Thursday, 10 October 2013

Pendidikan India, Pertanian China

Tamadun India.

Ciri-ciri pendidikan Zaman Vedik. ( Peranan pendidikan dalam  Tamadun India)           
           
·         Mementingkan keagamaan
·         Agama  Hindu sebagai teras
·         Didominasi  oleh kaum lelaki
·         Kaum wanita tidak mempunyai ruang menerima pendidikan
·         Pendidikannya memberi tumpuan pembelajaran kitab-kitab veda
·         BahasaSanskrit merupakan medium pengajaran penting
·         Kaedah hafalan digunakan untuk mendalami kitab-kitab veda
·         Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha
·         Pendidikan peringkat awal diberikan di istana dan di rumah
·         Pendidikan tinggi diberikan di Kolej Brahma
·         Lahir university agama Buddha, iaitu Nalanda


Tujuan pendidikan

·         adalah untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati
·         Segala hukuman agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup sempurna dengan
            nilai-nilai murni yang diajar oleh agama
·         untuk capai taraf sebagai Brahmin yang berpendidikan,
·         Pendidikan juga untuk meningkatkan ilmu sains.
·         Pendidikan di India bertujuan untuk menambah ilmu
·         bertujuan  mengatasi buta huruf
·         Pendidikan juga untuk mendapatkan jawatan dalam pemerintahan.

Aspek penekanan dalam pendidikan

·         Mementingkan keagamaan dan agama Hindu
·         Pendidikannya memberi tumpuan pembelajaran kitab-kitab veda
·         seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya veda yang mengandungi
            peraturan ritual, mentera, dan lagu-lagu agama.
·         Mereka juga harus belajar karya sainstifik dan falsafah

Pusat dagangan dan pelabuhan di India.
·          Anga
·         Kalinga
·          Karusa.

 Contoh pelabuhan penting
·           Tamralipti
·           Ghantashala,
·            Kadura
·           Broach
·            Chual
·           Kalyan
·           Cambay
           
 Hasil dagangan di India.

·           senjata
·           gading gajah
·           emas
·           berlian
·           mutiara.

Perusahaan di India

·           pengeluaran tekstil
·           kain kapas
·           sutera.
·           barang emas
·            mutiara
·           batu permata.

Sresthin ( persatuan perdagangan )

·            persatuan perdagangan dan perusahaan
·           wujud disetiap bandar
·           contoh  persatuan itu ialah persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang 
       kulit   
·           Matlamatnya untuk mengawal harga, kualiti barang, dan gaji pekerja.
·           Undang-undang telah digubal untuk mengawal persataun.
·           Pelaksanaan undang-undang telah diawasi oleh raja.

 Cukai di India.

·         Diperkenalkan sejak Zaman Maurya
·         Hasil pertanian dan hasil buah-buahan
·          untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja

Negara yang menjalinkan hubungan dagangan dengan India.

·         Hubungan antara kerajaan Maurya dengan Macedonia, Sri langka, rantau
            Asia Tenggah dan Asia Tenggra.
·         Sejak tahun 100M, perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu.

Kemajuan yang dicapai dalam bidang perdagangan tamadun India.
                       
·         Aktiviti perdagangan mengalami perkembangan pesat kerana melibatkan
·         Perdagangan di dalam wilayah India dan perdagangan luar seperti Maedonia,
·         Sri langka, rantau Asia Tenggah dan Asia Tenggara.
·         Pusat Perdagangan iaitu Anga, Kalinga, dan Karusa yang menghasilkan senjata,
gading gajah, emas, berlian dan mutiara.
·         Mempunyai pelabuhan yang menghubungkan India dengan Negara luar seperti
·         Tamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul, kalian dan Cambay.
·         Di setiap bandar wujud persatuan perdagangan dan perusahaan yang dikenali sebagai sresthin antaranya persatuan tukang kayu, tukang logam dan tukang kulit.
·         Matlamat persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.
·         Raja menggubal undang-undang untuk mengawasi perjalanan persatuan perdagangan.
·         Dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik dengan  menggunakan mata  wang sebagai medium jual beli.Contoh bentuk mata wang emas dan dikenali sebagai dinara, wang perak dan wang daripada cangkerang siput.
·         Terdapat sektor perusahaan seperti pengeluaran tekstil, kain kapas, sutera, perusahaan yang berasaskan barangan emas, mutiara dan batu permata.
·         Pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap pelbagai hasil perdagangan
·         Seperti hasil pertanian dan buah-buahan.
·         Cukai dipungut untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja.
·         Perdagangan dengan Alam Melayu telah berkembang untuk mendapatkan hasil seperti rempah, bedak wangi, gading gajah, dan besi.
·         Dari China pula seperti tekstil, tembikar, barang kaca, dan minyak wangi.



Tamadun China

Jenis kegiatan ekonomi zaman Dinasti Shang.

·         kemajuan dalam pertanian
·         perdagangan dalam negeri
·         perdagangan maritim,
·         perusahaan
·          pembentukan persatuan perniagaan.
           
Sumbangan Tamadun China dalam bidang pertanian.

·         Dalam bidang pertanian tenggala diperkenalkan untuk membuat batas tanaman   
·         Kolar kuda digunakan untuk kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, dan
·         kereta sorong beroda serta penyisir tanah.
·         Sistem penenaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan
      tanah.
·         Kawasan bukit telah diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang.
·         Sistem pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber air  dalam pertanian terkawal.
·         Kawalan terhadap banjir dengan pembinaan terusan.

Kesan perkembangan perusahaan dalam tamadun China.

·         Perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han
·         Perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan di laur China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat.
·         Hasil dagangan dibawa melalui jalan darat, iaitu Jalan Sutera Darat dan kemudian melalui Jalan Laut mulai zaman Dinasti Tang.
·         Buktinya terdapat tembikar China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal di kawasan-kawasan tersebut.
·         Hasil perusahaan China bukan sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangkan dalam negeri China sendiri.

·         Muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar.

No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6