Friday, 9 April 2021

Kata Tugas Dalam Penyediaan Soalan

 

TAKSONOMI BLOOM

KATA TUGAS

Pengetahuan

Apakah

Memberikan maklumat yang khusus atau spesifik

Bilakah

Menyatakan masa / waktu / urutan prosedur

Catatkan

Merakamkan atau merekodkan sesuatu maklumat

Definisikan

Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna suatu perkataan khusus / istilah / terminology

Di manakah

Menyatakan kedudukan / tempat

Isikan

Memenuhkan maklumat yang spesifik di ruang

Kenal pasti

Memberi petunjuk atau makluman terhadap sesuatu perkara / benda / pernyataan yang dikenali atau dicam dengan jelas

Labelkan

Menandakan dan / atau memberikan panggilan yang spesifik terhadap suatu rujukan pada rajah / graf / carta / ilustrasi

Lengkapkan

Mengisikan maklumat / nilai yang spesifik pada ruang kosong pada jadual / rajah / ayat yang diberikan

Namakan

Memberi panggilan yang spesifik terhadap suatu benda / istilah / terminology / proses

Nyatakan

Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan penerangan lanjut / huraian / sokongan

Padankan

Membuat penyesuaian yang setara berdasarkan rajah / symbol / maklumat tentang pernyataan berhubung spesifikasi / fungsi / aplikasi atau sebaliknya

Siapakah

Mengenal pasti individu dalam konteks

Takrifkan

Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna suatu perkataan khusus / istilah / terminology

Tandakan

Meletakkan symbol yang dikehendaki

Tulis

Mencatat huruf / angka / symbol yang khusus

 

TAKSONOMI BLOOM

KATA TUGAS

 

Kefahaman

Bagaimanakah

Memperihalkan/ memberi penerangan tentang cara/ keadaan/ langkah/ kejadian

Bilakah

Menyatakan masa/ waktu / urutan prosedur

Bincangkan

Memberi penerangan/ pandangan daripada pelbagai aspek

Buatkan

Mengemukakan pernyataan yang boleh diuji

Catatkan

Merakamkan atau merekodkan sesuatu maklumat

Di manakah

Menyatakan tempat/ kedudukan

Fokuskan

Memberi penerangan/ pernyataan dengan menumpukan kepada sesuatu aspek tertentu

Isikan

Memenuhkan maklumat yang spesifik di ruang

Jelaskan

Memberi penerangan tentang sesuatu dengan sokongan supaya mudah difahami

Kemukakan

Memberi pendapat sama ada menyokong atau membangkang

Lorekkan

Melukis dengan garisan/ corengan/ coretan pada kawasan/ rantau/ ruangan tertentu

Manakah

Menyatakan pilihan

Mengapakah

Memberi sebab

Nyatakan

Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan penerangan lanjut/ huraian/ sokongan

Padankan

Membuat penyesuaian yang setara  berdasarkan rajah/ symbol/ maklumat tentang pernyataan berhubung spesifikasi/ fungsi/ aplikasi atau sebaliknya

Pasangkan

Mencantumkan bahagian sesuatu mengikut susunan prosesdur yang betul

Susun

Membuat sesuatu urutan dengan menggunakan kaedah/ prinsip/ keperluan/ keutamaan

Tafsirkan

Mengulas sesuatu berdasarkan maklumat yang diberi

Terangkan

Menyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu dengan sebab

Terjemahkan

Menukarkan sesuatu bentuk komunikasi kepada suatu bentuk komunikasi lain

Tunjukkan

Menyatakan sesuatu dengan bukti

 

TAKSONOMI BLOOM

KATA TUGAS

 

Aplikasi

Anggarkan

Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan konteks berdasarkan pertimbangan/

Bezakan

Menyatakan kelainan/ ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara

Bincangkan

Memberi penerangan/ pandangan daripada pelbagai aspek

Bundarkan

Membuat penghampiran bagi suatu nilai kepada kejituan tertentu

Cari

Memberikan suatu nilai/ kedudukan / perkara secara mengenai pasti dengan menggunakan kaedah tertentu atau menghitung secara ringkas

Gariskasarkan

Memberi ciri penting secara umum untuk sesuatu proses/ tindakan

Ilustrasikan

Menjelaskan dengan contoh/ gambarajah / rajah

Laraskan

Menyesuaikan dengan sesuatu supaya sama dengan penunjuk / tolok

Organisasikan

Membuat sesuatu berdasarkan apa yang telah dirancang untuk dilaksanakan

Peringkatkan

Membuat pemeringkatan beberapa perkara mengikut aras/ tahap tertentu

Pilih

Menentukan maklumat yang terbaik

Ringkaskan

Menyatakan sesuatu ungkapan/ pernyataan/ petikan secara pendek/ padat dan mengekalkan kandungan utama yang asal

Selesaikan

Memberi beberapa fakta/ ciri/ konsep/ prinsip/ teori secara spesifik/ berbentuk poin tanpa memberi hubungan/ perkaitan / penerangan lanjut bagi setiap satunya

Tentukan

Membuat sesuatu keputusan selepas mengambil kira beberapa perkara sebagai asas pertimbangan

Tunjukkan

Menyatakan sesuatu dengan bukti

Ulas

Memberi pandangan/ pendapat/ komen/ kritik

Ungkapkan

Menyatakan sesuatu secara muktamad dalam bentuk yang dikehendaki

 

TAKSONOMI BLOOM

KATA TUGAS

 

Analisis

Analisiskan

Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara yang dikomunikasikan

Bandingkan

Menyatakan atau menjelaskan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara

Cadangkan

Memberi pandangan / idea / pendapat dengan mempertimbangkan perkara positif atau negative

Formatkan

Menyediakan / menyusun maklumat mengikut sesuatu prinsip / prosedur / peraturan tertentu

Galurkan

Menghuraikan peristiwa atau fakta secara kronologi

Gambarkisahkan

Memberi penerangan dengan menggunakan gambarajah

Huraikan

Memperihalkan / menceritakan sesuatu dengan panjang lebar / terperinci

Jadualkan

Membuat susunan tentang perkara / maklumat / acara mengikut ciri-ciri atau urutan tertentu yang telah ditetapkan

Klasifikasikan

Mengumpulkan / membahagi-bahagikan / melabelkan sesuatu kepada sesuatu kumpulan . kategori berdasarkan kesamaan kualiti / criteria / ciri / sifat

Lakar

Memberi persembahan berbentuk rajah / gambarajah / peta secara kasar dan tidak memerlukan perincian

Laporkan

Memberitahu maklumat tentang sesuatu keadaan secara lisah atau bertulis

Lukis

Memberi persembahan berbentuk grafik / rajah / gambar rajah / graf bagi menggambarkan suatu benda atau perkara dengan menggunakan alat dan mengikut ukuran atau skala tertentu

Plot

Menanda / melukis titik-titik graf

Ramalkan

Memberi sesuatu nilai yang dijangka munasabah berdasarkan pola atau corak tertentu

Rekodkan

Mencatatkan dapatan kajian / eksperimen / data / pemerhatian mengikut format

Tentusahkan

Menyatakan kebenaran / ketepatan sesuatu dengan memberikan bukti

Ukur

Menggunakan alat pengukur untuk mendapatkan nilai ukuran beserta unitnya

 

TAKSONOMI BLOOM

KATA TUGAS

 

Menilai

Binakan

Membuat sesuatu menggunakan kaedah / alat tertentu

Cerakinkan

Menghuraikan sesuatu kepada bahagian

Hitungkan

Memberi nilai kuantitatif dengan melaksanakan algoritma (langkah-langkah tertentu) atau menggunakan rumus

Hubungkaitkan

Membuat sesuatu pertalian berdasarkan beberapa ciri / faktor

Interpretasikan

Memberi maklumat atau makna lain bagi sesuatu komunikasi

Rumuskan

Membuat sesuatu kesimpulan berdasarkan data / maklumat / petikan

Sarankan

Memberi pandangan / idea yang boleh diaplikasikan dalam sesuatu situasi

Sediakan

Mengadakan / mewujudkan / menyiapkan / melengkapkan / menyusun sesuatu mengikut format dan prinsip yang tertentu

Syorkan

Memberi pandangan / idea / pendapat yang boleh diaplikasikan dalam sesuatu situasi dengan mempertimbangkan perkara positif atau negatif

Ubahsuai

Membuat sesuatu perubahan dengan

Unjur

Membina garisan mengikut unjuran sudut yang ditetapkan

 

TAKSONOMI BLOOM

KATA TUGAS

 

Penilaian

Bangunkan

Menghasilkan satu aturcara/ program yang menggunakan perisian / kaedah yang sesuai mengikut langkah-langkah tertentu

Ciptakan

Menghasilkan / mewujudkan / menerbitkan sesuatu dengan daya fikiran atau imaginasi atau kreativiti

Deduksikan

Membuat kesimpulan berdasarkan sesuatu

Nilaikan

Membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara

Pamerkan

Menunjukkan persembahan terhadap penguasaan dalam sesuatu perkara

Rekabentukkan

Membuat garis kasar / lakaran / plan tindakan / prototaip / model

Terbitkan

Membina sesuatu dengan menunjukkan cara

Wajarkah

Membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara dengan mengambil kira pelbagai aspek sama ada kebaikan, keburukan, kelebihan atau kekurangan

 

No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6