Dasar-Dasar Luar Malaysia
Perkembangan Dasar Luar Malaysia
Tahap Pertama: Tunku Abdul Rahman ( 1957 – 1970 )
·
Dasar pro-Barat yang
antikomunis
·
Dasar berbaik-baik
dengan negara jiran dan Komanwel
·
Ia dilaksanakan
disebabkan faktor politik,ekonomi dan sosial.
·
Faktor politik merujuk
kepada ancaman komunis.
·
Malaysia mendapatkan
bantuan pertahanan daripada
negara-negara Komanwel.
·
Malaysia menandatangani
Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) 1956.
·
Dasar berbaik dengan
negara jiran disebabkan timbul krisis selepas Malaysia mencapai kemerdekaan
seperti konfrontasi dengan Indonesia,terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura
daripada Malaysia.
·
Malaysia
menandatangani beberapa perjanjian dan menubuhkan ASA 1961 dan
Maphilindo pada 1962 serta ASEAN pada
1967.
·
Faktor ekonomi pula
memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain.
·
kerana Malaysia anggota
blok sterling,mengharapkan permintaan negara Barat
·
terhadap hasil timah dan
getah dan pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi
Malaysia.
·
Bagi mengurangkan
kebergantungan ini,Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas
·
Mula membina rangkaian
perdagangan dengan negara-negara lain seperti Jepun.
Tahap Kedua: Tunku Abdul Razak (1972
-1976) & Tun Hussein ( 1976 – 1981 )
·
Mengamalkan dasar
berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
·
Perubahan ini disebabkan kurangnya peranan AMDA dan
kurangnya pengaruh Britain di timur
·
Ia juga kerana
pergolakan yang berlaku di Vietnam.
·
Mengisytiharkan ZOPFAN
·
Menjalin hubungan
diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China.
·
Menjalin hubungan
diplomatik dengan Vietnam pada 1976.
Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad ( 1981 – 2003)
·
Dasar tahap ini
mengekalkan dasar tahap kedua tetapi memberi penekanan kepentingan ekonomi.
·
Malaysia menjalin
hubungan yang lebih erat dengan negara ASEAN,seperti menyelesaikan krisis
Vietnam dan Kampuchea.
·
Memperkenalkan Dasar
Pandang ke Timur pada 1982 dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai
model pembangunan.
·
Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan
negara lain menerusi
·
lawatan yang
dilakukan oleh Perdana Menteri,Dato Seri Dr Mahathir ke negara Afrika,Amerika
Selatan Caribbean dan Pasifik Selatan.
·
Melalui siri
lawatan ini,Malaysia menandatangani
perjanjian perdagangan dua hala.
·
Malaysia menjalin
hubungan dengan negara Dunia Ketiga.
No comments:
Post a Comment