Thursday 29 April 2021

Langkah Pelaksanaan PBL

 Langkah 1:

Bentuk kumpulan pelajar: 3-5 orang

Langkah 2:

Ikuti enam langkah PBL berikut:

2.1 Perkenalkan soalan

2.2 Senaraikan aktiviti

2.3 Buat takwim

2.4 Buat pemantauan

2.5 Nilai output projek

2.6 Nilai pengalaman

Langkah 3:

Buat persembahan projek (Presentation Of Learning)


PERINCIAN LANGKAH PELAKSANAAN PBL DI SEKOLAH-SEKOLAH
LANGKAH 1: Perkenalkan Soalan
  • Mulakan dengan soalan penting: Jawab Soalan Asas, Soalan Unit dan Soalan Kandungan
  • Ambil persoalan dunia sebenar
  • Topik sesuai dengan pelajar
  • Berdasarkan kepada HSP
  • Keputusan haruslah melalui perbincangan kumpulan
LANGKAH 2: Perancangan
  • Perancangan bagi langkah-langkah pelaksanaan projek
  • Keputusan melalui perbincangan kumpulan
  • Guru dan pelajar berbincang tentang pengisian atau aktivti projek
  • Senaraikan aktiviti yang akan dilakukan untuk menjawab persoalan tentang topik yang dipilih
LANGKAH 3: Takwim
  • Guru dan pelajar membina takwim bagi melaksanakan aktiviti projek
  • Ringkas, tidak kompleks
  • Sesuai dengan umur pelajar
  • Gunakan Carta Gantt
LANGKAH 4: Pemantauan
  • Pemantauan projek
  • Guru bertindak sebagai fasilitator
  • Memantau proses pelaksanaan projek
  • Membantu dalam hal kemahiran
  • Menggunakan rubrik
LANGKAH 5: Penilaian Projek
  • Penilaian output
  • Diagnostik dan maklumbalas tentang perkembangan projek
  • Membina dan melaksanakan penilaian
  • Penilaian kendiri oleh guru dan penilaian kendiri pelajar
  • Berikan maklumbalas tentang apa yang sedang berlaku dan cara untuk penambahbaikan
LANGKAH 6: Penilaian pengalaman murid
  • Penilaian pengalaman pembelajaran
  • Refleksi: individu dan kumpulan
  • Kongsi pengalaman dan pengetahuan
  • Bincang apa yang telah berjaya dan tidak
  • Bincang apa yang perlu diperbaiki
  • Kongsi idea baru yang akan memperkembangkan projek

SESI PRESENTATION OF LEARNING (POL)

Sesi ini boleh dilakukan setelah semua kumpulan siap membuat tugasan masing-masing. Di peringkat kelas, 7 minit pembentangan hasil tugasan sudah memadai iaitu 5 minit pembentangan dan 2 minit sesi soal jawab.

No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6