam

Sekiranya soalan tentang matrileneal:
KK:
1. Anak perempuan mewarisi harta

Sekiranya soalan tentang Zilullah fil Alam/Zilullah fil Ardhi:
KK:
1. Mengesahkan kewibawaan

Sekiranya soalan tentang Madrasah:
KK:
1. Mudir
2. Kelas
3. Sukatan pelajaran
4. Pembelajaran mengikut tahap

Sekiranya soalan tentang Undang-undang Bertulis (persamaan)
KK:
1. Melicinkan sistem pentadbiran
2. Tanggungjawab/hukuman.

Kata Kunci Bab 2/T5: GERAKAN ISLAH

Sekiranya soalan tentang Gerakan Islah/Kaum Muda iaitu:
•  Tidak Berjaya/gagal/tidak berkesan
•  Bagaimana British menghalang…
•  Mengapa GI bergerak dengan baik di NNS?

Kata Kunci:
1.  Risalah disekat
2.  Penguatkuasaan undang-undang
3.  Menyekat kegiatan dakwah

Sekiranya soalan tentang saranan atau idea:
Kata kunci:
1.  Mengkritik penjajah
2.  Mengkiritik raja dan pembesar Melayu
3.  Menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia

 Sekiranya soalan tentang  tokoh Syeikh Muhammad Abduh atau Sayyid Jamaludin al-Afghani:
Kata kunci:
1.  Kemunculan semangat kebangsaan.

Kata Kunci Sejarah Kertas 1.
Bab 3 Tingkatan 4:

Srivijaya sebagai pusat perdagangan/kerajaan maritim yang ulung:
1. Angkatan tentera laut yang kuat.

Sumbangan Raja Indaravarman I:
1. Membina takungan air.
2. Keberkesanan sistem pengairan.
3. Keperluan beras negara mencukupi.
4. Pembinaan Baray.

Perubahan kerajaan Agraria kepada kerajaan Maritim/perubahan kerajaan Funan:
1. Kemajuan pelabuhan/pelabuhan strategik
2. Kedudukan Oc-Eo yang strategik

Konsep dewa raja dan orde kosmos:
1. Memantapkan kuasa pemerintahan.
2. Mengukuhkan kedudukan pemerintah.

Saling bergantungan kerajaan agraria dan maritim:
1. Mendapat bekalan makanan.
2. Pembekal sumber makanan.

Tembikar Qing Pai Kerajaan Kedah Tua:
1. Merupakan sebuah kerajaan entrepot.

Kata Kunci Sejarah Kertas 1:
Bab 4 Tingkatan 4:

Hamba/Bilal bin Rabah/Amir bin Fuhairah
1. Persamaan taraf/prinsip kesamarataan

Perang Al-Basus:
1. Kerajaan pusat tiada.
2. Mengamalkan semangat assabiah.
3. Puak.
4. Pembunuhan anggota kabilah.
5. Meningkatkan persefahaman penduduk.

Wahyu pertama Surah Al-Alaq:
1. Membaca untuk meningkatkan ilmu.
2. Pemisah Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam.
3. Zaman Jahiliah berakhir.

Kesan Dialog antara pemimpin Quraisy/ajaran Muhammad menggugat kedudukan kaum Quraisy:
1. Pemulauan terhadap keluarga baginda.

Kata Kunci Sejarah Kertas 1:
Bab 5 Tingkatan 4:

Sebab Kota Makkah berjaya dibuka semula dengan mudah:
1. Pencabulan syarat Perjanjian Hudaibiyah.
2. Pembunuhan seorang anggota Bani Khuzaah.

No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6