1.
Pengenalan
[5 markah]
Nyatakan
latar belakang Malaysia dalam hubungan luar
Malaysia
mempunyai dasar luarnya yang tersendiri, iaitu berbaik-baik dengan semua negara.
Kepentingan dasar luar Malaysia merujuk pada matlamat
yang ingin dicapai oleh Malaysia iaitu menjamin keselamatan rakyat dan negara.
Matlamat dasar luar Malaysia juga untuk memelihara kepentingan
nasional dan mengekalkan kedaulatan negaraSelain itu
menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi serta mengekalkan keamanan
sejagat melalui kerjasama antarabangsaMalaysia juga ingin menjadi warga global
yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia
Malaysia
melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain, iaitu hubungan
bilateral dan hubungan multilateral. Hubungan bilateral merujuk pada hubungan
secara terus dengan negara-negara tertentu. Contohnya, Malaysia mengutamakan
hubungan dengan negara-negara jiran antaranya termasuklah Singapura, Indonesia,
Thailand dan Vietnam.Selain itu, hubungan luar juga diadakan dengan negara Asia
yang lain, Amerika latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britain
dan Amerika Syarikat.
Hubungan
multilateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan
seperti Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara atau Association of South-East
Asian Nations (ASEAN), Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam atau Organisation
of Islamic Conference (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali atau
Non-Allingned Movement (NAM) dan sebagainya. Pertubuhan
serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara-negara
yang berjiran antara satu sama lain. Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk
kepentingan politik , ekonomi atau sosial.
Sejak Malaysia mencapai
kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan
disertainya, iaitu ASA pada tahun 1961, MAPHILINDO pada tahun 1963 dan ASEAN
pada tahun 1967.
2.
Memahami
[ 40 markah ]
Terangkan
faktor-faktor yang mempengaruhi asas penggubalan dasar luar Malaysia.
Malaysia
mengadakan hubungan dengan negara luar. Banyak faktor yang menentukan dasar
luar negara. Faktor-faktor tersebut ialah faktor sejarah, ekonomi, politik, geografi
dan demografi.
Faktor Sejarah
Dari
segi sejarah, hubungan luar ini
telah bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi seperti dengan China,
Arab, dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu. Hubungan ini berbentuk
hubungan perdagangan.
Hubungan
Melayu serumpun di Kepulauan Melayu juga telah terjalin dengan negara-negara
yang pada hari ini dikenali sebagai Indonesia, Brunei, Singapura dan
MalaysiaSetelah mencapai kemerdekaan Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan
meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel lain seperti
Australia dan New Zerland. Ini disebabkan pada masa itu Malaysia sedang diancam
oleh fahaman komunis yang disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Ancaman
komunis yang menggugat keselamatan Malaysia telah mendorong Malaysia
mengamalkan dasar pro barat dan anti komunis. Pada masa yang sama Malaysia
masih bergantung kepada barat kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan
pertahanan sendiri.