1.Maksud / Latar
belakang / Konsep : Imperialisme Barat di Asia Tenggara.
(Buku teks T5 mukasurat 3-4)
|
Imperialisme
merupakan dasar sesebuah
negara meluaskan pengaruh dan
wilayahnya . Caranya dengan menjajah negara
lain tujuan untuk kepentingan tertentu . Imperialisme telah berlaku sejak
Empayar Yunani dan Empayar Rom lagi.
Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa-kuasa Barat menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika
dan Asia. [4m]
Imperialisme
Barat di Asia Tenggara bermula sejak abad ke-16 kerana didorong oleh hasrat
penjajah untuk menguasai ekonomi. Portugal, Sepanyol, Belanda, Britain,
Perancis dan Amerika Syarikat merupakan antara kuasa Barat yang terlibat dengan
imperialisme di Asia Tenggara. Portugal mendahului kuasa Barat yang
lain apabila berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. [2m]
.
Tujuan
awal, imperialisme Barat adalah untuk menguasai
perdagangan rempah sahaja. Namun, apabila Revolusi Perindustrian tercetus
di Eropah, persaingan antara kuasa Barat menjadi semakin sengit. Menjelang
tahun 1914, seluruh Asia Tenggara kecuali Thailand telah dikuasai sepenuhnya
oleh imperialis Barat. [3m]
2. Faktor / Sebab / Mengapa Imperialisme
Barat di Asia
Tenggara.
(Buku teks T5
mukasurat 5-7)
|
Faktor imperialisme Barat di Asia
Tenggara kerana kedudukan Asia Tenggara yang strategik. Asia Tenggara terletak
di antara China dan India. Keadaan ini telah menarik minat imperialis Barat
untuk menguasainya kerana penguasaan tersebut dapat menjamin pasaran
yang luas. [2m]
Faktor lain ialah tanahnya yang subur. Asia Tenggara juga kaya
dengan bahan mentah. Contohnya Tanah Melayu kaya dengan bijih timah. Indonesia pula
kaya dengan bijih timah. Thailand mempunyai sumber bijih timah dan kayu jati. Burma
mempunyai sumber kayu jati. Filipina mempunyai sumber tebu dan kelapa. [4m]