Thursday, 10 October 2013

Kerajaan Bani Abbasiyah

KERAJAAN BANI ABBASIYAH

 Pembentukan Kerajaan

1.    Mula 750M ditaja oleh Ali bin Abdullah.
2.    Peringkat awal sulit kemudian terbuka.
3.    Gunakan kempen Ahlul Bait ( Keluarga Nabi saw)
4.    Pusat Operasi di Khurasan, Kufah dan Humaimah.
5.    Diperkukuhkan dengan sokongan 2 pahlawan besar – Abu Salamah Al-Khallal di Kufah dan Abu Muslim al-Khurasani di Khurasan.
6.    Ambil sempena nama bapa saudara Nabi saw – Abbas.
7.    Amal sistem monarki warisan.
8.    Zaman Abu Jaafar, pusat pemerintahan ke Bagdad.
9.    Berakhir dengan serangan tentera Mongol pimpinan Hulagu Khan-cucu Genghiz Khan. Mengusir Sultan al Mutasim. Meninggal dunia di pulau Shahi setelah memeluk Islam.


Sumbangan Abbasiyah


1.    Zaman kegemilangan dalam zaman Harun A-Rashid, dan Al Makmun.
2.    Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu – melalui aktiviti terjemahan bahasa asing ke bahasa Arab. Bahasa asing spt: Yunani, Sanskrit, Suriani .
3.    Baitulhikmah – institusi keilmuan diasas oleh Harun Al Rashid – berkembang pada zaman al-Makmun Harun al Rashid.
4.    Kegiatan utama:
a.    Terjemahan falsafah dan sains, terutama dari Yunani. 3 tahap:
                                  i.    Catat segala idea atau percakapan
                                 ii.    Kumpul idea yang serupa atau kumpul hadis nabi dalam buku.
                                iii.    Mengarang – lebih teliti kerana dicatat dan diatur ke dalam bab tertentu..
b.    Penglibatan golongan ulama dalam penulisan – susun Hadis dan hasilkan buku fikah, tafsir, sejarah. Ulama terkenal spt Imam Malik ( Al- Muwatta), Ibn ishaq ( Sejarah hidup Nabi), Abu Habifah ( Fikah dan Itjihad), Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Shafei, Imam Ahmad Hanbal.
c.    Wujud pemisahan dalam ilmu tafsir, sirah dan hadis.
5.    Kelebihan terjemahan:
a.    Terjemahan/penciptaan dapat buat perubahan karya. Hurai dan buat penambaikkan dengan memuatkan keterangan dan ulasan.
b.    Peranan besar dalam kebudayaan dunia – pelihara ilmu daripada lenyap dan pupus kerana terima hasil penulisan daripada zaman gelap di Eropah.
c.    Penubuhan institusi tingkatkan kegiatan penyelidikan hingga ke Eropah , kemudian diterjemah ke bahasa asing dan mula kebangkitan Eropah.

6.    Kesan perkembangan ilmu:
a.    Mula zaman pemulihan budaya @ Renaissance.
b.    Tingkat pengetahuan manusia dan warisan yang tidak ternilai.
c.    Keterbukaan dan kesediaan terjemah daripada bahasa asing bagi faedah umat Islam.
d.    Cendikiawan Islam memperbaiki dan meningkatkan karya asal.

e.    Berlaku percambahan dan perkembangan ilmu.

No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6