Tuesday, 27 August 2019

Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)

1. Memahami Kronologi – urutan waktu dan peristiwa sejarah. Murid dididik dengan kemahiran memahami tempoh masa (periodisasi) merujuk kepada kemajuan sesebuah tamadun. 

2. Meneroka Bukti – melibatkan kemahiran mengenal pasti dan membuat kaji banding antara sumber primer dengan sumber sekunder untuk mendapatkan maklumat sejarah. Kemahiran ini dapat menjana pemikiran sejarah dan pemahaman sejarah serta sifatnya yang interpretatif. Sumber-sumber tersebut diperoleh melalui kaedah lisan, kaedah bertulis dan kaedah arkeologi. 

3. Membuat Interpretasi – membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa dengan memberi ulasan berdasarkan bukti. Murid dapat mengetahui perbezaan tafsiran dan perspektif yang wujud dalam kalangan sejarawan. Di samping itu, murid dapat membezakan fakta sejarah dengan tafsiran sejarah.

4. Membuat Imaginasi – usaha melibatkan murid dengan sesuatu situasi dalam peristiwa sejarah. Kemahiran imaginasi  diperoleh secara visual dan empati.

5. Membuat Rasionalisasi – melibatkan penggunaan akal fikiran dan membuat pertimbangan yang wajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Usaha ini memerlukan kemahiran murid untuk membuat hipotesis, mengumpul maklumat, menentukan bukti yang signifikan dan membuat inferens daripada maklumat yang dikumpul.

3 comments:


  1. admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indoneisa WA : +8558778148

    ReplyDelete
  2. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6