Sunday, 2 October 2016

Bahan K3 SPM 2016

Aspek
Perincian
Markah
Pengenalan
1. Matlamat dasar luar Malaysia
5 markah
Isi dan Huraian
2. Faktor-faktor yang mempengaruhi dasar luar Malaysia
30 markah
3. Perkembangan dasar luar Malaysia
15 markah
4. Peranan dan sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
10 markah
5. Manfaat penyertaan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
10 markah
6. Dasar luar yang telah diamalkan oleh Malaysia telah banyak memberi kesan positif kepada Negara.
a) Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia hasil hubungan dengan Negara luar.
b) Sebagai generasi muda, apakah yang patut anda lakukan untuk memajukan Negara?
10 markah
7. Terdapat pelbagai halangan yang perlu dihadapi Malaysia untuk bersaing dengan Negara maju.
a) Nyatakan halangan tersebut.
b) Jelaskan langkah-langkah bagi mengatasi halangan tersebut.
10 markah
8. Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji
5 markah
Kesimpulan
9. Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan
a) Pengetahuan yang diperoleh
b) Nilai dan unsur patriotisme yang diperoleh ke arah kemajuan Negara dan bangsa Malaysia.
c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang dan terbilang.
5 markah


Aspek
Perincian
Markah
Pengenalan
1. Matlamat dasar luar Malaysia

Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara dengan tujuan:
(a) menjamin keselamatan rakyat dan negara.
(b) memelihara kepentingan sosial dan mengekalkan kedaulatan negara.
(c) menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi.
(d) mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.
(e) Malaysia juga ingin menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.
5 markah
Isi dan Huraian
2. Faktor-faktor yang mempengaruhi dasar luar Malaysia

Faktor sejarah
·                 Kesultanan Melayu Melaka telah menjalinkan hubungan dengan negara luar
·                 Contoh China, Arab, Siam dan negeri-negeri di Kepulauan Melayu
·                 Hubungan ini berbentuk hubungan perdagangan
·                 Pada masa ini terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu
·                 Contoh hubungan antara Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia
·                 Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai Pertubuhan Komanwel
·                 Malaysia juga meneruskan hubungan diplomatik dengan  Britain dan negara
·                Komanwel lain seperti Australia dan New Zealand
·                 Pada masa itu, Malaysia diancam oleh Parti Komunis Malaya (PKM)
·                 Ancaman ini menggugat keselamatan Malaysia
·                 Keadaan ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan anti
komunis
·                 Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat
·                 Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan

·         Faktor ekonomi
·                 Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas
·                 Malaysia juga menjalinkan hubungan baik dengan negara lain dalam usaha memajukan
ekonominya
·                 Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan negara pengeluar bijih timah
dan getah
·                 Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara maju
seperti  Britain dan Amerika Syarikat
·                 Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran juga modal
dari negara-negara tersebut
·                 Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan kemasukkan pelaburan asing
·                 Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan
peluang pekerjaan.
·                 Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur,   pelaburan asing juga
digalakkan dari negara-negara di Timur terutamanya Jepun dan Korea
·                 Pada masa yang sama, Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara
sedang membangun dan juga negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran
barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan. 

·                Faktor politik
·                 Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, Malaysia
berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip keamanan
sejagat
·                 Ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan
kedaulatan negara-negara lain.
·                 Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di
rantau AsiaBarat
·                 Malaysia berpegang teguh pada prinsip-prinsip  dan Piagam Pertubuhan Bangsa-
 Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia
·                 Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil
oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia

·         Faktor geografi
·                 Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara
·                 Malaysia bersempadan dengan hampir kebanyakan negara di rantau ini seperti
·         Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei
·                 Perairannya menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia
·                 Dengan ini, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan
kesan terhadap keselamatan Malaysia

·         Faktor demografi
·                 Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam sejajar
dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam
·                 Malaysia tidak menjalinkan hubungan dengan Israel disebabkan dasar negara
berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin
·                 Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberi kebebasan
sepenuhnya mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing
·                 Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia
menyebabkanMalaysia menentang dasar Apartheid
·                 Malaysia tidak menjalinkan hubungan dengan Afrika Selatan sehinggalah Afrika Selatan
menghapuskan Dasar Apartheid
·                 Faktor kepelbagaian kaum di Malaysia mempengaruhi hubungan serantau Malaysia
30 markah
3. Perkembangan dasar luar Malaysia

Tahap Pertama
·          Dilaksanakan oleh  Tunku Abdul Rahman (1957-1970)
·         Dasar luar Malaysia pada tahap pertama memperlihatkan dasar pro-Barat yang anti-
komunis serta berbaik-baik dengan jiran dan negara Komenvel.
·         Dasar luar berkenaan  disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial
·            Faktor politik merujuk pada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya.
·            Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand.
·            Bagi menyekat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) pada tahun 1956 dengan British.
·            Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara
·            Dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan jiran
·            Hal ini disebabkan timbulnya  krisis dengan negara-negara jiran terutama selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti  konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965),  terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965)  dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965)
·            Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian
·            Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun   1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura
·            Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain kerana Malaysia  dalam menjaga kepentingan ekonomi negara ini.
·            Pertama, hal ini disebabkan Malaysia merupakan  anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling.
·            Kedua, Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hal utamanya iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya  permintaan Barat termasuk Britain
·            Ketiga, pelabur Britain  masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian
·            Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula membina rangkaian perdagangan dengan negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura, Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan juga mencari pasaran baru
  
Tahap Kedua
·            semasa pemerintahan Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn (1972-1976)
·            Menjelang tahun 1970-an dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
·            Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur
·            Perubahan dasar ini juga disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua buah kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China
·            Dalam mencapai matlamat dasar luar Malaysia, beberapa usaha telah dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali  (ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN
·            Malaysia juga menjalin hubungan dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia.
·            Keinginan Malaysia menjalin persahabatan dengan semua negara khususnya dengan negara jiran jelas dapat dilihat apabila Malaysia mengadakan hubungan diplomatic dengan Vietnam pada tahun 1976.
·            Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran

Tahap Ketiga
·            dilaksanakan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003)
·            Dasar luar Malaysia pada tahap ini telah mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberikan  penekanan kepada kepentingan ekonomi.
·            Kepentingan ini berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama di kalangan negara membangun
·            Dalam usaha untuk mencapai matalamat dasar tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih  erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan  krisis Vietnam dan Kampuchea
·            Di samping itu, Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia
·            Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam perkerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik
·            Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi lawatan Dato’ Seri Dr. Mahathir ke Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan
·            Dalam setiap siri lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua pihak.
·            Beliau percaya Malaysia bukan sahaja harus menjalin hubungan diplomatic dan perdagangan dengan negara maju malah dengan negara Dunia Ketiga juga
15 markah
4. Peranan dan sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

1. PBB ditubuhkan pada tahun 1945 selepas Liga Bangsa dibubarkan kerana gagal menghalang berlakunya Perang Dunia Kedua.
2. Ibu pejabat PBB terletak di San Francisco, kemudian berpindah ke New York pada tahun 1946.
3. PBB dianggotai oleh 51 buah negara anggota, kemudian meningkat pada 189 buah negara pada tahun 2002.
4. Malaysia menyertai PBB pada tahun 1957 selepas negara mencapai kemerdekaan.
5. PBB menekan empat prinsip dalam piagamnya
(a) Menjamin keamanan dan keselamatan dunia.
(b) Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota.
(c) Bekerjasama dalam menyelesaikanmasalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa,agama, dan warna kulit.
(d) Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota.
Sumbangan Malaysia kepada PBB
1. Menyelesaikan konflik antarabangsa
(a) Pada tahun 1960, Malaysia menyertai pasukan pendamai untuk menamatkan perang saudara di Congo.
(b) Pada tahun 1989, Malaysia mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia untuk membantu negara tersebut mencapai kemerdekaan.
(c) Pada tahun 1990, Malaysia menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq ; dan Kampuchea serta pasukan pengaman ke Bosnia.
(d) Malaysia menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan dan mahu Benua Antartika menjadi warisan dunia dan hak milik semua negara.
2. Dari segi ekonomi
(a) Malaysia menjadi ahli Bank Dunia (Bank Antarabangsa) yang ditubuhkan oleh PBB pada tahun 1945.
(b) Bank ini ditubuhkan untuk membantu negara-negara sedang membangun dari segi kewangan, dan menyusun semula pembangunan ekonomi negara tersebut.
(c) Kemasukan pelabur-pelabur asing diharap dapat membasmi kemiskinan dan menyediakan peluang pekerjaan.
(d) Malaysia menggunakan Bank Dunia dalam menjayakan rancangan Lembaga Pembangunan Kemajuan Tanah(FELDA) dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.
3. Dari segi sosial
(a) Malaysia berpendidrian teguh memerangi gejala penyalahgunaan dadah. Hasil usul Malaysia, satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna (Austria) pada Jun 1987 dengan Perdana Menteri sebagai Yang Dipertua persidangan.
(b) Malaysia bekerjasama dengan menyertai beberapa agensi PBB seperti:
(i) Kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan melalui agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO).
(ii) Kerjasama dalam bidang perubatan dan kesihatan melalui Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
(iii) Kerjasama dalam bidang sains dan teknologi melalui pertubuhan Pendidikan dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)
(c) Malaysia menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB bagi tahun 1965, 1989, dan 1999.
(d) Tan Sri Razali Ismail dilantik sebagai wakil khas PBB menjadi pengerusi Perhimpunan Agung PBB dan dalam menyelesaikan konflik politik negara Myanmar.
(e) Malaysia menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan persidangan antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.
10 markah
5. Manfaat penyertaan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
10 markah
6. Dasar luar yang telah diamalkan oleh Malaysia telah banyak memberi kesan positif kepada Negara.
a) Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia hasil hubungan dengan Negara luar.
b) Sebagai generasi muda, apakah yang patut anda lakukan untuk memajukan Negara?
10 markah
7. Terdapat pelbagai halangan yang perlu dihadapi Malaysia untuk bersaing dengan Negara maju.
a) Nyatakan halangan tersebut.
b) Jelaskan langkah-langkah bagi mengatasi halangan tersebut.
10 markah
8. Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji
5 markah
Kesimpulan
9. Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan
a) Pengetahuan yang diperoleh
b) Nilai dan unsur patriotisme yang diperoleh ke arah kemajuan Negara dan bangsa Malaysia.
c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang dan terbilang.
5 markah







No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6