Thursday, 10 October 2013

Bab 5 Ting 4

PERJANJIAN AQABAH PERTAMA DAN KEDUA


1.    Aqabah ialah tempat antara Mina dan Makkah. Wakil Aus dan Khazraj menemui Nabi di Aqabah kemudian memeluk Islam. Pada musim haji (621M) berikutnya, mereka mengunjungi lagi Nabi Muhammad s.a.w dan wujud perjanjian Aqabah Pertama.
2.    Antara isi perjanjian Aqabah Pertama termasuklah:
a.    Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman dengan Allah swt. dan Rasul.
b.    Berjanji membantu perjuangan Nabi saw.
c.    Tidak mengamalkan amalan jahiliyah.

3.    Selepas perjanjian tersebut Nabi s.a.w menghantar pendakwah Islam, Mus’ab bin Umair untuk menyebarkan Islam.

4.    Pada tahun 622M Perjanjian Aqabah Kedua ditandatangani. Isi perjanjiannya :
a.    Suku Aus dan Khazraj jemput Nabi saw di Makkah untuk hijrah ke Madinah
b.    Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan taat kepada Nabi saw.
c.    Mereka secara sukarela mengadakan tempat tinggal
d.    Kesediaan mempertahankan Islam.
e.    Berjanji menjaga keselamatan baginda dan orang Islam Makkah

5.    Kesan Perjanjian:

a.    Penghantaran utusan dakwah ke Madinah
b.    Islam mula tersebar di Madinah kemudian seluruh pelusuk dunia
c.    Perlindungan bagi orang Islam Makkah.
d.    Jaminan dan keselamatan orang Islam Makkah terjamin
e.    Berlaku Hijrah dan kewujudan tahun Hijrah.
f.     Permulaan wujudnya negara Islam di Madinah
g.    Mengembalikan keamanan dan persaudaraan  masyarakat Madinah oleh Nabi saw melalui Islam.           

HIJRAH


1.    Berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622M.
2.    Berlaku secara rahsia dan berperingkat-peringkat.
3.    Nabi Muhamad s.a.w berhijrah bersama Abu Bakar al-Siddiq memakan masa selama lebih kurang 2 hari.
4.    Umar bin al-Khattab berhijrah secara sendirian dan terang-terangan kerana sifat keberaniannya.

Konsep Hijrah


Makna Hijrah:
1.    Perkataan Arab bermakna  berpindah.
2.    Dalam konteks tamadun Islam bermaksud perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah . Bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan Islam dan satu strategi baru untuk menyebarkan Islam.
3.    Pengertian lain hijrah – Perjuangan untuk menegak kebenaran dan meninggalkan keburukan atau kejahatan.
4.    Semangat ingin berubah dan boleh berlaku dalam pelbagai keadaan seperti perubahan sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.
5.    Barat mentafsir Hijrah sebagai pelarian.
6.    Disangkal kerana terdapat perbezaan konsep Hijrah Barat dan Islam seperti berikut:
a.    Hijrah orang Islam kerana jemputan orang Arab Madinah.
b.    Orang Makkah ke Madinah disambut dengan gembira dan rela.
c.    Orang Islam Makkah diberi jaminan kjeselamatan dan diberi tempat tinggal.
d.    Nabi Muhamad saw pula dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua golongan penduduk Madinah.

Cara penghijrahan Nabi Muhamad s.a.w.
1.    Setelah berjaya melepaskan diri daripada kepungan
2.    Ali Abu Talib menggantikan nabi saw untuk tidur di tempat nabi.
3.    Bersama Abu bakar meninggalkan Makkah .
4.    Bersembunyi di Gua Thur sebelum berhijrah ke Madinah. Dibantu oleh Abdullah bin Abu bakar. Asma binti Abu Bakar menghantar makanan dan Amir bin Fuhairah menyediakan susu kambing diberi kepada baginda.
5.    Dipandu oleh Abdullah bin Arqat – waktu itu belum Islam lagi.

Sebab dan Tujuan Hijrah

1.    Perintah Allah swt menerusi wahyu.
2.    Meneruskan penyebaran Islam. Di Makkah Islam diancam.
3.    Satu strategi Nabi menyebarkan Islam.
4.    Suasana aman di tempat baru memudahkan penyebaran Islam.
5.    Jemputan daripada penduduk Madinah yang menghadapi pelbagai konflik. Mereka memerlukan pemimpin dan mendamaikan ketegangan.

Kepentingan Hijrah

1.    Dakwah Islamiah dapat dilakukan dengan aman dan dapat dilakukan secara terang-terangan.
2.    Peluang untuk mendamaikan masyarakat Arab di Madinah.
3.    Menjalinkan hubungan persaudaraan orang Islam Makkah dan Madinah.
4.    Dapat menyatukan golongan yang sebelum ini berseteru.
5.    Wujud golongan Muhajirin dan Ansar. Muhajirin bermaksud  berpindah. Ansar bermaksud  menolong ( Nasara). Golongan Ansar membantu Muhajirin dengan cara:
a.    Menjaga keselamatan
b.    Menyediakan modal untuk berniaga
6.    Keamanan dapat menjana ekonomi , kegiatan agama, dan kegiatan lain dalam sejahtera sebagai sebuah negara.
7.    Wujud takwim Hijrah. Mula digunakan pada zaman Khulafa Ar Rasyidin dan diteruskan oleh Umar al Khatab.
8.    Wujud masjid Nabawi . Masjid pertama dalam perkembangan Islam ialah Masjid Quba’. Yang menjadi tempat ibadat, belajar berbincang dan aktiviti berjual beli.
9.    Pertukaran nama Madinah Al Munawarah daripada Yathrib dan menjadi pusat tamadun Islam dan agama.
10.  Menunjukkan sikap toleransi dan tolong- menolong ke arah kecemerlangan.
11.  Menunjukkan sokongan dan pengorbanan sahabat nabi. Menggadai nyawa, harta. Abd Rahman Auf menyumbangkan hartanya untuk penyebaran agama Islam.
12.  Memperlihatkan wanita berperanan menggerakkan kemajuan negara
13.  Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa nabi sanggup meninggalkan kampung halaman.
14.  Kebijaksanaan nabi mengatur strategi untuk berhijrah.
15.  Kewujudan negara Islam pertama bagi mempertahankan Islam dan Madinah dariapda Quraish.

PIAGAM MADINAH


1.    Perlembagaan atau undang-undang bertulis pertama di dunia yang dirangka  Nabi pada 622M- berpandukan wahyu.
2.    Asas pemerintahan Kerajaan Islam yang terdiri daripada masyarakat Islan dan Bukan Islam.
3.    Piagam dirangka berasaskan persetujuan orang Islam dan bukan Islam.
4.    Mengandungi 47 fasal . 23 fasal membincangkan hubungan orang Islam dan tanggungjawab mereka. 24 fasal tanggungjawab orang bukan Islam terhadap Madinah.
5.    Dirumus kepada 7 aspek penting  merangkumi politik, ekonomi, sosial seperti:
a.        Politik
                      i.        Nabi Muhamad pemimpin di Madinah
                     ii.        Sebagai hakim menyelesaikan masalah antara Islam dan Bukan Islam
b.        Agama
                      i.        Bebas mengamalkan sebarang agama
                     ii.        Bebas mengamlkan adat selagi tidak bertentangan dengan Islam.
c.        Sosial
                      i.        Masyarakat sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara
                     ii.        Tidak boleh bermusuhan


d.        Perundangan
                      i.        Undang-undang Islam diguna pakai, tetapi undang-undang kekeluargaan dalam kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
                     ii.        Undang-undang Islam menekankan penginsafan dan bukannya jatuhan hukuman.
e.        Menetapkan syarat jatuh hukuman seperti saksi yang dapat mengesahkan jenayah.
f.          Ekonomi
                      i.        Kerjasama dituntut bagi memajukan ekonomi negara
                     ii.        Unsur tipu dan riba dihapuskan.

g.        Pertahanan
                      i.        Semua anggota masyarakat dikehendaki pertahankan negara
h.        Kedudukan kaum Yahudi
                      i.        Keselamatan terjamin selagi mematuhi perlembagaan Madinah

Kepentingan Piagam Madinah


1.    Model kerajaan Islam yang unggul
2.    Unsur Islam boleh digunakan dalam negara pelbagai agama dan kaum
3.    Perlembagaan yang mengandungi unsur dunia dan akhirat.
4.    Menunjukkan sistem ekonomi Islam mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan.
5.    Berjaya membentuk masyarakat  berasaskan ummah, hidup dalam  bersatu padu dan aman menerusi semangat ukhuwah Islamiah iaitu semangat persaudaraan sesama Islam, adil, persamaan hak dan tiada perbezaan taraf.
6.    Mempamerkan undang-undang yang lengkap dan sempurna berasaskan undang-undang syariah.
7.    Negara diwujud atas dasar perlembagaan terlebih dahulu.
8.    Berjaya menyusun masyarakat kehidupan yang sistematik berasaskan undang-undang.
9.    Wujudkan semangat kerjasama dan sama-sama  bertanggungjawab menjaga keselamatan negara hingga menjadikan kerajaan Islam kuat dan dihormati.

PENYEBARAN ISLAM

Berikut adalah strategi penyebaran Islam iaitu:

1.    Menghantar utusan ke Rom, Rom Timur Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan wilayah di sekitar semenanjung Arab.
2.    Tiada paksaan tetapi dengan diplomasi dan menerapkan nilai yang baik.
3.    Menerusi warkah atau surat untuk wujud persefahaman.
4.    Peperangan berlaku dengan izin atas tujuan mempertahankan diri, agama dan negara. Kerajaaan Islam melalui beberapa siri peperangan sejak 622M. Antaranya:
a.        Perang Badar 624M/2H
-           Dalam perang ini Islam menang, Nabi mengampunkan orang tawanan Arab Quraish, Tawanan Wanita dan kanak-kanak dibebaskan. Lelaki diberi syarat untuk membebaskan diri mereka dengan mengajar 10 kanak-kanak Islam membaca dan menulis  sehingga pandai akan dibebaskan.
b.        Perang Uhud 625M/3H
c.        Perang Khandak 627M/5H
d.        Perang Tabuk 630M/8H

5.    Perang dalam Islam mesti mengikut prinsip tertentu, iaitu:
a.        Dengan izin Allah swt setelah turunnya wahyu. Berperang apabila diserang oleh musuh.
b.        Berperang untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat terjaga.
c.        Menentang kezaliman dan mempertahankan diri.
d.        Islam menganjurkan perdamaian jika musuhnya inginkan perdamaian.
e.        Dakwah mesti dilaksanakan dengan baik
f.         Perang berpandukan aspek berikut:
                      i.      Tidak boleh membunuh orang yang lemah seperti orang tua, kanak-kanak, wanita, orang sakit, dan orang yang menyerah diri.
                     ii.      Tidak dibenarkan membunuh  binatang ternakan, dan tanaman.
                    iii.      Dilarang meroboh rumah ibadat.

PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH


1.    Kota Mekah ialah tempat kelahiran Nabi Muhamad s.a.w dan tempat lahirnya agama Islam.
2.    Orang Quraish melanggar perjanjian Hudaibiyah 630M
3.    Kedudukan Madinah akan menjadi lebih mantap.
4.    Satu strategi jangka panjang dalam penyebaran Islam.

Cara Pembukaan Kota Makkah:
  1. Berlaku tanpa kekerasan
  2. Peringkat awal menghantar tentera Islam empat pasukan 10000 orang.
  3. Diketuai oleh Khalid Al Walid, Abu Ubaidah Al Jarrah, Saad bin Ubadah, dan Zubair Al Awwam.. Masuk Makkah melalui 4 penjuru.
  4. Pengislaman Abu Sufian dan Al Abbas telah memudahkan lagi Makkah dibuka, selain jaminan keselamatan oleh penduduk Makkah.
  5. Kesan pembukaan Kota Makkah: Sebelum memasuki Makkah Abu Sufian dan bapa saudara nabi Al Abbas telah memeluk Islam.

Kepentingan Pembukaan Kota Makkah

  1. Menunjukkan semangat persaudaraan Islam dengan memberi jaminan keselamatan
  2. Menunjukkan semangat perpaduan dalam negara yang pelbagai agama dan keturunan.
  3. Sifat pemaaf Nabi saw terserlah – tidak membalas dendam terhadap orang Quraish.
  4. Kaabah terpelihara daripada kemungkaran. Agama menyembah berhala dihapuskan.
  5. Kota suci umat Islam dalam melakukan ibadah.
  6. Membuktikan kukuhnya negara Islam di Madinah.
  7. Bermulanya penyebaran Islam secara menyeluruh ke Tanah Arab tanpa paksaan.
  8. Wujud sebuah pusat pemerintahan Islam yang kuat dimana Madinah masih kekal pusat pemerintahan.
  9. Titih akhir perjuangan Nabi Muhammad s.a.w sebelum beliau wafat iaitu dalam
Khutbah akhir Nabi menyatakan setiap orang Islam bersaudara dan meninggalkan pusaka iaitu al quran dan sunnah.

Tindakan / strategi / usaha Nabi Muhammad dalam penyebaran Islam

  • Menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan Semenanjung Tanah Arab
  • Tidak memaksa memeluk Islam
  • Menggunakan diplomasi
  • Menunjukkan nilai-nilai yang baik
  • Menyeru memeluk Islam melalui warkah
  • Mewujudkan rasa persefahaman dengan wilayah tersebut

PEPERANGAN DALAM ISLAM

Sebab peperangan dibenarkan dalam Islam

  • Mempertahankan maruah diri
  • Mempertahankan agama
  • Mempertahankan negara
  • Dengan keizinan Allah

Contoh peperangan
  • Perang Badar 2H
  • Perang Uhud 3H
  • Perang Khandak 5H
  • Perang Tabuk 8H

Peperangan dalam Islam

  • Allah telah memberi keizinan untuk berperang
  • Setelah diserang oleh musuh
  • Mencari keamanan supaya tempat ibadat mereka terjaga
  • Menjaga maruah negara
  • Tidak memusnahkan harta benda
  • Menentang kezaliman
  • Mempertahankan diri
  • Islam menganjurkan perdamaian
  • Di medan perang tentera Islam dilarang membunuh sesuka hati
  • Dilarang memusnahkan tumbuh-tumbuhan
  • Akhlak tentera Islam mestilah mulia, saling bertolak ansur dan menunjukkan teladan yang baik


Perang Badar


  • Tawanan Arab Quraisy dalam perang Badar diampunkan
  • Tawanan wanita dan kanak-kanak dibebaskan
  • Tawanan lelaki diberikan syarat untuk membebaskan diri
  • Tawanan lelaki yang berjaya mengajar 10 orang kanak-kanak Islam membaca
  • dan menulis sehingga pandai dibebaskan

No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6