BIL
|
AKTIVITI PAK21
|
CARA PELAKSANAAN
|
|
1
|
Human
Graphing
(Graf
Manusia)
|
Murid
bergerak mengikut kumpulan dan membentuk corak/ pattern tertentu supaya topik
mudah difahami.
|
|
2
|
Video
Clips (Klip video)
|
Penggunaan
klip video dengan berpandukan soalan-soalan yang disediakan.
|
|
3
|
Using
large picture cards (gambar/foto besar)
|
Penggunaan
gambar atau foto dalam PdPc.
|
|
4
|
I See,
I Think, I Wonder (Saya lihat, saya fikir & saya bertanya)
|
Dengan
menggunakan gambar/ objek, murid diminta:
(a)
senaraikan/bincang apa yang mereka lihat (see),
(b)
fikirkan apa yang mereka lihat dan kaitkan dengan hidup seharian/ lain-lain
perkara (think) &
(c)
bertanya soalan-soalan yang berkaitan/relevan (wonder).
|
|
5
|
Recap
Groups (mengulang/ mengingat semula)
|
Kumpulan
murid memberi laporan kepada kelas secara lisan berkenaan apa yang telah
dipelajari sebelum itu.
|
|
6
|
Rocket
Writing (Penulisan Pantas)
|
Jangka
masa diberi (contohnya 3 atau 5 minit) untuk murid menulis apa yang mereka
tahu berkenaan dengan topik/soalan yang diberi.
|
|
7
|
Gallery
Walk (Lawatan ke galeri)
|
Murid
berjalan/bergerak sekeliling bilik/dewan untuk
(a)
melihat,
(b)
berfikir &
(c) berbincang
dengan rakan-rakan sekumpulan berkenaan hasil kerja rakan-rakan lain yang
ditampal.
|
|
8
|
Y Chart
(Carta Y)
|
Tiga
keping kertas ditampal dalam bentuk 'Y' dan pada setiap kertas ditulis soalan
yang berbeza untuk murid menulis jawapan mereka.
|
|
9
|
Time
Capsules (Kapsul masa)
|
Guru
mengambil hasil kerja/ pandangan setiap murid pada awal tahun (contohnya) dan
membuka kapsul itu beberapa bulan kemudian untuk murid membaca semula apa
yang mereka tulis.
|
|
10
|
Chain
Link (Rangkaian)
|
Murid
membuat 'rantai kertas', pada setiap kertas ditulis idea/ maklumat yang
berkaitan dengan topik yang diberi.
|
|
11
|
Survey
(Tinjauan)
|
Murid
membuat tinjauan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci bagi tujuan
membuat analisis berkenaan topik/isu.
|
|
12
|
Shout
Out (Laungan)
|
Murid
digalakkan memberi idea secara lisan dengan laungan yang kuat dalam sesi
sumbang-saran. Idea-idea mereka dicatat atas kertas atau papan putih.
Aktiviti seterusnya - susun semula idea-idea ini secara sistematik.
|
|
13
|
Presentations
(Persembahan)
|
Persembahan
murid dalam bentuk :
(a)
lisan
(b)
video
(c)
powerpoint
(d)
pameran
(e)
nyanyian
(f)
tarian
(g)
lakonan
(h)
Iain-Iain yang kreatif.
Guru
perlu membuat penilaian dan memberi maklum balas.
|
|
14
|
Learning
Modalities
(Gaya
Pembelajaran)
|
Penggunaan
gabungan pelbagai cara pembelajaran. Contohnya kinestatik (pergerakan),
visual dan/atau auditori (mendengar). PdPc melibatkan aktiviti-aktiviti
mengikut kecenderungan murid (Multiple Intelligences):
1.
Verbal-Linguistic
2.
Logical-Mathematical
3.
Visual-Spatial
4.
Bodily-Kinesthetic
5.
Musical-Rhythmic
6.
Naturalist
7.
Intrapersonal
8.
Interpersonal
|
|
15
|
Quadrant
Activity (Aktiviti Berempat)
|
1. Satu
bulatan dilukis di tengah-tengah kertas yang besar. Di luar bulatan, guru
membahagikan kertas kepada 4 bahagian (satu bahagian untuk satu murid).
2.
Setiap murid menulis jawapan/ pandangan kepada soalan yang diberi.
3 Murid
berbincang dengan ahli kumpulan dan menulis jawapan yang telah semua ahli
kumpulan di dalam bulatan.
|
|
16
|
Indicator (Petunjuk)
|
Penggunaan
dua warna untuk menunjukkan jawapan murid, contohnya:
(a)
hijau - Ya / Setuju
(b)
merah - Bukan / Tidak setuju
|
|
17
|
Build the biggest tower
(Membina menara yang terbesar)
|
1.
Murid bekerja secara berkumpulan & kolaboratif.
2. Guru
memberi bahan-bahan yang terhad kepada setiap murid untuk membina menara
mereka secara kreatif.
3.
Menara ini mencerminkan/ memaparkan refleksi/ pandangan mereka.
|
|
18
|
Chunking (Gabungan)
|
Menggunakan
pengetahuan sedia ada murid yang digabungkan dengan pembelajaran baru untuk
mempertingkatkan kefahaman mereka.
|
|
19
|
Graphic Organiser
(Pengurusan
Grafik)
|
Bentuk
grafik yang digunakan atau dicipta murid untuk menunjukkan kefahaman mereka
dan/atau maklumat/fakta berkaitan isu/tajuk yang dibincang.
|
|
20
|
Skits (Sketsa)
|
Sketsa
memberi peluang kepada murid untuk membuktikan kefahaman mereka terhadap
topik yang diberi.
|
|
21
|
Parachute Building (Membuat payung terjun)
|
Aktiviti
inkuiri yang menggalakkan murid bekerjasama dan berkolaborasi.
|
|
22
|
Café (Kafe/
Kedai Kopi)
|
Seperti
di kafe, murid duduk secara berkumpulan di sebuah meja dan berbincang tentang
soalan/isu yang diletakkan di atas alas meja (table cloth).
|
|
23
|
IB Tree
(Pokok IB)
|
Setiap
murid diberi helaian yang mempunyai pokok IB dan mereka mencatatkan
perkembangan mereka secara individu tentang apa yang dipelajari.
|
|
24
|
SWOT
|
Murid
dikemukakan soalan/ situasi /isu untuk dibincangkan dan mereka dikehendaki
mengisi borang yang mempunyai empat petak:
S:
Strengths (Kekuatan) W: Weaknesses (Kelemahan) 0:
Obstacles (Halangan/
Cabaran) T:
Thoughts (Soalan-soalan untuk tindakan/kajian seterusnya).
|
|
25
|
Commercial
(Iklan)
|
Satu
cara untuk menyampaikan maklumat tentang tajuk/topik yang diberi.
|
|
26
|
Continum
(Penerusan)
|
Sama
seperti graf atau carta, kaedah ini boleh digunakan untuk menunjukkan
kefahaman dan perkembangan pelajar dalam sesuatu topik.
|
|
27
|
Checklist
(Senarai semak)
|
Murid
dikehendaki menanda item-item dalam senarai untuk menunjukkan kefahaman
mereka.
|
|
28
|
Anecdotal
Notes (Nota anekdot)
|
Guru
membuat catatan ringkas berdasarkan pemerhatian dan perbincangan dengan
pelajarnya. Nota-nota ringkas ini boleh dirujuk apabila membuat laporan
secara formal.
|
|
29
|
Bus
Stop (Hentian Bas)
|
1.
Soalan/topik di atas kertas ditampal di dinding di beberapa tempat dalam
kelas/dewan.
2.
Murid bergerak secara berkumpulan dari satu hentian ke hentian yang lain
sambil berbincang tentang soalan/topik berkenaan.
3.
Murid berkongsi pendapat dan merekodkan komen dan maklumat yang diperoleh.
|
|
30
|
Table
Talkers (Perbincangan di Meja)
|
Kad-kad
yang mengandungi topik/ isu diletakkan di atas meja untuk perbincangan
kumpulan secara lisan atau bertulis.
|
|
31
|
Exit
Card (Kad Keluar)
|
Untuk
refleksi. Contoh yang lain:
1.
Light Bulb (Mentol) - 'Apakah satu perkara baharu saya pelajari hari ini?'
2. Bin.
Bring. Baa -Bin (Bakul): 'Apa yang saya perlu hapuskan/keluarkan?' Bring
(Bawa): "Apa yang saya boleh bawa untuk/kongsi bersama kumpulan saya?'
Bag
(Beg): 'Apa yang saya suka/bangga?'
|
|
32
|
Brainstorming
(Sumbangsaran)
|
Cara
yang amat baik untuk mendapat idea-idea bernas daripada murid.
|
|
33
|
Classification
(Klasifikasi)
|
Menampal
kata-kata kunci atau soalan di dinding di beberapa tempat. Murid dikehendaki
berdiri di mana terdapat kata-kata atau soalan yang mereka suka/setuju/faham.
|
|
34
|
What
Matters (Apa yang penting)
|
Satu
teknik menjawab soalan-soalan yang diberi - murid bergerak dan melihat serta
cuba memahami atau memilih jawapan-jawapan yang sesuai yang ditampal di
sekitar mereka.
|
|
35
|
Personal
Learning Experiences (Pengalaman peribadi)
|
Murid
berkongsi pengalaman peribadi berkaitan isu/ topik yang dibincang
|
|
36
|
Think -
Pair -Share
(Fikir
- Pasangan -Kongsi)
|
1.
Murid dikehendaki memikirkan topik/soalan yang diberi secara individu.
2.
Murid diminta berbincang dengan rakan/pasangan.
3.
Mereka perlu berkongsi maklumat/hasil perbincangan dengan pasangan lain/
kumpulan/kelas.
|
|
37
|
Diamond
Ranking (Susunan Berlian)
|
9
keping kertas/kad disusun dalam bentuk berlian (1-2-3-2-1).
Strategi
ini digunakan untuk menentukan/menunjukkan susunan mengikut kepentingan
idea/isu/isi, pada pandangan murid.
|
|
38
|
Story
Books (Buku Cerita)
|
Penggunaan
buku-buku cerita untuk kanak-kanak dalam kelas murid yang lebih dewasa dapat
memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dan membuat refleksi.
|
|
39
|
Party
(Pesta)
|
Mewujudkan
suasana berpesta dan berbincang tentang topik/isu yang disediakan atas
kad-kad yang ditampal di sekeliling bilik/dewan atau diletak di atas
meja-meja atau di atas lantai.
|
|
40
|
Games
(Permainan)
|
Permainan
dijadikan strategi yang berkesan untuk refleksi/ perbincangan.
|
|
41
|
Learning
Trios A-B-C
(Tiga
Serangkai A-B-C)
|
Satu
kaedah menguruskan perbincangan dalam kalangan murid:
1.
Murid A bercakap, murid B & C dengar dan bertanya soalan.
2.
Murid B bercakap, murid A & C dengar dan bertanya soalan.
3.
Murid C bercakap, murid A & B dengar dan bertanya soalan
4.
Murid juga boleh membuat catatan bertulis hasil daripada perbincangan mereka.
|
|
42
|
Sharing
(Berkongsi)
|
Kumpulan
disusun mengikut minat atau hasil pembelajaran yang sama.
|
|
43
|
Carousel
(Karusel)
|
1.
Soalan-soalan diletak/tampal di sekeliling bilik.
2.
Murid dikehendaki bergerak dalam kumpulan dari satu soalan ke soalan yang
lain, dengan menunggu arahan guru sebelum bergerak.
3.
Semua murid mesti bergerak ke setiap tempat yang diletakkan soalan. Murid
diminta berbincang atau menulis jawapan mereka atas kertas.
4. Cara
yang lain - murid duduk dalam kumpulan dan soalan-soalan diedarkan mengikut
pusingan jam. Setiap kumpulan mesti bincang & jawab semua soalan.
|
|
44
|
Read
and Highlight (Baca dan Tanda)
|
Satu
strategi membaca yang berpandu. Murid diberi bahan bacaan dan dikehendaki
mengenalpasti dan menanda kata-kata kunci atau ayat-ayat penting/utama.
|
|
45
|
Question
Builder (Pembina Soalan)
|
Guru
memberi konsep dan bimbing pelajar supaya mereka membina soalan-soalan yang
membolehkan mereka mempelajari lebih lanjut tentang konsep yang diberi.
|
|
46
|
Puzzle
it Out
|
Murid
diberi maklumat yang tidak mengikut susunan. Murid dikehendaki berbincang dan
menyusun maklumat.
|
|
47
|
Cloze
Procedures (Isikan tempat kosong)
|
Murid
diberi helaian tugasan di mana mereka perlu mendengar dengan teliti dan
mengisi tempat-tempat kosong dengan maklumat yang sesuai/ tepat
|
|
48
|
KWL
Chart (Carta KWL)
|
Carta
diberi kepada murid sebelum PdPc. Pelajar diminta mengisi ruang-ruang
seperti:
1. Know
(What I know about / Apa yang saya tahu) -pengetahuan sedia ada
2 Want
(What I want to know more about / Apa yang saya ingin tahu lebih lanjut?) -
soalan-soalan murid
3.
Learned (What I have learned / Apa yang saya telah pelajari) - penilaian
sumatif.
|
|
49
|
Rubrics
(Rubrik)
|
Satu
strategi untuk menilai pencapaian pelajar contohnya persembahan murid. Murid
akan diberitahu ciri-ciri yang terkandung dalam rubrik.
|
|
50
|
Iceberg
(Bongkah ais/ Aisberg)
|
Satu
strategi untuk mengumpul maklumat daripada murid berkenaan topik yang diberi:
- Fakta
asas / maklumat biasa berada di hujung aisberg.
-
Maklumat yang lebih kompleks berada di paras bawah.
|
|
51
|
Timeline
(Garisan Masa)
|
Strategi
yang digunakan untuk mencatat maklumat murid atau topik - satu bentuk
klasifikasi atau ranking.
Dulu Sekarang Masa depan
|
|
52
|
Dip
(Cerun/Lurah)
|
Murid
menanda rajah cerun/ lurah untuk menunjukkan tahap kefahaman mereka berkenaan
sesuatu topik.
Inquire
/ \ Learn (Tanya) I \ (Belajar) Understand (Faham)
|
|
53
|
GRASPS
|
Strategi
ini digunakan untuk menilai persembahan atau hasil kerja pelajar. Murid
diberi borang GRASPS untuk diisi pada peringkat awal projek mereka.
-Goal
(Go/Target)
-Role
(Peranan)
-Audience
/hadirin/pembaca) -Situation (Situasi)
-Product,
Performance & Purpose (Produk, Penyampaian & Tujuan) -Standards &
Criteria for Success (Ciri/ Kriteria kejayaan)
|
|
54
|
Quick
Quiz (Kuiz Kilat)
|
Kuiz
yang digunakan untuk menguji kefahaman murid tentang pengetahuan sedia ada
atau apa yang teiah mereka pelajari (awal / akhir PdPc).
|
|
55
|
Artscape
(Lakaran)
|
Guru
memainkan muzik/lagu (jika mahu) dan murid diminta melakar/melukis
(menggunakan warna) di atas kertas kosong apa yang mereka suka, untuk
mencerminkan kefahaman mereka tentang apa yang dipelajari.
|
|
56
|
Dramatisation
(Drama)
|
Persembahan
murid dalam bentuk drama, iaitu hasil kerja pelajar secara berkumpulan
selepas membuat perbincangan, perancangan dan latihan.
|
|
57
|
Mind
Map (Peta Minda)
|
Satu
strategi untuk memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kefahaman
mereka tentang sesuatu topik yang diajar. Peta minda i-think ada-lah
satu contoh peta minda yang digalakkan.
|
|
58
|
Attitude
Movement (Pergerakan mengikut Pendapat)
|
Guru
menampal kenyataan-kenyataan berkaitan isu/topik yang telah dibincang di
sekeliling bilik/dewan dan murid diminta membaca setiap kenyataan dan
berdiri/berkumpul di tempat kenyataan yang mereka setujui.
|
|
59
|
Constructivism
(Konstruktivisme)
|
Strategi
ini menggalakkan murid melalui proses pembelajaran yang bermakna dengan
membina idea-idea baru. Proses ini melibatkan:
-Generate
(Bina/Jana)
-Sort
(Susun)
-Connect
(Gabung/Hubung) -Elaborate
(Hurai/Jelaskan)
|
|
60
|
Jigsaw
Reading (Susun Suai)
|
Murid
diberi keratan ayat/ perenggan di mana mereka dikehendaki menyusun semula
ayat-ayat/perengan-perenggan mengikut kesesuaian/idea/jalan
cerita/kronologi/dll.
|
|
61
|
Chart
and Share (Catat & Kongsi)
|
Borang
'Chart and Share' diberi kepada murid dan mereka berbincang dan mengisi
borang serta berkongsi maklumat/idea dengan kumpulan yang lain.
|
|
62
|
Table
Cloth (Alas Meja)
|
Guru
menyediakan soalan di atas kertas yang besar yang diletakkan di atas meja.
Murid bergilir-gilir untuk menulis jawapan mereka di atas kertas itu.
|
|
63
|
Collaboration
(Kolaborasi)
|
Murid
diberi tugasan untuk membuat tugasan secara kumpulan dan bekerjasama dengan
kumpulan-kumpulan lain untuk melengkapkan / menyiapkan tugasan.
|
|
64
|
Stretch
to Sketch (Lukis mengikut Kreativiti)
|
Guru
memberi arahan/ maklumat untuk membantu murid melukis (secara individu)
tetapi mereka juga dikehendaki menggunakan kreativiti masing-masing untuk
berbuat demikian. Hasil kerja murid ditampal dan guru akan memberi
pengiktirafan/hadiah kepada lukisan yang paling tepat/kreatif.
|
|
65
|
Drawing
Posters (Melukis Poster)
|
Berdasarkan
arahan/maklumat yang diberi, murid melukis poster secara berkumpulan, tanpa
menggunakan perkataan/ayat
|
|
66
|
Thumbs
Up (Isyarat Tangan)
|
Satu
cara guru menilai murid apabila ditanya soalan, murid memberi isyarat tangan
seperti berikut:
-Thumbs
up (bagus/ faham)
-Thumbs
middle (kurang faham/ kurang pasti)
-Thumbs
down (tidak faham)
|
|
67
|
Compass
Points (Tanda Kompas)
|
Selepas
PdP, guru boleh mengedar borang untuk disi oleh murid secara individu :
-Excited
(Seronok)
-Worrisome
(Risau)
-Need
to know (Ingin tahu)
-Suggestions
(Cadangan)
|
|
68
|
Exemplars
(Contoh)
|
Guru
menggunakan contoh-contoh yang baik dalam PdPc untuk mengukuhkan kefahaman
murid.
|
|
69
|
Personal
Action Plan
(Pelan
Tindakan Peribadi)
|
Setiap
murid dikehendaki membuat pelan tindakan peribadi berkenaan pembelajaran
mereka tentang topik/isu contohnya:
Segera 1 bulan 6
bulan 1 tahun
|
|
71
|
Traffic
Lights (Lampu Isyarat)
|
Satu
cara penilaian kendiri / pada awal, semasa atau pada akhir PdPc. Tiga warna
digunakan:
-Green
(Hijau - Saya yakin saya tahu)
-Yellow
(Kuning - Rasa-rasanya saya tahu)
-Red
(Merah - Saya tidak tahu)
|
|
72
|
"Post
It" Notes (Nota Tampalan)
|
Murid
diminta menulis catatan di atas sekeping kad/kertas dan tampalkan di papan
kenyataan selepas PdP.
|
|
73
|
Talk
Partners
(Pasangan
Berbual)
|
Murid
diberi peluang untuk berbual dan berbincang dengan pasangan/rakan tentang apa
yang mereka telah pelajari.
|
|
74
|
Webs/
Spider
Diagrams (Rajah Sarang Labah-labah)
|
Strategi
ini hampir sama dengan menyediakan peta minda. Murid digalakkan mencatat idea
mereka dalam bentuk yang kreatif.
|
|
75
|
Make
predictions (Membuat jangkaan/ andaian)
|
Murid
diminta membuat andaian/jangkaan sebelum demo/ ujikaji dibuat. Setelah tamat
demo/ujikaji, murid diminta berbincang sama ada andaian/ jangkaan mereka
betul, salah atau kurang tepat.
|
|
76
|
Circle
Time (Bulatan masa)
|
Murid
duduk dalam kumpulan secara bulatan sama ada di atas kerusi @ atas lantai.
Guru menyediakan bola @ beg kacang. Sesiapa yang memegang bola tersebut,
dikehendaki menyatakan pandangan tentang tajuk yang dibincangkan dan pass
bola tersebut kepada murid lain pula untuk memberi giliran bercakap.
|
|
77
|
Envoys
(Utusan)
|
Setiap
kumpulan diberi tugasan, Seorang utusan dipilih dari setiap kumpulan untuk
menerangkan hasil perbincangan tentang tajuk/isu kepada kumpulan baru
disamping mendapatkan pandangan dari kumpulan baru tetang tajuk itu. Utusan
kembali semula kepada kumpulan asal dengan menyatakan feed back kumpulan
lain itu.
|
|
78
|
Rainbow
Groups
(Kumpulan
Pelangi)
|
1.
Murid berada dalam kumpulan. Tentukan tajuk yang berbeza bagi setiap kumpulan
untuk perbincangan (home group).
2.
Selepas berbincang, bina kumpulan baru (colour group) yang terdiri daripada
setiap ahli dari kumpulan asal.
3 Murid
akan menyatakan hasil perbincangan dari kumpulan asal kepada ahli kumpulan
baru secara bergilir.
|
|
79
|
Snowballing
(Bola Salji)
|
Guru
menyatakan satu penyataan/soalan kepada semua murid.
1.
Setiap murid menghasilkan satu jawapan secara individu
2.
Kemudian, dia berkongsi jawapannya bersama pasangan. Jadikan dua jawapan yang
ada kepada satu jawapan yang dipersetujui bersama
3.
Pasangan ini pula berkongsi jawapan dengan pasangan yang lain.
4.
Ulang proses yang sama. Cara ini boleh mensintesiskan 4 jawapan kepada 1
jawapan.
|
|
80
|
Rotating
Stations (Stesen Berputar)
|
Letakkan
kumpulan kecil di setiap stesen. Mereka diberi masa 10 minit untuk menjawab
topik yang telah ditentukan di setiap stesen. Apabila masa tamat, kumpulan
itu akan bergerak ke stesen seterusnya sehinggalah semua kumpulan telah
melalui semua stesen. Setiap kumpulan diberi pen warna yang berbeza untuk
mencatat jawapan.
|
|
81
|
Hot
Seating (Kerusi panas)
|
Seorang
murid dipilih tampil di depan kelas. Dia bertindak untuk menyatakan pandangan
atau menjawab soalan daripada rakan-rakan berkaitan dengan tajuk yang
dibincangkan.
|
|
82
|
Goldfish
Bowl (Mangkuk Ikan emas)
|
Sama
seperti Hot Seating tetapi yang tampil ke depan ialah satu
kumpulan untuk menyatakan pandangan dan menjawab soalan. Murid lain boleh
bertanya soalan kepada kumpulan ini.
|
|
83
|
Six
Thinking Hats (6 Topi Pemikir)
|
Murid
diminta menyatakan pandangan berdasarkan Thinking Hats yang
telah ditentukan.
|
|
84
|
Radio
Phone-in (Radio Telefon)
|
Guru @
murid bertindak sebagai penyampai radio, 4 orang murid terdiri dari pelbagai
karektor berbincang tentang topik. Murid lain boleh mengemukakan soalan.
|
|
85
|
TV Chat
Show (Bual TV)
|
Guru
sebagai pengacara TV. Murid terdiri dari pelbagai karektor berbincang tentang
topik. Murid lain boleh mengemukakan soalan.
|
|
86
|
Freeze
Frame (Rangka Beku)
|
Mulakan
dalam bulatan. Murid bina freeze frame (rangka beku) berdasar topik. Alih
meja supaya ada ruang untuk bergerak . Kumpulan menunjukkan rangka beku
mereka kepada rakan lain untuk meneka apa yang dibina dan buat perbincangan.
|
|
87
|
Free
Discussion
(Perbincangan
Bebas)
|
Ini
boleh dilakukan dengan kumpulan-kumpulan yang lebih kecil. Oleh sebab tidak
berstruktur, perbincangan ini memerlukan guru @ murid yang berpengalaman
sebagai pemudahcara.
|
|
89
|
Listening
Triad (Pendengaran Bertiga)
|
3 orang
murid dalam satu kumpulan. Seorang sebagai penyoal, seorang yang akan
menjawab soalan dan seorang lagi sebagai pencatat.
Pencatat
akan membuat laporan selepas perbualan tersebut berakhir.
Untuk
pdpc seterusnya, peranan seseorang itu akan bersilih ganti.
|
|
90
|
Distancing
(Jarak)
|
Gunakan
cerita, drama , main peranan untuk menjauhkan (menyesuaikan) murid dgn topik
sensitif dan emosi. Contohnya, minta murid membincangkan perasaan mereka
tentang perkabungan. Guru boleh menggunakan drama daripada orang yang
berkabung dan kemudian minta murid untuk membincangkan bagaimana perasaan
orang yang sedang mengalami situasi itu.
|
Saturday, 1 September 2018
90 Aktiviti PAK21
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
rangka F - mengawal tingkah laku H - jenayah C - bunuh, rompak I - keamanan Undang-undang penting dalam kehidupan masyarakat kerana d...
-
Cadangan Jawapan KBAT 1. Apakah ciri-ciri masyarakat yang tidak bertamadun di dunia moden hari ini? ...
-
1. Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah tamadun Yunani mengalami pelbagai bentuk pemerintahan dan pentadbiran? Tamadun Yunani mengalam...
No comments:
Post a Comment