Thursday 29 April 2021

Kaedah Pentaksiran

Kaedah Pentaksiran 

PBD bagi pembelajaran bertema dijalankan oleh setiap mata pelajaran yang terlibat dalam tema tersebut. Terdapat tiga kaedah bagi PBD dilaksanakan dalam pendekatan ini iaitu pemerhatian, lisan dan penulisan.

7.1 Lisan

  • Bagi pentaksiran secara lisan, antara aspek yang boleh ditaksir adalah: 
  • kefahaman konsep
  • pengetahuan konsep 
  • kemahiran mendengar
  • penggunaan bahasa yang tepat
  • kecekapan mencongak 
  • gaya persembahan 
  • pertuturan dan sikap 

Kemahiran lisan murid boleh ditaksir melalui: 

  • soal jawab 
  • bacaan kuat 
  • syarahan 
  • perbahasan 
  • bercerita 
  • perbincangan 
  • mendengar dan memberi respon secara lisan 


7.2 Penulisan
Pentaksiran secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti: 
  • karangan 
  • laporan projek/ eksperimen/ kerja kursus/ folio 
  • latihan bertulis
  • ujian bertulis
  • huraian atau tafsiran statistik, peta, jadual, graf atau carta

Instrumen dalam dalam pentaksiran bertulis digunakan untuk mengesan perkembangan intelek dan kemahiran murid dari aspek: 
  • menulis
  • menyusun idea
  • mengaplikasi 
  • mentafsir 
  • menilai 
  • mencipta 
 7.3 Pemerhatian
Pemerhatian guru boleh digunakan untuk mentaksir aspek seperti berikut: 
  • sikap 
  • perlakuan/ amalan 
  • amali 
  • kemahiran manipulatif 
  • kemahiran bersosial 
  • kemahiran belajar 
  • kemahiran mereka cipta
 
Hasil pemerhatian ini membolehkan guru mengenal pasti kriteria murid yang: 
  • berdaya tahan 
  • mahir berkomunikasi 
  • pemikir
  • mampu bekerja secara berpasukan
  • bersifat ingin tahu 
  • penyayang atau prihatin 

No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6