Soalan 1 :Pengenalan
Jelaskan latar belakang hubungan serantau yang dijalankan oleh Malaysia.
Pertubuhan serantau merupakan
satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara-negara yang
berjiran antara satu sama lain
Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik, ekonomi
atau sosial. Sejak Malaysia mencapai
kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan
disertainya iaitu ASA pada tahun 1961, MAPHILINDO pada tahun 1963 dan ASEAN
pada tahun 1967.
Soalan 2 a
Huraikan faktor yang menjadi asas pengubalan dasar luar Malaysia. (15 markah)
Faktor Sejarah
|
|
Hubungan
Kerajaan Melaka dengan China/Arab/Siam/ Kepulauan Melayu telah lama berlaku
|
|
Hubungan
Melayu serumpun di Kepulauan Melayu sejak sekian lama seperti
Indonesia/Brunei/Filipina.
|
|
Setelah
merdeka, Malaysia menyertai Pertubuhan Komanwel
|
|
Malaysia
diancam oleh fahaman komunis
|
|
Menggugat
keselamatan Malaysia.
|
|
Mendorong
Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat / antikomunis
|
|
Malaysia
belum mempunyai keupayaan pertahanan
|
|
Faktor ekonomi.
|
|
Mengamalkan
pasaran bebas dengan negara-negara lain di dunia
|
|
Malaysia
negara pengeluar utama bijih timah / getah
|
|
Terjalin
hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju.
|
|
Setelah
merdeka, beberapa langkah diambil bagi menggalakkan pelaburan
|
|
Diharapkan
dapat meningkatkan ekonomi
|
|
menyediakan
peluang pekerjaan
|
|
Melalui
Dasar Pandang ke Timur, kemasukan pelabur dari Jepun / Korea digalakkan
|
|
Menjalin
hubungan baik dengan negara-negara sedang membangun
|
|
Menjalin
hubungan baik dengan negara-negara
Islam/OIC
|
|
Faktor politik
|
|
Berdasarkan
prinsip-prinsip keamanan sejagat
|
|
Menekankan
pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain
|
|
Berpegang
teguh prinsip-prinsip / piagam PBB
|
|
Bagi
memelihara keamanan dunia
|
|
Menyokong
semua resolusi PBB
|
|
Faktor geografi
|
|
kedudukan
yang strategik di Asia Tenggara
|
|
Bersempadan
dengan negara di rantau ini
|
|
Perairannya
menjadi laluan utama kapal-kapal dagang
|
|
Keselamatan
negara serantau akan mempengaruhi Malaysia
|
|
Faktor demografi
|
|
Hubungan
diplomatik dengan negara Islam
|
|
Sejajar
dengan penduduknya majoriti beragama Islam
|
|
Tidak
mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel
|
|
Negara
berkenaan menceroboh/ menindas pribumi Palestin
|
|
Menentang
keras Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan
|
|
Tidak
mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan
|
b. Jelaskan perkembangan
hubungan serantau yang dijalankan oleh Melaysia
melalui pertubuhan
berikut;
:
(a)
Persatuan
Negara Asia Tenggara (ASA)10
markah
Tunku Abdul Rahman telahmencadangkan
penubuhan ASA. Cadangan ini dibuat berikutan ancaman komunis. PKM telah
diharamkan oleh kerajaan dan ini menyebabkanmereka melancarkan gerakan gerila
bagi menjatuhkan kerajaan. Ancaman komunis juga berlaku di negara jiran terutamanya Thailand yang
bersempadan dengan Malaysia. Thailand dijadikan sebagai pangkalan gerakan
gerila . Ini menyukarkan kedua-dua negara melemahkan dan menghapuskan gerakan
komunis..Dalam masa yang sama Filipina turut diancam komunis.. Malaysia
imengadakan kerjasama dengan negara jiran bagi membendung ancaman ini.
Pada 31 Julai 1961,
satu mesyuarat didakan di Bangkok antara Malaysia,Thailand dan
Filipina,hasilnya ASAtelah ditubuhkan. Pertubuhan ini diharapkan dapat
melindungi negara-negara anggota daripada ancaman komunis dan juga menjalinkan
kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.Matlamat penubuhan ASA termasuklah
menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial. Memberikan dan
menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan
teknologi. Akhir sekali mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan
politik negra anggota.
Malangnya ASA
tidak bertahan lama kerana tercetus pertelngkahan Malaysia denga
Filipina berkaitan isu penubuhan persekutuan Malaaysia pada tahun 1963.
(b)
Malaysia, Filipina dan Indonesia
(MAPHILINDO) 5/10 Markah
Pertubuhan ini dianggotai Malaysia,Filipina
dan Indoneesia. MAPHILINDO merupakan cantuman nama ketiga-tiga negara tersebut.
Tujuan penubuhannya adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan
menyelesaikan pertelingkahan negra anggota tersebut.. Ini berlaku berikutan
cadangan penubuhan persekutuan Malaysia. Indonesia tidak bersetuju dengan idea
tersebut kerana Sukarno menganggap ia sebagai satu bentuk penjajahan baru.
Filipina pula menentang kerana menuntut Sabah adalah sebahagian daripada
mereka.
Ketiga-tiga
negara tersebut telah mengadakan runding bagi menyelesaikan pertelinkahan
tersebut. Yang akhirnya membawa kepada penubuhan MAPHILINDO. Pertubuhan ini
sepakat memohon bantuan PBB untuk mendapaatkan pandangan rakyat Sarawak dan
Sabah tentang cadangan penubuhan persekutuan Malaaysia.PBB telah
menghantarLawrence V Michael More untuk meninjau pandangan rakyat.Hasilnya
majoriti rakyat kedua-dua negeri berkenaan bersetuju dan menyokong pembentukan
Malaysia.Walau bagaimanapun Indonesia dan Filipina tidak puas hati dan terus
menentang pembentukan Malaysia. Akhirnya pertubuhan ini gagal berfungsi.
(c)
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)15 markah
Pertubuhan ini diwujudkan hasil termeterainya Deklarasi
Bangkok pada 8 Ogos 1967. Pertubuhan ini dikenali Persatuan Negara-Negara Asia
Tenggara atau ASEAN. Maatlamatnya termasuklah mengekalkan kestabilan politik di
rantau Asia Tenggara,membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi,
sosial dan kebudayaan. Ia juga untuk
meningkatkan taraf hidup penduduk melali kerjasama dalambidang
pertanian,perdagangan dan perindustrian. Ia juga membantu dalam bentuk latihan
dan penyelidikan serta mengadakan hubungan yang erat dengan persatuaan atau
pertubuhan serantau dan antarabanagsa.
Keanggotaan ASEAN terdiri daripada 5 buah
negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura.Jumlah
anggota bertambah menjadi sepuluh apabila kesemua negara Asia Tenggara nenjadi
anggota. Negara-negara tersebut ialah Vietnam, Myanmar. Brunei, Laos,Kampuchea.
Papua New Guinea telah dilantik sebagai pemerhati kerana negara ini terletak
bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan di zon Asia Tenggara.
Logo ASEAN terdiri daripada sepuluh tangkai padi mempamerkan impian
pengasasana ASEAN iaitu sepuluh buah negara di asia Tenggara. yang diikat oleh
semangat persahabatan dan perpaduan. Bulatan pula membayangkan semangat bersatu
padudalam ASEAN. Moto ASEAN adalah keamanan, ketabilan, Kegigihan, kedinamikan,
kesucian dan kemakmuran. Terdapat pelbagai tugasan ASEAN termasuk mengadakan
persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN setahun sekali. Mereka mengadakan
mesyuarat Menteri-Menterri Ekonomi ASEAN dua tahun sekali. Sidang kemuncak
ASEAN akan diadakan mengikut keperluan. Sekretariat ASEAN berada di Jakarta.
ASEAN mempunyai dua jawatankuasa tetap iaitu Jawatankuasa Tetap Sosial dan
Jawatankuasa Tetap Ekonomi. Jawatankuasa Tetap Sosial terdiri daripada JK
Kebudayaan dan Penerangan,JK Sains dan Teknologi dan JK Pembangunan dan Sosial.
JK Tetap Ekonomi terdiri daripada JK Keangan daan Urusan Bank,JK
Perindustrian,Galian dan Tenaga serta JK Perhubungan dan Pengangkutan. Ia juga terdiri daripada JK
Makanan,Pertanian dan Perhutanan. Asean juga telah menubuhan ZOPFAN padathun
1984.ZOPFAN bermaksud Zon Bebas Senjata Nuklear.
Mungkin a dan b atau b
sahaja
Soalan
3
Huraikan peranan dan sumbangan
Malaysia dalam pertubuhan serantau sejak menyertainya
Sumbangan tersebut adalah menjamin kestabilan politik serta menjalin
kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial.Malaysia juga telah mewujudkan
pusat latihan dan penyelidikan dalam
bidang sains dan teknologi contohnya pembinaan Pusat Serantau untuk sains dan
matematik(RECSAM) di pulau Pinang.Kita juga yelah menyelesaikan pertelingkahan
tentang pembentukan Malaysia dengan Filipina dan Indonesia.
Negara kita juga telah memberikan sumbangan terhadap masalah
pencerobohan Vietnam ke atas Kemboja dan berjaya meningkatkan ekonomi serta
taraf hidup penduduk.Malaysia juga bertukar-tukar
pandangan melalui mesyauarat dan
persidangan yangdisertai. Kita juga menghadiri serta
menyertai mesyuarat CHOGM atau
ketua-ketuakerajaan Komanwel .Sumbangan Malaysia juga dengan menjadi tuan rumah mesyuaratCHOGM
di Kuala Lumpur Negara kita juga terlibat dalam pembentukan ZOPFAN melalui
Deklarasi Kuala Lumpurpada bulan November 1971. Kita juga akur dengan
ketetapanDeklarasi Langkawi. Sumbangan berikutnya adalah dengan menganjurkan sukan SEAdisamping menyertai sukan tersebut.
Kita telah membantu membentuk kerajaan DemokratikCampuran Kampuchea dan
dipersetujui oleh Vietnam.
Malaysia telah membina
projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu. Kita juga telah
menyumbangkan idea terhadap penubuhan AFTA diSidang Kemuncak ASEAN di
Singapura. Tambahan pula kita talah mengemukakan idea kerjasama ekonomi yang melibatkan
China.idea ini dikemukakan oleh Dato Seri Dr.Mahathir Mohammad dan dinamakan
EAEC.Negara kita turut menyubangkaan
idea dalam pendidikan iaitu dengan penubuhan Pertubuhan Menterri-menteri
pelajaran ASEAN(SEAMEO). Penglibatan Malaysia dalam bidang kebudayaan
dibuktikan dengan mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan
ASEAN..Malasia juga mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio
Soalan
4
Terangkan bagaimana Malaysia memainkan peranan dalam memacu perjuangan pertubuhan ASEAN
Kita
dapat menjalin hubungan baik dengan semua negara anggota serta mengambil
bahagian dalam sukan SEA.. Selain itu sentiasa mewujudkan kerjasama dalam
bidang politik ekonomi dan sosial Kita
juga cuba menyekat pengaruh menyekat pengaruh komunis.Bersedia menerima bantuan
dari segi politik.Bersedia menerima bantuan dari segi ekonomi .Bersedia
menerima bantuan dari segi social.Menyertai mesyuarat CHOGM / ketua-ketua
kerajaan Komanwel
Menjadi tuan rumah mesyuarat CHOGM .Akur
dengan ketetapan deklarasi Langkawi
Memberi bantuan teknikal dan pendidikan kepada negara-negara
anggota.Membantu menjaga keamanan seperti mana dilakuakan di
Kampuchea.Usaha-usaha yang dilakukan oleh Malaysia termasuklah menubuhkan dan
mengaktifkan ZOPFAN.
Soalan
5
Menilai
Keanggotaan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan di Asia Tenggara telah menjadi pemangkin kepada kejayaan negara . Jelaskan kejayaan
tersebut.
Keamanan negara terjamin
Kedaulatan negara terpelihara
Perkembangan ekonomi
Wujudnya pakatan ekonomi /EAEC/ ASEAN +3/ AFTA
Menjadi rantau bebas daripada ancaman senjata nuklear
Menjadi negara contoh dalam membanteras ancaman komunis
Menjalin hubungan bilateral / multilateral
Malaysia menjadi hab halal
Mewujudkan pasaran bebas
Berjaya membina Pusat Serantau Sains Matematik / RECSAM
Menubuhkan SITTDEC di Kuala Lumpur
Menganjurkan sukan SEA
Mana-mana munasabah
Soalan
6
Malaysia terkenal dengan pelbagai idea bagi menjaga keamanan dan
kesejahteraan serantau . Apakah cadangan
anda untuk mengekalkan keamanan serantau?
Menjalin hubungan diplomatik dengan negara
luar
Tidak menganggotai pakatan tentera
Berpegang pada piagam PBB
Bekerjasama dalam semua bidang/politik/ekonomi
/sosial
Menghormati prinsip negara luar
Mewujudkan semangat patriotisme di Malaysia
Memupuk perpaduan antara kaum
Mengelakkan perdebatan isu-isu sensitif
Memilih pemimpin yang berwibawa
Memberi penekanan terhadap nilai
keagamaan/moral
Mengamalkan prinsip Rukun Negara
Menganjurkan bulan keamanan
Mengamalkan konsep Satu Malaysia
Mengamalkan semangat kekitaan/ muhibbah
Menganjurkan program RIMUP
Soalan
7
Nyatakan nilai-nilai murni atau iktibar yang diperoleh daripada
penglibatan Malaysia dalam kerjasama serantau
Bijaksana , Bekerjasama ,Perundingan/musyawarah ,Berusaha,Permuafakatan
Perpaduan kaum/bersatu padu,Kerjasama kaum,Bertolak
ansur,Demokrasi
|
Tidak berputus asa,Tabah menghadapi cabaran
Semangat meneroka,Berwawasan,Berdikari
Inovatif dan kreatif,Pemikiran terbuka
Kekalkan keamanan,Pentadbiran teratur
Soalan 8
Rumusan
·
Pengetahuan yang diperoleh
·
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
·
Harapan /cadangan untuk masa depan dunia yang
lebih aman dan makmur
Sertakan 1 isi bagi setiap satu isu (pengetahuan,diri,bangsa,negara,harapan,
cadangan)
Memperkaya ilmu berkaitan dasar luar
Memiliki semangat patriotisme/ cinta akan negara
|
Menanamkan jati diri
Memperoleh idea baru untuk meningkatkan kemajuan
negara
Mempertahan kedaulatan negara
Kerjasama penting untuk mencapai kejayaan
Semangat meneroka dalam pelbagai bidang
Mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara lain
Keamanan dunia bertambah baik
Berkongsi kepakaran dalam semua bidang
Malaysia menjadi negara maju / makmur
Taraf kehidupan rakyat meningkat
Pentadbiran negara mendapat pengiktirafan dunia
Mengukuhkan identiti negara dan bangsa Malaysia
No comments:
Post a Comment