Tuesday, 21 March 2017

KBAT Bab 2 Ting 4

1. Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah tamadun Yunani mengalami pelbagai bentuk pemerintahan dan pentadbiran?

Tamadun Yunani mengalami pelbagai bentuk pemerintahan dan pentadbiran untuk menunjukkan orang Yunani sentiasa berusaha meningkatkan aspek pemerintahan dan pentadbiran negara kota. Hal ini kerana rakyat Yunani berhak menentukan sistem kerajaannya dan mengekalkan keamanan dalam negeri serta  memilih sistem pemerintahan yang sesuai serta adil. Ini juga adalah untuk menentang kezaliman dalam pemerintahan dan untuk kestabilan politik dalam negara.

Tamadun Hwang Ho

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah peranan golongan bangsawan dalam Tamadun Hwang Ho?
  Menguruskan pertahanan
  Bertanggungjawab memungut cukai
  Mentadbir wilayah di luar pusat pentadbiran raja

Thursday, 16 March 2017

KBAT bab 1 Ting 4

Pada pendapat anda, mengapakah Tamadun Indus dianggap memberi sumbangan yang penting   kepada peradaban manusia.

Pada pendapat saya, ini disebabkan oleh keupayaan Tamadun Indus dalam mewujudkan sebuah bandar terancang seperti Bandar Mohenjo Daro dan Harappa. Hal ini disebabkan oleh sifat keterbukaan masyarakat dalam membuat hubungan luar terutamanya  dengan Tamadun Mesir Purba dan Tamadun Mesopotamia.

KBAT Bab 1 Ting 4

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah faktor yang membolehkan masyarakat Indus membina bandar terancang?

Berdasarkan pengetahuan sejarah saya, faktor tersebut ialah sifat keterbukaan masyarakat Indus dalam membina bandar terancang. Hal ini kerana mereka mendalami ilmu pengetahuan daripada  Tamadun Mesopotamia seperti pembakaran batu bata daripada tanah liat dengan suhu yang tinggi.

KBAT Bab 1 Ting 4

Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan masyarakat Indus dalam membina bandar terancang.

Kita mestilah menerima pandangan dan pendapat orang lain agar negara kita dapat mencapai kemajuan seperti yang diharapkan. Sebagai contoh jalinan kerjasama antara Tamadun Indus dengan Tamadun Mesir Purba dan Tamadun Mesopotamia dalam pembinaan bandar terancang

KBAT Bab 1 Ting 4

Nyatakan iktibar yang boleh dipelajari oleh generasi muda hari ini daripada sifat keterbukaan Tamadun Indus.

Kita mestilah sentiasa menjalinkan kerjasama dengan negara lain agar negara kita setanding dengan negara-negara maju. Contohnya, dalam Tamadun Indus, kerjasama antara Tamadun Indus dengan Tamadun Mesopotamia dan Tamadun Mesir Purba menghasilkan pertukaran teknologi.

Rujuk Text Book m/s 27.

Saturday, 19 November 2016

RPH Ting 5 Bab 9

Bank Resos
Sejarah Tingkatan 5

Tema:
Malaysia dalam Kerjasama Masyarakat Antarabangsa.
Bab:
Bab 9: Malaysia dalam Kerjasama Antarabangsa.
Bidang Pembelajaran:
(a) Konflik Antarabangsa
·         Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyatakan negara yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama dan
Perang Dunia Kedua (Aras 1)
(2)
Menandakan lokasi dalam peta kuasa besar yang terlibat dalam Perang
Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua (Aras 1)
(3)
Menyatakan sebab meletusnya Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua (Aras 1)

(4)
Menyenaraikan kesan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua (Aras 1)
Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu

RPH Ting 5 Bab 8


Bank Resos
Sejarah Tingkatan 5

Tema:
Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat
Bab:
Bab 8: Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan
Bidang Pembelajaran:
(a) Pembangunan Ekonomi
  • Rancangan Lima Tahun
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyatakan matlamat dan usaha-usaha yang dilaksanakan
dalam Rancangan Lima Tahun (Aras 1)
(2)
Menyenaraikan rancangan pembangunan ekonomi negara (Aras 1)
(3)
Menyatakan dasar-dasar ekonomi negara (Aras 1)

(4)
Menghuraikan matlamat dan usaha-usaha yang dilaksanakan
dalam Rancangan Lima Tahun (Aras 2)
Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid  membaca buku teks (hlm 196 - 206) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5
(3)
Gunakan Slaid Sasaran 23
(4)
VCD filem Bilut
(5)
Manuskrip Hari Ini Dalam Sejarah daripada laman web


Friday, 18 November 2016

RPH Ting 5 Bab 7


Bank Resos
Sejarah Tingkatan 5

Tema:
Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat
Bab:
Bab 7: Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Selepas Merdeka
Bidang Pembelajaran:
(a) Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen
  • Perlembagaan
  • Raja Berperlembagaan
  • Kuasa pemerintah
  • Pilihan raya
  • Parti politik
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Mentakrif demokrasi berparlimen (Aras 1)
(2)
Menyenaraikan ciri-ciri demokrasi berparlimen (Aras 1)
(3)
Menjelaskan konsep keluhuran perlembagaan (Aras 1)

(4)
Menyenaraikan kuasa Yang di-Pertuan Agong (Aras 1)
Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 161 - 184) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5
(3)
Gunakan Slaid Paparan 21
(4)
Gambar bangunan Parlimen dan gambar berkaitan pilihan raya
(5)
Petikan video perbahasan rang undang-undang di dewan Parlimen
(6)
Skrip simulasi perbahasan pindaan perlembagaan dalam dewan Parlimen
(7)
Dokumen perlembagaan negara
(8)
Kajian dokumen: Perlembagaan Negara (Perkara 3, 5, 8,11 ,152, 153)


RPH Ting 5 Bab 6


Bank Resos
Sejarah Tingkatan 5

Tema:
Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat
Bab:
Bab 6: Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia
Bidang Pembelajaran:
Cadangan ke Arah Pembentukan Malaysia
·         Idea pembentukan Malaysia
·         Reaksi terhadap pembentukan Malaysia
·         Perjanjian Malaysia 1963
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyatakan idea pembentukan gagasan Malaysia (Aras 1)
(2)
Menyenaraikan sebab pembentukan Malaysia (Aras 1)
(3)
Menyatakan reaksi dalam dan luar negara terhadap pembentukan Malaysia (Aras 1)

(4)
Menyenaraikan syarat Perjanjian Malaysia 1963 (Aras 1)
Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 136 - 156) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5
(3)
Gunakan Slaid Paparan 20
(4)
Peta Malaysia: Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak
(5)
Pengurusan grafik: Faktor pembentukan Malaysia
(6)
Kad tugasan perbincangan kumpulan


Sejarah Tahun 4: Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Copy of Aktiviti Seret dan Lepas Interaktif Sejarah Tahun 4: Kesultanan Melayu Melaka by Cikgu Sarah