Tuesday, 25 September 2018

Etika dan tatacara memelihara bendera negara

Etika dan tatacara memelihara bendera negara juga harus diambil perhatian. Antaranya ialah cara mengibar, melipat, menyimpan dan memusnahkan bendera. 
  • Bendera yang koyak, lusuh dan berubah warna dianggap sebagai bendera yang uzur. 
  • Bendera yang uzur tidak boleh dikibarkan kerana perbuatan itu menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera. 
  • Bendera yang uzur harus dimusnahkan dengan cara paling sopan iaitu dengan membakarnya di tempat yang tertutup. 
  • Tidak boleh membakar bendera sebagai tanda protes kepada sesebuah negara. 
Kedudukan Jalur Gemilang setaraf dengan Perlembagaan. Justeru, perbuatan membakar bendera bukan saja diibaratkan membakar hangus negara tetapi memijak lumat martabat dan maruah negara.

No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6