Senarai kandungan
Bil
|
kandungan
|
M/surat
|
1
|
Maksud / definisi Dasar Luar Negara ?
|
6
|
2
|
Tujuan
/ Matlamat dasar luar Malaysia
|
7
|
Latar
Belakang Dasar Luar
Malaysia
|
8
|
|
Jelaskan bentuk
dasar Luar Malaysia
|
8
|
|
3
|
Terangkan
faktor / sebab penggubalan dasar luar Malaysia
|
9 – 10
|
4
|
Terangkan perkembangan dasar luar Malaysia
dengan mengambil kira perubahan kepimpinan negara.
Atau
Terangkan perkembangan dasar luar Malaysia
dengan mengambil kira perubahan
kepimpinan negara.
i.
Dasar Luar Tahap
Pertama (1957-1970)
ii.
Dasar Luar Tahap
Kedua (1972-1981)
iii.
Tahap Ketiga
(1981-2003)
Atau
Jelaskan
perkembangan dasar luar negara kita dari tahun 1957 hingga tahun 2003
i.
Dasar Pro-Barat
ii.
Dasar Berkecuali
iii.
Dasar kepentingan Ekonomi
Atau
Jelaskan perkembangan dasar luar Malaysia era
kepimpinan
i.
Tunku Abdul Rahman (1957-1970)
ii.
Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein
Onn (1976-1981)
iii.
Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003)
|
11-14
|
Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan
Faedah / Kebaikan / Manfaat / Sumbangan Dasar Luar Malaysia.
Atau
Manfaat daripada dasar luar negara kita
bagi meningkatkan kecemerlangan Negara
Atau
Bagaimanakah dasar luar
Malaysia menyumbang kepada kemajuan
ekonomi Malaysia
|
14-16
|
|
Bil
|
kandungan
|
M/surat
|
5
|
Dasar Luar Malaysia Sentiasa Berubah Dan Tidak Statik
a)
Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa berubah
mengikut peredaran masa ?
Atau
b) Perubahan pucuk
pimpinan negara membawa kepada perubahan
dasar luar.
Jelaskan. Atau
c)
Sebab dasar luar perlu berubah dari
semasa ke semasa.
Atau
d)
Dasar luar Malaysia sentiasa berubah bergantung kepadakepimpinan negara.
Atau
e)
Mengapa
dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut perubahan politik dan
ekonomi global ?
Atau
f) Apakah rasionalnya Malaysia mengamalkan
dasar luar yang sentiasa berubah mengikut perubahan kepimpinan serta
perubahan politik dan ekonomi global ?
|
17-18
|
Kepentingan dasar luar Malaysia
a)
Jelaskan kepentingan
dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia demi menjamin kestabilan dan
kemakmuran negara.
Atau
b)
Jelaskan kepentingan
dasar luar Malaysia dalam meningkatkan
ketamadunan bangsa dan negara.
Atau
c) Kepentingan
menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain
|
18-19
|
|
Mengapakah Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik / dasar berkecuali
dengan semua negara?
|
20
|
|
Kesan sekiranya
dasar luar negara tidak mantap ?
|
21
|
|
Cara dasar luar Negara dapat memantapkan perpaduan
masyarakat antarabangsa
|
21-22
|
|
6
|
Jelaskan
cabaran dan langkah
Malaysia dalam meningkatkan
keberkesanan hubungan dengan negara
luar pada era globalisasi hari ini
Atau
Apakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam hubungan
serantau dan antarahangsa serta langkah mengatasinya.
Atau
Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia sering menghadapi pelbagai
tekanan daripada masyarakat antarabangsa. Bagaimanakah Malaysia
menangani tekanan tersebut?
|
23-25
|
7
|
Apakah usaha untuk mengekalkan hubungan
baik dengan negara luar
|
25-26
|
Nilai Kejayaan / Kejayaan
/ Keberkesanan dasar luar Malaysia
|
26
|
|
Ramalkan /
Andaikan Hala Tuju dasar luar negara pada masa hadapan
Atau
Halatuju dasar luar negara dalam ere
globalisasi
Atau
Beri cadangan
halatuju dasar luar negara dalam era globalisasi
|
27-29
|
|
Dasar luar Negara yang diamalkan sejak
tahun 1957 hingga kini berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah Negara dihormati.
Atau
Dasar luar yang diamalkan sejak dulu hingga kini
berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah
negara yang dihormati di negara luar
|
29
|
|
Bukti hubungan baik Malaysia dengan
negara-negara serantau
|
29-30
|
|
Dasar luar Malaysia menyumbang kepada
keamanan dunia.
Dasar luar Malaysia
menyumbang kepada keamanan dunia. Buktikan.
|
30-31
|
|
Sejauhmanakah dasar luar Malaysia mampu mengekalkan
kedaulatan negara ?
|
31-32
|
|
Kewajaran jalinan hubungan baik dengan negara luar
|
|
|
8
|
CATATAN : PILIH SALAH SATU
CONTOH
IKTIBAR 1
|
32
|
CONTOH
IKTIBAR 2
|
33
|
|
CONTOH
IKTIBAR 3
|
33-34
|
|
CONTOH
IKTIBAR 4
|
34-35
|
|
9
|
Buat kesimpulan
keseluruhan isi yang telah dibincangkan dari sudut berikut :
a)
Pengetahuan yang diperoleh daripada tugasan yang dilaksanakan
b)
Nilai murni
c)
unsur patriotisme yang dapat dihayati
d)
Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dan gemilang
|
35-37
|
SPM SEJARAH KERTAS
3 1249/3 (2016)
TEMA UMUM :
MALAYSIA DAN KERJASAMA MASYARAKAT ANTARABANGSA
PANDUAN PERUNTUKAN
MASA MENGIKUT ASPEK / KONSTRUK
Format
|
Aspek/Konstruk
|
Markah
|
Masa
|
1. Pengenalan
|
1. Memahami
|
5 Markah
|
10 minit
|
2.
ISI dan
HURAIAN
|
2. Memahami
|
15 Markah
|
20 minit
|
3. Menganalisis
|
20 Markah
|
35 minit
|
|
4. Mengaplikasi
|
20 Markah
|
35 minit
|
|
5. Menilai
|
10 Markah
|
15 minit
|
|
6. Mencipta
|
10 Markah
|
15 minit
|
|
7. Menjana Idea
|
10 Markah
|
15 minit
|
|
8. Nilai / Iktibar / Patriotisme
|
5 Markah
|
10 minit
|
|
3. Kesimpulan
|
9. Merumus
|
5 Markah
|
10 minit
|
Jumlah Keseluruhan
|
100 Markah
|
2 jam 45 minit
|
PANDUAN MENJAWAB
SOALAN KERTAS 3
1.
Pastikan anda membawa buku teks
dan bahan ilmiah yang berkaitan dengan tajuk.
2.
Pastikan anda menulis nombor
soalan.
3. Isi jawapan calon mestilah bersesuaian
dengan peruntukan markah.
4. Jawapan perlu ditulis dalam bentuk esei / karangan dengan ayat yang
lengkap.
5.
Jawapan dalam bentuk poin dilarang sama sekali.
6. Anda
tidak digalakkan membatalkan jawapan yang telah ditulis.
CATATAN :
1. Soalan 1 hingga 3 atau nombor 4 adalah
merujuk kepada buku teks sebagai sumber jawapan yang utama
2. Modul
ini sebagai bahan rujukan utama selain
buku teks
3.
Pastikan
ANDA DISIPLIN DENGAN MASA
4.
Pelajar disarankan untuk mematuhi panduan ini supaya
pelajar dapat menjawab kesemua soalan. Gunakan 15 minit lagi untuk menyemak jawapan anda
SOALAN 1
Apakah Maksud / Definisi Dasar Luar Negara ?
(Sumber :
Buku teks ms 236-237 & Sumber lain)
|
Dasar luar negara merujuk kepada dasar kerajaan terhadap
negara lain. Dasar luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan
yang dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan
sesebuah negara yang lain dalam pengertian yang terhad, dasar luar negara hanya
mementingkan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara bagi mempengaruhi
keadaan-keadaan yang berada di luar bidang kuasanya.
Kepentingan dasar luar Malaysia merujuk kepada matlamat
yang ingin dicapai oleh Malaysia antaranya menjamin keselamatan rakyat dan
negara, memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara ,
menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi serta mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama
antarabangsa. Selain menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka
terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia
Dalam erti kata yang lain dasar
luar bermaksud interaksi sesebuah negara dengan negara yang lain.
Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor
sejarah, ekonomi , politik, geografi dan demografi
Selepas
mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai hubungan antarabangsa dan hubungan
serantau. Dalam menjalinkan hubungan luar, Malaysia berdepan dengan pelbagai
cabaran termasuk globalisasi, kemunculan revolusi teknologi maklumat yang
membawa perubahan yang besar dalam hubungan luar. Bagi mengatasi cabaran tersebut,
Malaysia membuat perancangan awal agar dapat bersama-sama bersaing dengan
negara-negara di dunia.
SOALAN 2
Tujuan / Matlamat dasar luar Malaysia.
(
Sumber :Buku teks m/s 236 & 237 & sumber lain )
|
Dasar luar Malaysia
mempunyai matlamat tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara Matlamat
dasar luar yang ingin dicapai oleh Malaysia ialah untuk menjamin keselamatan
rakyat dan negara dan mengekalkan kedaulatan negara
Dasar luar Malaysia juga
bertujuan untuk memelihara kepentingan nasional dengan menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi
Di
samping itu juga, dasar ini dapat mengekalkan keamanan sejagat dalam usaha untuk mengekalkan kerjasama di peringkat
antarabangsa.
Secara
langsung dapat menjadikan negara kita sebagai warga global yang bertanggungjawab
dan peka terhadap terhadap usaha untuk memupuk kesejahteraan dunia.
Selain itu, matlamat
dasar luar negara ialah menjaga kedaulatan negara.. Bersama-sama negara
ASEAN, Malaysia mengisytiharkan rantau Asia Tenggara sebagai Zon Aman, Bebas
dan Berkecuali (ZOPFAN) bagi menghalang penglibatan kuasa luar yang boleh
menjejaskan kedaulatan negara.
Malaysia
menjalinkan hubungan luar kerana hendak menggalakkan pembangunan dan kemajuan
ekonomi negara. Malaysia juga
menjalankan Dasar Pandang ke Timur yang menjadikan Jepun dan Korea sebagai
model pembangunan ekonomi Negara.
Selain
itu, matlamat
dasar luar Malaysia adalah untuk memupuk kesejahteraan dunia..
Malaysia juga menghormati prinsip hak asasi manusia. Malaysia memutuskan
hubungan dengan negara Afrika Selatan selagi negara tersebut terus mengamalkan
dasar apartheid.
Malaysia mempunyai dasar luarnya yang tersendiri
iaitu berbaik-baik dengan semua negara. Kepentingan dasar luar
Malaysia merujuk pada matlamat yang ingin dicapai oleh Malaysia. Antaranya
untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara.Selain itu,Untuk
memelihara kepentingan nasional dan menggekalkan kedaulatan negara.Dasar
luar juga penting untuk menggalakkan
pembangunan dan kemajuan ekonomi.Selain itu, dapat mengekalkan keamanan sejagat melalui
kerjasama antarabangsa dan menjadi
warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk
kesejahteraan dunia
Latar
Belakang Dasar Luar Malaysia
(Sumber : Buku teks ms 236-237 & Sumber
lain)
|
Dasar
luar Malaysia mempunyai matlamat tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara Dalam erti
kata yang lain dasar luar bermaksud interaksi sesebuah negara dengan negara yang lain.
Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor
sejarah, ekonomi , politik, geografi dan demografi
Perkembangan dasar luar Malaysia dapat
dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Tahap pertama dibawah Tunku Abdul Rahman ( 1957- 1970), Tahap Kedua
dibawah Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn ( 1972-1981) dan Tahap ketiga di
bawah Tun Dr. Mahathir ( 1981-2003).
. Matlamat dasar luar Malaysia ialah menjamin keselamatan
rakyat dan negara dan mengekalkan kedaulatan negara. Selain itu, dapat
memelihara kepentingan nasional dengan menggalakkan pembangunan dan kemajuan
ekonomi. Di samping itu juga dapat mengekalkan keamanan sejagat dalam usaha
untuk mengekalkan kerjasama di peringkat antarabangsa. Secara langsung dapat
menjadikan negara kita sebagai warga global yang bertanggungjawab dan peka
terhadap terhadap usaha untuk memupuk kesejahteraan dunia.
Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan
negara-negara lain iaitu hubungan bilateral dan multilateral. Hubungan
bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu,
Contohnya hubungan Malaysia dengan Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam.
Selain itu, hubungan luar juga diadakan dengan negara Asia yang lain, Amerika
Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britian dan Amerika
Syarikat. Hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk
kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN),
Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara
Berkecuali (NAM).
Jelaskan bentuk dasar Luar Malaysia
( Buku teks m/s 237 )
|
Malaysia
melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan
negara-negara lain, iaituhubungan bilateral dan hubungan multilateral. Hubungan bilateral merujuk kepada
hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu. Contohnya, Malaysia mengutamakan
hubungan dengan negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand
dan Vietnam. Selain itu, hubungan
luar juga dijalinkan dengan negara Asia yang lain iaitu Amerika Latin, Afrika,
Asia Barat serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.
Hubungan multi lateral
pula merujuk pada hubungan dalam
bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara
(ASEAN), Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-Negara
Berkecuali (NAM) dan sebagainya.
SOALAN
3
Terangkan faktor /
sebab penggubalan dasar luar Malaysia.
( Buku teks m/s 237-239 )
|
Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa
faktor yang menentukan corak dan arah dasar luar negara Faktor
– faktor itu ialah sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi. Antara
faktornya ialah
FAKTOR SEJARAH
Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah menjalinkan
hubungan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan negeri-negeri di
Kepulauan Melayu. Hubungan ini berbentuk hubungan perdagangan.
Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu seperti
hubungan antara Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia. Setelah mencapai
kemerdekaan, Malaysia menyertai Pertubuhan Komanwel.
Malaysia juga meneruskan
hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel yang lain seperti
Australia dan New Zealand.
Pada masa itu, Malaysia
diancam oleh fahaman komunis yang disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM)
yang menggugat keselamatan Malaysia. Ancaman komunis ini menggugat
keselamatan negata Malysia dan dengan ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang
pro-Barat dan antikomunis. Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung
kepada kuasa Barat kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan.
FAKTOR EKONOMI
Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan dengan ini menjalin hubngan baik dengan
negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya.
Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia
merupakan antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah. Pada masa ini
telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju
seperti Britain dan Amerika Syarikat.
Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari
negara-negara tersebut. Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan
pelaburan asing. Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di
samping menyediakan peluang pekerjaan. Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar
Pandang ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari negara-negara di Timur
terutamanya Jepun dan Korea.
Pada masa
yang sama, Malaysia menjalin hubungan
baik dengan negara-negara sedang membangun dan juga negara-negara Islam
bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan pelaburan
di negara berkenaan.
FAKTOR POLITIK
Sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya
sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Hal ini jelas
terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan kedaulatan
negara-negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi
mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat.
Malaysia juga berpegang
teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
bagi memelihara keamanan dunia. Oleh itu, Malaysia tegas dengan pendiriannya
menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan
mengekalkan keamanan dunia.
FAKTOR GEOGRAFI
Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di
Asia Tenggara dan bersempadan dengan hampir kebanyakan negara di rantau ini
seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei.
Perairannya menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Dengan itu, keselamatan
negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap
keselamatan Malaysia.
FAKTOR DEMOGRAFI
Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik
yang baik dengan negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya yang majoriti
beragama Islam. Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik
dengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan
menindas peribumi Palestin.
Rakyat Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberi kebebasan sepenuhnya untuk
mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep
perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia
menentang keras dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan.
Malaysia juga
tidak menjalinkan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan
sehinggalah undang-undang dasar Aparteid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika
Selatan. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini
amat mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.
SOALAN
4
Terangkan perkembangan dasar luar Malaysia dengan
mengambil kira perubahan kepimpinan negara. . ( Buku
teks m/s 239-242 )
|
Atau
Terangkan perkembangan dasar luar Malaysia dengan mengambil kira perubahan kepimpinan
negara.
i.
Dasar Luar Tahap Pertama (1957-1970)
ii.
Dasar Luar Tahap Kedua (1972-1981)
iii.
Tahap Ketiga (1981-2003)
( Buku teks m/s 239-242 )
|
Atau
Jelaskan perkembangan dasar luar negara
kita dari tahun 1957 hingga tahun 2003
iv.
Dasar Pro-Barat
v.
Dasar Berkecuali
vi.
Dasar kepentingan Ekonomi ( Buku
teks m/s 239-242 )
|
Atau
Jelaskan perkembangan dasar luar Malaysia era
kepimpinan
iv.
Tunku Abdul Rahman (1957-1970)
v.
Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein
Onn (1976-1981)
vi.
Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003) ( Buku teks m/s 239-242 )
|
i.
Dasar Luar Tahap Pertama (1957 – 1970)
- ( Dasar pro Barat)
Dasar laur Malaysia pada Tahap Pertama memperlihatkan Dasar Pro-Barat yang Anti-Komunis serta dasar berbaik-baik dengan negara
jiran dan Komanwel. Dasar luar berkenaan dilaksanakan oleh Tunku
Abdul Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial.
Faktor politik merujuk kepada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu,
Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama
Britain, Australia dan New Zealand.
Bagi menyekat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah menandatangani
Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) pada tahun 1956. Mengikut
perjanjian ini, pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya
diserang oleh mana-mana negara.
Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik
dengan negara jiran. Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutama selepas Malaysia mencapai
kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963 – 1965),
terputusnya hubungan dengan Filipina (1963 – 1965) dan keluarnya Singapura
daripada Malaysia (1965). Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara
jiran terbukti melalui beberapa perjanjian.
Malaysia telah menandatangani
perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun
1961 bersama-sama Thailand dan Filipina. Menubuhkan MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama Filipina
dan Indonesia serta menubuhkan ASEAN pada tahun 1967 bersama Thailand,
Indonesia, Filipina dan Singapura.
Faktor ekonomi pula memperlihatkan
pergantungan
Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonomi negara ini. Pertama,
hal ini adalah disebabkan Malaysia merupakan anggota blok sterling yang
menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang pound sterling. Kedua, Malaysia
juga masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya iaitu bijih timah dan
getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain.
Ketiga pelabur Britain masih menguasai peratus
yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian .
Bagi mengurangkan kebergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran
bebas mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti
Jepun, Amerika Syarikat, Singapura dan Jerman Barat bagi megurangkan
pergantungan kepada Britain dan bagi mencari pasaran baru
ii.
Dasar Luar Tahap Kedua (1972 – 1981) - ( Dasar Berkecuali)
Menjelang tahun 1970-an semasa Tunku
Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn (1976 – 1981) dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua
negara. Perubahan dasar
ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya
pengaruh Britain di Timur.
Perubahan dasar ini juga disebabkan
pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar iaitu Amerika
Syarikat dan China.
Dalam mencapai matlamat dasar luar Malaysiat, beberapa usaha telah
dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan
Berkecuali (ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN.
Malaysia
juga telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis
seperti China, Jerman Timur , Korea Utara, Vietnam Utara, Mongolia.
Keinginan Malaysia menjalin persahabatan dengan
semua negara khususnya dengan negara jiran jelas dapat dilihat apabila Malaysia
mengadakan hubungan diplomatik dengan
Vietnam pada tahun 1976. Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi
dengan kerjasama negara-negara jiran.
iii.
Tahap Ketiga (1981 – 2003) - ( Dasar Kepentingan ekonomi)
Dasar luar Malaysia pada tahap ketiga telah mengekalkan
dasar tahap kedua tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi.
Dasar luar tersebut dilaksanakan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad (1981 –
2003). Kepentingan ini adalah berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan
dan pembangunan dalam kalangan negara
membangun.
Dalam usaha mencapai
matlamat dasar tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan lebih erat dengan
negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea
( Kemboja).
Disamping itu, Kerajaan Malaysia
memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur 1982 dengan menjadikan Korea Selatan dan
Jepun sebagai model bagi membangunkan negara
Malaysia. Melalui dasar itu, kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia
mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang baik seperti mencintai negara,
kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik
Malaysia juga telah mempertingkatkan
hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi lawatan yang dilakukan
oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir ke negara Afrika, Amerika Selatan,
Caribbean dan Pasifik Selatan.
Dalam setiap siri lawatannya misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan
Malaysia menandatangani perjanjian
perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua belah pihak. Kerajaan
Malaysia menjalin hubungan perdagangan dengan semua negara maju dan Dunia Ketiga.
Kerajaan memperluaskan kerjasama ekonomi melalui EAEC dan ASEAN+3. Beliau
percaya Malaysia bukan sahaja harus menjalin hubungan politik dan perdagangan
dengan negara maju malah dengan negara Dunia Ketiga juga.
Berdasarkan tiga tahap berkenaan
didapati dasar luar Malaysia berubah daripada dasar pro Barat kepada dasar
berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara serta memberikan penekanan
kepada hubungan dua hala yang dapat memantapkan ekonomi negara
CATATAN : SEKIRANYA PERLU BOLEH MASUKKAN
TAHAP SETERUSNYA
IV. Dasar Luar Malaysia
semasa pemerintahan Tun
Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)
Beliau meneruskan kesinambungan dasar luar Malaysia
era Perdana Menteri sebelumnya .Malaysia menjadi Pengerusi Pergerakan Negara-negara
Berkecuali(NAM) . Beliau juga menjadikan Malaysia sebagai negara Islam contoh
yang bertoleransi dan progresif melalui konsep Islam Hadhari . Penghantaran
pelajar Malaysia ke Jepun untuk mengikuti pembelajaran pelbagai bidang . Kerjasama
dengan Jepun dalam bidang teknikal. Beliau membentuk “task force” dalam
membantu usaha mewujudkan keamanan di Selatan Thailand
Dasar Luar Malaysia semasa
pemerintahan Dato’
Seri Najib Abdul Razak (2009- kini)
Beliau meneruskan
dasar luar yang kukuh yang membantu mewujudkan ekonomi yang mantap dan
dinamik. Penekanan diberikan dalam kerjasama
serantau dan antarabangsa terutamanya dengan ASEAN, OIC, NAM.
Di
samping itu, beliau juga menekankan kepentingan hubungan dua hala dengan
negara- negara yang berdagang dengan Malaysia (trading partner).Contohnya
seperti negara China, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat. Dato’ Seri Najib
meneruskan hubungan dua hala yang mesra dengan negara jiran. Pendekatan yang
membina diambil untuk menyelesaikan
masalah tuntutan bertindih, penetapan sempadan tanah dan maritim. Setiap
usaha diplomatik dilaksanakan untuk memastikan hubungan dua hala dengan negara jiran
tidak terjejas.
Masalah berkaitan tuntutan wilayah bertindih dirujuk kepada
Mahkamah Keadilan Antarabangsa
(ICJ). Perwakilan Diplomatik Malaysia di luar negara telah meningkat kepada 105
buah negara hari ini berbanding 21 buah pada tahun 1966.
Hubungan
dua hala Malaysia-China semakin kukuh sejak 42 tahun yang lalu Dato’ Seri
Najib telah meneruskan kesinambungan usaha Tun Abdul
Razak ke peringkat yang lebih tinggi daripada sebelumnya terutamanya dalam
aspek perdagangan China merupakan ‘trading partner’ yang penting
dalam pembangunan ekonomi negara Malaysia. Hubungan dengan
Singapura juga dipertingkatkan
yang merupakan pelabur utama di Iskandar Malaysia Malaysia juga meneruskan
hubungan yang kukuh
dengan negara Jepun.
Kesannya hubungan perdagangan Malaysia Jepun
terus meningkat dan berjaya menambah pendapatan negara Di samping itu, hubungan
Malaysia dan Amerika Syarikat terus diperkukuhkan. Kedua-dua buah negara telah
bersepakat untuk saling bekerjasama dalam bidang-bidang yang memberi manfaat
dan kepentingan bersama. Amerika Syarikat merupakan rakan dagangan Malaysia
terbesar.Malaysia pula merupakan rakan perdagangan ke-10 terbesar Amerika
Syarikat.
Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan
Faedah / Kebaikan / Manfaat / Sumbangan Dasar Luar
Malaysia.
Atau
Manfaat daripada dasar luar negara kita
bagi meningkatkan kecemerlangan Negara
Atau
Bagaimanakah dasar luar
Malaysia menyumbang kepada kemajuan
ekonomi Malaysia
(CATATAN : PILIH ASPEK EKONOMI SAHAJA)
|
CATATAN : Faedah
/ Kebaikan / Manfaat / Sumbang ( Sila tukar ikut kesesuaian soalan )
ASPEK POLITIK
Dasar
luar Malaysia ialah berbaik-baik dengan semua negara kerana Anglo–Malaysian
Defence Treaty (AMDA) kurang berperanan. Malaysia juga tidak boleh lagi
mengharapkan peranan yang dimainkan oleh Britain dalam menjamin keselamatan Malaysia
kerana Britain telah mengurangkan pengaruhnya di Timur. Oleh itu Malaysia menjalinkan
hubungan baik dengan negara yang mengamalkan ideologi komunis, seperti
China. Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdul Razak telah ke Beijing bagi
mengadakan hubungan diplomatik.
Malaysia
juga berbaik-baik dengan negara serantau melalui ASEAN bagi mengekalkan
kestabilan politik seperti mengamalkan dasar Aman, Bebas dan Berkecuali
(ZOPFAN). Perairan Asia Tenggara bebas daripada ancaman nuklear. Malaysia juga
berbaik-baik dengan negara-negara Islam dengan menyertai Pertubuhan OIC.
Seterusnya, penyertaan Malaysia dalam
Pertubuhan Bangsa –Bangsa Bersatu (PBB)
dapat membasmi
kemiskinan di luar bandar dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat contohnya,
bantuan Bank Dunia untuk menjayakan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
(FELDA). Hal ini dapat meningkatkan pendapatan dan jurang antara
pendudukan bandar dan luar Bandar
Seterusnya hubungan dasar luar dapat
meningkatkan hubungan persahabatan dan persaudaraan dengan rakyat negara luar menerusi bidang kebudayaan dan
sosial seperti
penyertaan dalam festival kebudayaan dan
kesenian serta sukan SEA. Hal ini dapat
meningkatkan kerjasama serantau melalui dasar
berbaik-baik dengan rakyat negara lain
Dasar luar negara juga penting untuk
mengekalkan kedaulatan negara. Dasar berbaik-
baik dengan semua negara dapat mengelak
pertelingkahan berlaku dengan negara jiran. Segala konflik dengan negara jiran
diselesaikan melalui rundingan atau melalui mahkamah
antarabangsa, contohnya isu Pulau Batu Putih.
Manfaat yang Malaysia peroleh hasil dasar luar yang mantap antaranya ialah dapat menjamin keselamatan rakyat dan
negara serta berupaya mengekalkan kestabilan politik dalam
negara.Sebagai contoh, tragedi di Lahad
Datu yang telah dicetuskan oleh kumpulan yang mendakwa keluarga diraja Sulu
telah berjaya diselesaikan dengan kerjasama Filipina.
Selain itu,
Malaysia juga dapat memelihara
kepentingan nasional dan kemerdekaan
yang diperoleh terus dipertahankan melalui dasar berkecuali .Negara kita
tidak akan campur tangan dalam urusan politik negara luar .Ini terbukti ,
Malaysia hanya memerhati kekerapan pertukaran pemerintahan dari parti yang
berlainan di Thailand sebagai satu dasar menghormati kedaulatan negara
tersebut.Sehubungan dengan itu,
persahabatan antara Malaysia dengan negara luar terus kekal terjalin
walaupun berlaku pertukaran pimpinan dan parti yang memerintah.
Malaysia juga
telah dapat mewujudkan keamanan sejagat dengan cara
mengukuhkan pertahanan antara negara
melalui kerjasama antarabangsa di kawasan perairan ataupun sempadan sempadan Malaysia-Thai.Sebagai contoh, masalah penyeludupan manusia dan dadah di
kawasan sempadan telah berjaya dibendung .
ASPEK EKONOMI
Melalui
dasar luar, Malaysia berjaya memajukan ekonomi negara. Hal ini
disebabkan kemasukan pelabur-pelabur asing telah memajukan bidang
perindustrian, cari gali minyak dan pertanian negara. Seterusnya Malaysia
mendapat bantuan kepakaran dan teknologi daripada negara maju bagi
mempertingkatkan sektor pembuatan dan pembinaan seperti Menara Berkembar
Petronas.
Dengan berbaik-baik
dengan semua negara Malaysia dapat membangunkan ekonominya dengan sempurna.
Barangan komoditi dapat dipasarkan ke negara Asia Barat. Hubungan yang erat
menyebabkan Malaysia dikunjungi oleh ramai pelancong. Pengaliranwang
asing ke dalam negara dapat menjana ekonomi. Di samping itu, peluang
pekerjaan dalam semua sektor semakin meningkat. Aktiviti perdagangan dua
hala juga dapat dijalankan dengan negara anggota ASEAN.
Dasar
luar ini juga dapat meningkatkan pelaburan dan perdagangan melalui Kawasan Perdagangan
Bebas Asean (AFTA) yang menggalakkkan kerjasama ekonomi dan mewujudkan jmlah
pasaran yang luas dalam kalangan negara-negara anggota. Hal ini dapat
meningkatkan ekonomi negara
Hubungan baik
dengan negara luar turut meluaskan pasaran untuk barangan
keluaran
negara sama ada barangan pertanian atau
perindustrian. Eksport negara akan bertambah dan
aliran mata wang asing ke negara kita akan
meningkat. Keadaan ini turut menyumbang kepada
kemajuan ekonomi negara.
Manfaat
seterusnya ialah Malaysia berjaya menggalakkan
pelaburan asing bagi peningkatan
ekonomi negara yang cemerlang. Ia terbukti dengan kewujudan
syarikat berteknologi tinggi dan syarikat multinasional seperti kilang
pemasangan Honda dan Kia di negara kita.
Selain
itu, pasaran produk
tempatan juga dapat menembusi pasaran
antarabangsa dan berdaya saing di peringkat antara bangsa.Rangkaian perdagangan berlandaskan
pengetahuan (knowledge-based) telah giat dijalankan hasil hubungan dasar
luar yang baik dengan negara luar.Jelaslah, dasar luar yang mantap akan membina ketamadunan Malaysia mampu
dibanggakan.
ASPEK SOSIAL
Dasar
luar Malaysia ialah dapat mewujudkan ketenteraman dan keharmonian dalam
kalangan rakyat melalui perjanjian persahabatan dengan negara-negara jiran.
Selainitu, dapat mengetengahkan budaya rakyat Malaysia melalui
pertukaran kebudayaan.
Seterusnya,
dasar luar dapat meningkatkan kualiti pendidikan melalui Penyelidikan
dan Pembangunan (R&D) dengan negara anggota ASEAN.
Seterusnya
kerjasama dalam bidang perubatan dengan negara India dan Ireland dapat melahirkan
tenaga pakar dalam bidang perubatan dan meningkatkan tahap kesihatan
rakyat. Malaysia dapat melahirkan angkasawan negara yang pertama iaitu
Dr. Sheikh Muzaffar Shukor dengan menggunakan kepakaran dari negara Russia.
Tambahan
lagi dengan Dasar Padang Ke Timur, Malaysia dapat mengamalkan budaya
orang Jepun yang menepati masa, rajin dan berintergiti yang tinggi dalam
kehidupan.
Malaysia
telah berjaya menganjurkan sukan Komanwel dan Sukan SEA. Penganjuran
sukan terbabit dapat mengeratkan hubungan antara negara serta mempromosikan
negara Malaysia di peringkat global.
Selain itu hubungan luar dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran
rakyat dalam pelbagai
bidang seperti sains, matematik dan ICT contohnya pembinaan Pusat
Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau
Pinang dapat meningkatkan kemajuan
teknologi dan inovasi yang dapat menjadi pemangkin kepada
pembangunan bidang sains dan
matematik di negara ini.
Faedah yang diperoleh Malaysia dalam hubungan dasar
luar ialah dapat menerapkan nilai-nilai baik dalam diri rakyat contohnya
melalui Dasar Pandang ke Timur rakyat akan mencontohi budaya bekerja masyarakat
negara Jepun dan Korea Selatan yang mempunyai kesungguhandalam pekerjaan dan
etika pengurusan kerja yang baik. Hal ini dapat meningkatkan prestasi kerja.
Selain itu, negara kita juga dapat
berkongsi kepakaran dengan negara lain terutamanya
negara-negara maju seperti Jepun contohnya
dalam bidang pembuatan kereta nasional Proton
dan pembinaan infrastuktur
negara terutamanya dalam bidang pembinaan LRT / MRT,
jambatan, keretapi laju dan sebagainya
SOALAN 5
DASAR LUAR MALAYSIA SENTIASA BERUBAH DAN TIDAK STATIK
|
a.
Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa berubah
mengikut peredaran masa ?
Atau
b.
Perubahan pucuk pimpinan
negara membawa kepada perubahan
dasar luar. Jelaskan.
Atau
c.
Sebab dasar luar perlu berubahdari
semasa ke semasa.
Atau
d.
Dasar luar Malaysia sentiasa berubah bergantung kepadakepimpinan negara.
Atau
e.
Mengapa
dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut perubahan politik dan
ekonomi global ?
Atau
f. Apakah rasionalnya Malaysia mengamalkan
dasar luar yang sentiasa berubah mengikut perubahan kepimpinan serta
perubahan politik dan ekonomi global ?
|
Cadangan Jawapan
Pada
masa pentadbiran Tunku Abdul Rahman, dasar
luar adalah pro Barat, tetapi kemudiannya telah berubah semasa pentadbiran
Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Hal ini kerana , Tunku
Abdul Rahman berkiblatkan pemikiran Barat dan banyak menghabiskan masa belajar
di Britain.Pendirian Tunku kepada Barat dapa dilihat berlakunya konfrontasi
Malaysia-Indonesia, Barat banyak memberikan bantuan kepada Tanah Melayu dalam
menjamin keselamatan di rantau ini.
Dasar
luar Malaysia berubah kerana keselamatan negara tergugat. Terdapat ancaman komunis di
negara-negara Asia Tenggara dan juga dalam negara melalui Parti Komunis Malaya.
Oleh itu, Malaysia melaksanakan dasar pro Barat bagi mendapatkan
bantuanpertahanan daripada Negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia
dan New Zealand.
Dasar luar Malaysia berubah kepada dasar
berkecuali iaitu dasar berbaik-baik dengan semua negara disebabkan
kurangnya peranan AMDA dan pergolakan di Vietnam yang melibatkan dua kuasa
besar iaitu Amerika Syarikat dan China. Malaysia bergantung kepada British bagi
mendapatkan bantuan pertahanan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana negara
Dasar luar Malaysia berubah untuk
memelihara hubungan dengan negara jiran.Sehubungan itu beberapa perjanjian
ditandatangani untuk menangani krisis
dengan negarajiran. Contohnya konfrontasi dengan Indonesia, terputus hubungan
dengan Filipina dan keluarnya Singapura dari Malaysia. Kesannya ASA, MAPHILINDO
dan ASEAN ditubuhkan.
Dasar luar Malaysia berubah kepada
dasar berkecuali bertujuan untuk mewujudkan hubungan baik dengan semua
negara. Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)telah diisytiharkan
bersama-sama ASEAN untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di Asia
Tenggara, tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur.
Selain itu, dasar luar sentiasa
berubah kerana kepentingan ekonomi negara seperti perdagangan, pelaburan
dan pembangunan terutama dalam kalangan negara membangun. Malaysia telah mengadakan hubungan ekonomi dengan negara-negara ASEAN
seperti Singapura dan Thailand.
Keadaan ini telah meningkatkan nilai dagangan negara kita. Hal ini kerana,Malaysia mengamalkan pasaran
bebas dengan membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti
Amarika Syarikat,Jepun dan Singapura bagi mengurangkan pergantungan kepada
Britain dan mencari pasaran baru.
Semasa kepimpinan Dato’ Seri Dr
Mahathir Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982
dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan
Malaysia. Perubahan ini menarik para
pelabur dari negara berkenaan yang membawa kepada perkembangan ekonomi
Malaysia. Kesannya telah membawa kepada
budaya kerja yang beretika dan efisien
Perubahan dasar luar Malaysia juga
telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara lain seperti
dengan Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Melalui misi
perdagangan ini, Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan dua hala
yang menguntungkan kedua-dua belah pihak dan dapat menjalinkan perdagangan
dengan negara maju serta negara dunia ketiga.
Kesimpulannya Perubahan ini dapat memantapkan ekonomi
negara Malaysia.
****************************************************************************************************************
Kepentingan dasar luar Malaysia
|
a) Jelaskan kepentingan dasar luar yang diamalkan
oleh Malaysia demi menjamin kestabilan
dan kemakmuran negara.
Atau
b)
Jelaskan kepentingan
dasar luar Malaysia dalam meningkatkan
ketamadunan bangsa dan negara.
Atau
c)
Kepentingan
menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain
|
Jawapan:
Kepentingan
dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia ialah kestabilan politik negara dapat dikekalkan dimana hubungan
diplomatik dengan negara luar dapat diperkukuhkan . Secara tidak langsung
persefahaman dapat dipupuk.Contohnya hubungan diplomatik yang terjalin antara
Malaysia dengan kerajaan China sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga
kini telah mengukuhkan hubungan baik antara kedua-dua buah negara
tersebut. Tegasnya, dasar luar negara
mampu memantapkan hubungan diplomatik
antara Malaysia dengan negara lain.
Keadaan yang
aman juga akan menarik pelabur-pelabur
asing datang ke negara kita dan dapat menjamin
keselamatan perairan negara. Keadaan aman dalam negara akan menjamin
keselamatan rakyat dan negara. Selain itu, dengan pertambahan kemasukan pelabur
asing, ekonomi negara akan berkembang pesat dan seterusnya membuka peluang
pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Keadaan ini
juga turut merangsang kemasukan tenaga
kerja dari luar yang diperlukan untuk mempercepatkan pembinaan
projek-projek mega seperti pembinaan Menara Berkembar Petronas. Selain itu,
syarikat-syarikat tempatan juga dapat
membuat pelaburan di negara-negara Dunia Ketiga, seperti yang dilakukan
Petronas di Vietnam.
Dasar luar negara juga penting untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Hubungan yang erat
dengan negara-negara maju memudahkan pemindahan teknologi moden ke dalam
negara. Kemajuan dalam bidang teknologi diperlukan dalam pembinaan LRT/MRT,
empangan hidro elektrik dan sebagainya. Kemajuan teknologi yang dimiliki oleh
Kereta api Tanah Melayu mendapat kepercayaan Arab Saudi sehingga diberi peluang
untuk mengendalikan sebahagian perkhidmatan kereta api di sana.
Dasar luar negara juga penting untuk mengekalkan kedaulatan negara
dengan cara berbaik-baik dengan semua negara . Hal ini dapat
mengelakkan pertelingkahan yang berlaku
dengan negara-negara jiran. Segala
konflik dengan negara jiran dapat diselesaikan melalui rundingan atau melalui
Mahkamah Antarabangsa contoh isu Pulau Batu Putih (konflik antara Malaysia dan
Singapura)
Malaysia telah mendapat banyak faedah atau manfaat
daripada dasar luarnya. Antaranya ialah Malaysia dapat mengekalkan perpaduan kaum
sama ada di peringkat serantau mahupun dunia. Keadaan aman dalam negara
akan menjamin keselamatan rakyat dan negara. Contohnya, rakyat berbilang kaum
dapat menyambut sesuatu perayaan seperti Tahun Bharu Cina, Hari Natal dan Hari
Raya Aidil Fitri dalam suasana yang harmoni.
Oleh itu, perpaduan kaum dapat menjamin kehidupan yang sejahtera.
Selain itu, peluang pekerjaan dapat diwujudkan
untuk penduduk tempatan. Contohnya
melalui projek Taman Perindustrian Kuantan dengan Taman Perindustrian Qinzhou
China. Malah syarikat-syarikat tempatan juga membuat pelaburan di negara China
dan negara-negara dunia ketiga, seperti pelaburan syarikat Petronas Malaysia di
Vietnam.
Manfaat dalam bidang
pendidikan pula, negara kita dapat menjalinkan kerjasama dalam bidang
pendidikan seperti pertukaran pelajar melalui Pertubuhan Menteri-menteri
Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Malaysia juga mendapat faedah menerusi hubungan
Malaysia - China melalui penubuhan cawangan Universiti Xiamen di Selangor.
Malah negara kita juga berpeluang menjalin kerjasama dalam bidang kebudayaan
dan keseniaan.
Melalui dasar luar negara juga, negara kita dapat menerima kerjasama dalam bentuk latihan dan
penyelidikan
Dasar berbaik-baik / Dasar berkecuali yang diamalkan oleh Malaysia
|
Mengapakah
Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik / dasar berkecuali dengan semua negara?
|
Cadangan Jawapan
Antara
sebab Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara adalah untuk mengekalkan kestabilan politik negara.
Keadaan aman dalam negara akan menjamin keselamatan rakyat dan negara.
Contohnya, Malaysia berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira
ideologi. Oleh itu, dasar berbaik-baik
dengan semua negara akan dapat memperkukuh hubungan diplomatik dan persefahaman
dengan negara luar.
Malaysia
juga berbaik-baik dengan negara serantau untuk
mengekalkan hubungan baik dengan negara serantau. Dengan menjadi negara anggota ASEAN. Malaysia
dapat mengekalkan kestabilan politiknya. Contohnya melalui konsep zon aman,
bebas dan berkecuali (ZOFPAN). Aktiviti perdagangan dua hala juga dapat
dijalankan dengan negara anggota ASEAN.
Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan negara lain mampu memelihara
hubungan baik antara Malaysia dengan negara anggota ASEAN.
Keadaan
yang aman juga dapat menarik
pelabur-pelabur asing datang ke negara kita. Dengan pertambahan kemasukan
pelabur asing, ekonomi negara akan berkembang pesat dan seterusnya membuka
peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Keadaan ini turut merangsang
kemasukan tenaga kerja dari luar yang diperlukan untuk mempercepat pembinaan
projek-projek mega seperti pembinaan Monorel dan Jambatan kedua Pulau Pinang. Pendek kata, dasar berbaik-baik dengan negara
lain akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelabur asing.
Dalam
bidang sosial pula, dasar berbaik-baik dengan semua negara ini dapat membantu mengekalkan
keamanan dunia. Melalui penglibatan dalam pertubuhan antarabangsa, Malaysia telah bekerjasama dalam
menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa
mengira bangsa, agama dan warna kuContohnya dengan menyertai pertubuhan dunia seperti PBB,Komanwel, NAM
dan OIC. Oleh itu, Malaysia mampu memberikan sumbangan ke arah mengekalkan
keamanan sejagat.
Dasar
berbaik-baik dengan semua negara juga penting untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Hubungan erat dengan
negara-negara maju memudahkan pemindahan teknologi moden ke dalam negara.
Kemajuan dalam bidang teknologi diperlukan contohnya dalam pembinaan empangan
hidro elektrik di Bakun. Oleh itu,
perkongsian ilmu dan kepakaran dalam bidang sains dan teknologi dengan negara
lain telah membantu memajukan negara Malaysia.
Selain itu
juga, dasar berbaik-baik dengan negara lain telah berjaya mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa dengan mewujudkan
masyarakat yang saling menyayangi, menghargai antara satu sama lain dan
seterusnya menolak prasangka buruk dalam kalangan semua negara. Contohnya, masyararakat antarabangsa bersatu
padu dalam menjayakan sukan bertaraf antarabangsa seperti Sukan Komanwel dan
Sukan Olimpik. Oleh itu, dasar
berbaik-baik dengan negara lain ternyata mampu menyatupadukan masyarakat seantero
dunia melalui pelbagai aktiviti sukan.
Kesan sekiranya
dasar luar negara tidak mantap ?
|
Jika dasar luar negara tidak mantap ia akan
mempengaruhi ekonomi negara kita. Misalnya,
eksport negara akan berkurangan. Ini
adalah kerana secara hubungan dengan negara lain akan terbatas atau
terhad. Ekonomi negara juga merosot dan ini
menyebabkan pendapatan negara merosot.
Kita juga akan
menghadapi masalah kemasukan pelabur asing ke negara kita. Kemasukan pelabur
luar yang terhad akan menyebabkan peluang
pekerjaan semakin berkurangan dan taraf hidup rakyat merosot. Secara tidak
langsung, ekonomi negara akan terjejas dan mempengaruhi pembangunan negara
Malaysia. Imej negara juga akan terjejas di mata dunia..
Politik negara
menjadi tidak stabil dan kedaulatan negara akan terancam. Dasar luar yang tidak
mantap akan mendedahkan negara kita kepada serangan dan konflik dari negara
lain. Imej negara juga akan tergugat
kerana kegiatan jenayah merentas sempadan akan meningkat tanpa dapat dikawal
seperti yang kita amalkan sekarang.
Dasar luar yang
tidak mantap juga akan membataskan kerjasama antara negara dalam semua aspek
terutamanya keselamatan. Usaha menangani
keganasan global seperti ancaman Daesh dan IS akan menjadi sukar kerana
kurangnya kerjasama antara negara.
Cara dasar luar Negara dapat memantapkan perpaduan masyarakat
antarabangsa
|
Dasar-dasar luar Malaysia telah dapat mengukuhkan
perpaduan masyarakat antarabangsa. Perkara ini berlaku kerana masyarakat Negara
kita amat kukuh mengamalkan semangat
tolong menolong dengan negara luar tanpa
mengira sempadan kaum,agama,ideologi dan juga sempadan politik.
Perpaduan ini jelas terbukti ketika bencana alam yang
berlaku seperti Tsunami di Acheh dan gempa bumi di Jepun. Negara kita telah
menghantar bantuan perubatan, bantuan kewangan, bantuan menyelamat serta
bantuan barangan makanan dan minuman kepada semua mangsa.
Dasar luar Malaysia juga mengutamakan perpaduan, Ini
dibuktikan Malaysia pernah menjadi perantaraan menyelesaikan krisis perang
Iran-Iraq,krisis selatan Filipina dan sebagainya.
Disamping itu juga bagi mewujudkan perpaduan dan keamanan
dunia,Malaysia memainkan peranan yang penting dalam menyokong perjuangan rakyat
Palestin mendapatkan semula tanah air mereka
daripada Israel mengikut lunas- lunas yang terkandung dalam piagam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) sehingga hari ini.
Dasar luar Malaysia yang mengutamakan perpaduan
masyarakat antarabangsa dapat dibuktikan dengan dasar luar kita yang mengutamakan
keamanan dunia melalui keanggotaan Malaysia dalam Pertubuhan Negara-Negara
Berkecuali (NAM) yang menekankan prinsip zon aman,bebas dan berkecuali,malah
mengutamakan perundingan dan perbincangan secara aman.
Keberkesanan dasar luar kita yang mantap dapat dibuktikan
dengan penyertaan tentera kita dibawah panji-panji PBB dengan menghantar
tentera pengaman di Bosnia dan juga Lubnan.Penyertaan tentera kita diperingkat
antarabangsa ini mendapat penghormatan dari negara-negara lain.
Selain itu juga dengan adanya dasar luar Malaysia ia berjaya mengukuhkan
perpaduan masyarakat antarabangsa dengan mewujudkan masyarakat yang saling
menyayangi,menghargai antara satu sama dan seterusnya menolak prasangka buruk
dikalangan semua negara.
Kewajaran jalinan hubungan baik dengan negara luar
|
Malaysia wajar menjalin hubungan baik dengan
negara luar untuk mengekalkan
kestabilan politik negara. Keadaan aman dalam negara akan menjamin
keselamatan rakyat dan negara. Contohnya, Malaysia berbaik-baik dengan semua
negara tanpa mengira ideologi. Oleh itu,
dasar berbaik-baik dengan semua negara akan dapat memperkukuh hubungan
diplomatik dan persefahaman dengan negara luar.
Malaysia juga perlu mengadakan hubungan baik dengan negara luar untuk
mengekalkan hubungan baik dengan semua negara. Contohnya, dengan menjadi
negara anggota ASEAN. Malaysia dapat mengekalkan kestabilan politiknya melalui
konsep zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) yang diperkenalkan. Aktiviti
perdagangan dua hala juga dapat dijalankan dengan negara anggota ASEAN. Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan negara
lain mampu memelihara hubungan baik antara Malaysia dengan negara anggota
ASEAN.
Dengan menjalinkan hubungan baik
dengan negara luar Malaysia dapat membangunkan ekonominya dengan
sempurna. Barangan komuniti dapat dipasarkan ke Negara barat dan ke Negara Asia
dengan mudah dan selamat. Misalnya, Kereta Proton Saga keluaran Malaysia dapat
dipasarkan ke negara Republik China. Dengan ini, pendapatan Negara akan
meningkat.
Hubungan yang baik dengan Negara
luar juga menjadikan Malaysia mudah dikunjungi ramai pelancong. Hal ini
mendorong pertukaran mata wang asing semakin meningkat, Seterusnya dapat
menjana ekonomi Negara. Misalnya melalui keanggotaan Malaysia dalam ASEAN,
Malaysia telah memperkenalkan tahun melawat Malaysia kepada seluruh negara di
Asia Tenggara. Peluang pekerjaan dalam industri
pelancongan juga turut meningkat dan membantu meningkatkan taraf hidup rakyat.
Melalui hubungan yang baik dengan
Negara luar juga dapat menarik pelabur-pelabur asing datang ke negara
kita. Dengan pertambahan kemasukan pelabur asing, ekonomi negara akan
berkembang pesat. Keadaan ini turut merangsang kemasukan tenaga kerja dari luar
yang diperlukan untuk mempercepat pembinaan projek-projek mega seperti
pembinaan Monorel dan Jambatan kedua Pulau Pinang. Pendek kata, dasar berbaik-baik dengan negara
lain akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelabur asing.
Selain itu, hubungan yang baik dengan Negara luar turut membantu
perkembangan dalam bidang sosial negara seperti pendidikan. Misalnya
melalui hubungan Malaysia dalam Pertubuhan Negara Islam (OIC), Malaysia telah
dapat membina Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk memberi
peluang kepada semua pelajar Islam di
dunia supaya dapat menyambungkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Dengan itu, pelajar di negara Islam yang miskin seperti sudan dan Nigeria dapat
meneruskan pengajian mereka untuk menuntut imu.
Menjalinkan hubungan yang baik
dengan Negara luar juga penting untuk kemajuan dalam bidang sains dan
teknologi. Hubungan erat dengan negara-negara maju memudahkan pemindahan
teknologi moden ke dalam negara. Kemajuan dalam bidang teknologi diperlukan
contohnya dalam pembinaan empangan hidro elektrik di Bakun. Oleh itu, perkongsian ilmu dan kepakaran
dalam bidang sains dan teknologi dengan negara lain telah membantu memajukan
negara Malaysia.
Hubungan yang baik dengan Negara luar juga dapat membantu mengekalkan
keamanan dunia. Melalui penglibatan dalam pertubuhan antarabangsa, Malaysia telah bekerjasama dalam
menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa
mengira bangsa, agama dan warna kulit. Contohnya dengan menyertai pertubuhan dunia seperti PBB,Komanwel, NAM
dan OIC. Oleh itu, Malaysia mampu memberikan sumbangan ke arah mengekalkan
keamanan sejagat.
Disamping itu juga, hubungan yang
baik dengan Negara luar telah berjaya mengukuhkan perpaduan masyarakat
antarabangsa dengan mewujudkan masyarakat yang saling menyayangi,
menghargai antara satu sama lain dan seterusnya menolak prasangka buruk dalam
kalangan semua negara. Contohnya,
masyararakat antarabangsa bersatu padu dalam menjayakan sukan bertaraf
antarabangsa seperti Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan negara
lain ternyata mampu menyatupadukan masyarakat seantero dunia melalui pelbagai
aktiviti sukan.
SOALAN 6
Jelaskan cabaran dan langkah
Malaysia dalam meningkatkan
keberkesanan hubungan dengan negara
luar pada era globalisasi hari ini
Atau
Apakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam hubungan
serantau dan antarahangsa serta langkah mengatasinya.
Atau
Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia sering menghadapi pelbagai
tekanan daripada masyarakat antarabangsa. Bagaimanakah Malaysia
menangani tekanan tersebut?
|
CABARAN DAN LANGKAH 1
Cabaran pertama adalah dalam bidang penguatkuasaan misalnya nelayan Thailand sering menceroboh
kawasan perairan Malaysia.Tindakan Imigresen
terhadap mereka yang ditangkap dan pelupusan kapal secara “bakar” sering menimbulkan kemelut
antara kedua-dua negara. Masalah tindakan undang-undang terhadap pendatang haram dari Indonesia dan
kes penganiayaan pembantu
rumah warga Indonesia oleh majikan
Malaysia hampir-hampir memusnahkan
hubungan baik yang telah lama terjalin .Cabaran menangani masalan
kebergantungan kepada pekerja asing.Keadaan ini menyebabkan kebanjiran tenaga
kerja asing dari Indonesia dan Bangladesh.Kesannya peluang untuk rakyat
tempatan terhad.
Langkah pertama ialah dengan kerjasama pasukan
keselamatan
contohnya rondaan bersama antara pasukan maritim Malaysia dengan Indonesia
telah banyak mengurangkan kebanjiran pendatang tanpa izin ke negara ini.Begitu
juga bantuan ketenteraan Filipina dalam peristiwa pengganas Sulu di Lahad Datu
beberapa tahun yang lalu turut mengeratkan lagi hubungan kedua-dua
negara.Jelaslah, kerjasama dan penyelesaian krisis antara negara melalui rundingan telah
dapat mengekalkan keamanan global
tanpa perselisihan faham semua
negara
CABARAN DAN LANGKAH 2
Cabaran kedua ialah jenayah
merentasi sempadan.Contohnya penyalahgunaan dadah.Pengedar dadah menjadikan
Malaysia sebagai negara transit dan ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang
menjadi keldai dadah.
Langkah kedua ialah kerajaan perlu mengadakan
kawalan ketat di pintu-pintu masuk negara serta mengenakan hukuman yang
ketat kepada pesalah.Selain itu Malaysia juga
mengukuhkan kerjasama dengan pihak berkuasa negara-negara lain agar
masalah ini dapat di atasi tanpa menjejaskan hubungan dua hala tersebut.
CABARAN DAN LANGKAH 3
Cabaran ketiga , Isu perebutan wilayah yang
masih belum selesai misalnya
Pulau Terumbu Peninjau dan Pulau Terumbu Siput dengan Filipina turut menjadi
faktor pengancam kepada hubungan baik antara kedua-dua negara. cabaran untuk
mengekalkan hak negara. Isu
persempadanan yang menjadi rebutan antara negara menyebabkan hubungan menjadi
renggang.Contohnya isu Pulau Spratly.
Langkah ketiga ialah negara-negara yang terlibat hendaklah
mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa
(ICJ) .Ini menyebabkan keamanan berjaya diwujudkan
CABARAN DAN LANGKAH 4
Cabaran keempat Malaysia juga menghadapi cabaran untuk mengekalkan
kemajuan ekonomi kerana berlaku kejatuhan nilai mata wang Malaysia.Ini menyebabkan
Malaysia tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa.
Langkah keempat adalah Malaysia menambah baik kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial dan politik
antara negara.Kerjasama perdagangan
Malaysia dengan China yang tidak terhenti telah mengeratkan lagi hubungan
kedua-dua negara disebalik beberapa krisis yang agak besar.Dari sudut sejarah,keberanian Tun Abdul Razak menjalin
hubungan diplomatik ketika negara itu dipinggirkan dunia kerana ideologi
komunisnya. Tindakan Tun Abdul Razak
ternyata membuka lembaran baru dalam hubungan diplomatik China dengan
negara-negara di rantau Asia Tenggara.
Selepas Malaysia, anggota lain Persatuan
Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) turut mengambil langkah serupa.Ini
membuktukan dasar keterbukaan Malaysia dengan semua negara.
CABARAN DAN LANGKAH 5
Cabaran kelima Malaysia
menghadapi cabaran dalam menangani
masalan kebergantungan kepada pekerja asing.Keadaan ini menyebabkan
kebanjiran tenaga kerja asing dan peluang untuk rakyat tempat terhad.
Langkah kelima ialah Penguatkuasaan
undang-undang yang ketat oleh pihak
berkuasa supaya kedatangan dan kebergantungan kepada pekerja asing dapat di
kawal.Pihak kerajaan dan majikan perlu mengutamakan rakyat Malaysia untuk
memenuhi sektor pekerjaan.
CABARAN DAN LANGKAH 6
Cabaran keenam untuk mengekalkan hubungan dengan serantau seperti
Indonesia, Filipina, Thailand seperti isu pemerdagangan manusia, pencerobohan
di Lahad Datu dan pelarian Rohingya
Langkah keenam ialah
Malaysia perlu sentiasa
mengekalkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar dengan
mengamalkan prinsip rundingan, keterbukaan dan kerjasama dalam bidang ekonomi,
sosial dan politik.Prinsip
rundingan dan dasar keterbukaan yang
diamalkan bermula pada masa Pakatan Murni sehingga kini telah telah banyak mewujudkan keamanan serta kesejahteraan
negara kita.Rundingan positif misalnya isu perebutan wilayah sehingga ke
mahkamah antarabangsa telah mengekalkan hubungan baik antara negara tanpa melibatkan krisis persenjataan. Malaysia tetap mengutamakan
semangat setiakawan dalam sebarang tragedi yang menimpa negara sahabat
misalnya menyumbang bantuan kemanusiaan
dalam peristiwa Tsunami di Acheh.
Kesimpulannya, setiap cabaran dapat diatasi sekiranya semua pihak memainkan peranan semaksimum mungkin dan
menyuarakan pelbagai cadangan-cadangan yang membina sehingga mampu
melahirkan sebuah Negara Malaysia yang disegani diperingkat global
SOALAN 7
Apakah
usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar?
|
Antara usaha –usaha yang perlu
dilakukan untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar ialah mengadakan
kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan dengan semua negara.Malaysia
juga boleh mengadakan
pertukaran teknologi dan kepakaran.Contoh
dalam pembinaan LRT / MRT, empangan hidro elektrik dan sebagainya.
Negara kita melakukan kerjasama ekonomi dalam
bentuk usaha sama antara syarikat multinasional asing dengan syarikat tempatan.Contonya, projek usaha
sama industri automobile antara Mitsubishi Corporation dari Jepun dengan Proton
dan Kia Motors dari Korea Selatan dengan NAZA Motors Malaysia
Malaysia juga turut memelihara hubungan politik dan
meningkatkan lagi hubungan diplomatik. Malaysia merupakan Negara yang
seringkali mengadakan lawatan rasmi ke Negara lain.Contohnya pada tahun 2005 Yang di-Pertuan Agong (Raja) Sirajuddin
Perlis Malaysia dan Raja Permaisuri Agong (Permaisuri) Tengku Fauziah
Perlis melawat Sweden.
Mengadakan
mesyuarat / perbincangan sekiranya ada krisis. Saling mengekalkan
persefahaman antara Negara.
Mengadakan kerjasama pertahanan contohnya penguatkuasaan Maritim Negara telah
berganding bahu dengan Filipina untuk menjayakan Operasi Phillipine-Malaysia
(PHIMAL) yang bermatlamat untuk mencegah aktiviti-aktiviti pelanggaran
undang-undang maritim di persempadanan perairan Malaysia-Filipina di Laut Sulu.
.
Bertukar-tukar
pendapat dan pandangan dalam semua isu dan bertindak dengan sebulat suara.Selain
itu kita juga turut mengeratkan hubungan serantau dengan ASEAN serta hubungan
degan pertubuhan dunia seperti PBB, OIC, Komanwel. Usaha lain dalam mengekalkan
hubungan baik ialah menghormati kedaulatan negara lain dengan tidak mencampuri
hal ehwal negara tersebut. Contoh di negara yang dilanda peperangan seperti
Syria.
Selain itu Malaysia telah memberi bantuan kepada negara yang ditimpa
bencana dam mengalami kesusahan. Sebagai contohnya
Malaysia telah menyalurkan bantuan
kemanusiaan ke bumi Gaza / Palestin.Pemimpin negara telah mengadakan lawatan
rasmi ke luar negara bagi membincangkan permasalahan politik atau hubungan
perdagangan dua hala
Malaysia juga turut mengadakan rancangan pertukaran televisyen,
pertukaran pelajar .Contoh drama Korea, rancangan dari
Hollywood, Bollywood dan lain-lain.Usaha lain dalam mengekalkan hubungan baik
dengan negara luar ialah dengan menganjurkan persidangan / sukan bertaraf
antarabangsa. Contoh Sukan Komanwel,
Malaysia juga menganjurkan persidangan menentang pengganas dan mengelakkan persaingan senjata.Negara kita
juga tidak mengeluarkan senjata nuklear.Selain itu kita manyanjungi dan
menghayati kedaulatan negara lain. Contohnya kita tidak melanggar dan
mencerobohi sempadan negara lain. Malahan Malaysia amat mementingkan hak asasi
manusia.
Malaysia
juga turut bekerjasama dalam perkongsian budaya antara negara.contohnya Malaysia telah menganjurkan Festival Makanan, Kraf Tangan dan Budaya
Indonesia buat julung kalinya diadakan di Pulau Pinang dengan matlamat untuk
mendedahkah budaya tradisin negara jiran tersebut di Malaysia.
NILAI KEJAYAAN / KEJAYAAN
/ KEBERKESANAN DASAR LUAR
MALAYSIA
|
Malaysia
merupakan negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang
berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri. Sistem ini mementingkan hubungan baik antara
negara-negara luar di mana ini membawa kepada penggubalan dasar luar daripada
sebuah negara yang anti-komunis kepada negara berkecuali. Situasi ini
membolehkan Malaysia menjadi
sebuah negara yang membangun dari sudut ekonomi dan dapat
menjadi sebuah negara yang mampu bersaing dengan negara-negara yang sudah
membangun. Pembentukan dasar luar negara
secaradinamis telah memastikan negara terus berjaya dalam pelbagai bidang
seperti ekonomi,politik dan sosial.
Melalui dasar
berbaik-baik dengan negara jiran dapat menangani krisis dengannegara – negara jiran seperti konfrontasi
Malaysia dengan Indonesia daripada tahun 1963 –1965 selepas pembentukkan
Malaysia. Negara berjaya menangani krisis tersebut melaluiperjanjian menubuhkan
pertubuhan seperti MAHPHILINDO pada tahun 1962 yangmelibatkan Malaysia,
Philipina dan Indonesia.
Seterusnya,
melalui sikap dasar berkecuali Malaysia berjaya menyertai pasukanpendamai di bawah
panji-panji PBB untuk menamatkan Perang Saudara di Congo. Hal inimembuktikan
kejayaan negara dalam menyelesaikan konflik antarabangsa. Dengan ini dapat mengharumkan
nama baik mengeratkan hubungan dengan negara – negara lain seperti hubungan
diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976. Pada tahun 1989, Malaysia terpilih
sekali lagi mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu Namibia
mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar
pasukan pemerhati bagi meleraikan
pergolakan-pergolakan di luar negara seperti Krisis Sempadan Iran-Iraq dan
Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.
Selain itu, melalui
dasar berbaik-baik dengan semua, Malaysia dapat membangunkan ekonomi negara. Negara berjaya menarik ramai
pelabur asing denganmenjadi ahli Bank Dunia iaitu bank antarabangsa yang
ditubuhkan oleh PBB pada tahun1945. Malaysia telah menggunakan bantuan daripada
Bank Dunia untuk menjayakan FELDA dan membangunkan prasarana pendidikan dan
penyelidikan. Kerjasama dalam bidang pendidikan dapat dilihat melalui pembinaan
RECSAM iaitu Pusat Serantau Sains dan Matematik.
Ramalkan/
Andaikan halatuju dasar luar negara pada masa hadapan
Atau
Halatuju dasar luar negara dalam ere
globalisasi
Atau
Beri cadangan
halatuju dasar luar negara dalam era globalisasi
|
Malaysia
akan meneruskan dasar luar negaranya dengan mengekalkan dasar berbaik-baik
dengan semua negara tanpa mengira ideologi tujuannya untuk mengekalkan
keselamatan , keamanan dan kedaulatan negara.Malaysia perlu terus mengekalkan
dasar berkecuali dalam hubungan luarnya . Hal ini kerana , dapat menjamin
kedaulatan dan kestabilan negara.
Di
samping itu Malaysia meneruskan dasar luarnya dengan mengambil kira kepentingan
ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan
pembangunan ekonomi. Ini bertujuan untuk menggalakkan
kemasukan modal dan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat di negara
kita. Negara kita juga meneruskan Dasar Pandang Ke Timur dengan
menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model untuk membangunkan negara.
Malaysia juga terus komited menjalinkan hubungan luar dengan membentuk jalinan
ekonomi di peringkat ASEAN agar dapat berdaya saing di peringkat global.
Malaysia
juga akan meningkatkan hubungan bilateral dengan negara-negara jiran
seperti Indonesia, Singapura, Thailand bagi menjaga kepentingan ekonomi dan
politik serantau. Begitu juga Malaysia akan terus mengekalkan hubungan dua hala dengan Negara Amerika Latin, Afrika,
Asia Barat serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.
Malaysia
juga akan mengadakan hubungan multilateral dengan Komanwel, OIC,PBB,
NAM, demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sejagat. Semua ini dilakukan
melalui misi lawatan pemimpin ke negara-negara tersebut secara rasmi dan
berterusan.Kerajaan Malaysia juga mengadakan
misi perdagangan dengan menghantar deligasi perdagangan. Oleh itu, Malaysia
menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang mengambil kira
kepentingan ekonomi jangka panjang bagi mencapai misi negara maju menjelang
tahun 2020. Dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan dunia kekal aman dan
harmoni,
Malaysia
terus komited menyokong segala dasar dan prinsip PBB bagi menyelesaikan
pertikaian secara rundingan dan diplomasi. Malaysia akan terus memperjuangkan
nasib rakyat Palestin yang diceroboh oleh Israel. Malaysia akan terus
berperanan dan bersuara untuk menuntut keadilan bag Negara Dunia Ketiga.
Dalam
menjaga kepentingan politik dan keselamatan negara , Malaysia akan
meneruskan komitmennya dengan konsep ZOPFAN yang dipersetujui dalam ASEAN. Hal
ini menjadikan negara kita sentiasa menjaga hubungan baik dan mesra melalui
persidangan Ketua-Ketua Kerajaan atau Menteri-Menteri Luar setiap negara.
Malaysia akan meneruskan dasar luar negaranya
dengan mengekalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira
blok Barat atau blok Timur. Malaysiajuga akan terus mengekalkan dasar
berkecuali dalam hubungan luarnya untuk menjaminkedaulatan negara.
Di samping itu Malaysia meneruskan dasar
luarnya dengan mengambil kira kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan
isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan ekonomi. Ini bertujuan untuk
menggalakkan kemasukan modal dan membukapeluang pekerjaan kepada masyarakat di
negara kita.
Negara kita juga meneruskan Dasar Pandang
Ke Timur dengan menjadikan Jepundan Korea Selatan sebagai model untuk
membangunkan negara. Malaysia juga terus komited menjalinkan hubungan luar
dengan membentuk jalinan ekonomi di peringkat ASEAN agar dapat berdaya saing di
peringkat global.
Malaysia juga akan meningkatkan hubungan
bilateral dengan negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Thailand
bagi menjaga kepentingan ekonomi dan politik serantau. Begitu juga Malaysia
akan terus mengekalkan hubungan dua hala dengan negara Amerika Latin, Afrika,
Asia Barat serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.
Malaysia juga akan mengadakan hubungan
multilateral dengan Komanwel, OIC, PBB, NAM, demi mengekalkan keamanan dan
kesejahteraan sejagat. Semua ini dilakukanmelalui misi lawatan pemimpin ke
negara-negara tersebut secara rasmi dan berterusan.
Kerajaan Malaysia
juga mengadakan misi perdagangan dengan menghantar deligasiperdagangan. Oleh itu, Malaysia menandatangani
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik(TPPA) yang mengambil kira kepentingan
ekonomi jangka panjang bagi mencapai misinegara maju menjelang tahun 2020.
Dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan
dunia kekal aman dan harmoni,Malaysia terus komited menyokong segala dasar
dan prinsip PBB bagi menyelesaikanpertikaian secara rundingan dan
diplomasi. Malaysia akan terus memperjuangkan nasibrakyat Palestin yang
diceroboh oleh Israel. Malaysia akan terus berperanan dan bersuarauntuk
menuntut keadilan bagi Negara Dunia Ketiga.
Dalam menjaga kepentingan politik dan
keselamatan negara , Malaysia akan meneruskan komitmennya dengan konsep
ZOPFAN yang dipersetujui dalam ASEAN. Hal ini menjadikan negara kita sentiasa
menjaga hubungan baik dan mesra melalui persidanganKetua-Ketua Kerajaan atau
Menteri-Menteri Luar setiap negara
Dasar
luar Negara yang diamalkan sejak tahun 1957 hingga kini berjaya meletakkan
Malaysia sebagai sebuah Negara dihormati.
Atau
Dasar luar yang diamalkan sejak dulu hingga kini
berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah
negara yang dihormati di negara luar
|
Dasar Luar Negara telah berjaya meletakkan
Malaysia sebagai sebuah Negara yang dihormati apabila kerajaan menghantar bantuan kemanusiaan kenegara miskin/bencana seperti Semangat kesukarelawan yang tinggi.
Selain
itu tindakan kerajaan Malaysia menghantaran pasukan pendamai ke negara yang
berperang di bawah panji-panji PBB ke Namibia telah menyebabkan Negara Malaysia
dipandang tinggi oleh negara-negara luar yang lain.
Tindakan kerajaan Malaysia menentang Dasar Aparteid yang mengamalkan diskriminasi kaum di Afrika Selatan secara tidak langsung
telah membuka mata Negara besar yang lain akan kemampuan Malaysia dalam
mencegah keganasan sesama Negara.
Malaysia juga dihormati kerana menentang keganasan Israel di Palestin
melalui pertubuhan OIC dan PBBdisamping Menjadi orang tengah dalam
menyelesaikan perjuangan bangsa Moro untuk mendapat kuasa autonomi
Memperjuangkan
keamanan sejagat dengan menentang peperanganNegara Islam yang sederhana serta menjadi
contoh dalam hab halalMempunyai 116 pejabat kedutaan di luar negara yang
membuktikan Malaysia disenangi semua Negara Diiktiraf dan dilantik sebagai
pengerusi pertubuhan antarabangsa seperti NAM.
Bukti hubungan baik Malaysia dengan
negara-negara serantau
|
Hubungan
erat dengan banyak negara menjadikan Malaysia dikunjungi oleh ramai pelancong,
Apabila hubungan baik sentiasa terjalin
antara negara ini secara tidak langsungmenjadikan pertukaran wang asing semakin
meningkat, dengan ini ekonomi negara sentiasa berkembang subur. Peluang pekerjaan dalam industri pelancongan semakin
meningkat. Malaysia juga berbaik-baik dengan negara serantau, denganmenubuhkan
ASEAN, dengan adanya pertubuhan ini
telah mengekalkan kestabilan politik Malaysia. Aktiviti perdagangan dua
hala juga dapat dijalankan contohnya antara negara-negara anggota ASEAN
Hubungan
baik menjadikan Malaysia dapat bertukar teknologi dengan membawa pelabur asing
masuk ke Malaysia . Perkembangan ini membantu mengstabilkan ekomomi negara.
Dengan cara ini juga
Malaysia dapat membawa masuk modal asing
untuk di gunakan dalam negara. Kemasukan pelabur asing akan meningkatkan
ekonomi negara juga rakan serantau.Contohnya ekonomi Malaysia dan Thailand
subur berkembang.
Dalam bidang sosial pula Malaysia dapat
bertukar-tukar maklumat melalui pertukaran siaran televisyen dengan negara
ASEAN.Hubungan baik ini menjadikan pertukaran budaya berlaku dengan baik.
Pertukaran budaya ini juga akan memperkayakan lagi kesenian dan megeratkan lagi
hubungan
baik antara semua. ASEAN semakin berkembang
dari segi kebudayaan dan berlaku pertukaran yang melibat seni. Anugerah dan
festival sentiasa dianjurkan antara negara anggota.
Dasar luar Malaysia
menyumbang kepada keamanan dunia.
Dasar luar Malaysia
menyumbang kepada keamanan dunia.
Buktikan.
|
Dasar luar Malaysia meyumbang kepada Keselamatan
dan keamanan dunia dimana Pengisytiharan
negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) agar dapat mengekalkan
keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.. Melalui
pengisytiharan ini Malaysia tidak akan bersekongkol dengan mana-mana blok
Barat. Usaha ini bertujuan mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar dan
larangan kuasa besar mengangkut bahan atau senjata nuklear melalui konsep
SEANWFZ.
Malaysia menyertai pasukan pendamai PBB di Congo(1960)
bagi menamatkan perang saudara
Negara
turut mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia(1989) untuk membantu negara itu mencapai
kemerdekaan.
Malaysia menjadi perantara pihak bertelagah melalui
penghantaran pasukan pemerhati ke sempadan Iran –Iraq.. Malaysia juga pernah
menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea dan pasukan pengaman ke Bosnia..
Malaysia juga cuba
mengatasi masalah pencerobohan
Vietnam ke atas Kampuchea dan Malaysia turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk
kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea.
Segala
konflik dengan negara jiran diselesaikan melalui rundingan atau melalui
mahkamah antarabangsa, contoh isu Pulau Batu Putih. Malaysia mengusahakan
perjanjian damai antara Kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro(
MILF) bagi pewujudan wilayah autonomi bangsa Moro di selatan Filipina.Malaysia
menyokong perjuangan penubuhan negara berdaulat Palestin di PBB. Malaysia
menjadi mediator / orang tengah / perantara yang berjaya menyelesaikan konflik
di sesebuah negara contohnya Selatan Thailand dan Selatan Filipina.Ini dapat
dibuktikan melalui penubuhan Pergerakan Kesederhanaan Global yang berperanan
sebagai perantara.
Penubuhan ESSCOM atau Kawasan Keselamatan
Pantai Timur Sabah juga membuktikan kesungguhan Malaysia untuk menguatkan
kawalan keselamatan mritim di bahagian Timur Sabah susulan krisis pencerobohan
Lahad Datu.
Selain itu, Malaysia membela dan menyokong hak asasi manusia. Malaysia lantang bersuara
di PBB menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan.. Malaysia juga menyarankan
agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik atau kuasa
semua negara.. Malaysia mewujudkan cawangan
Al-Quds Foundation Malaysia iaitu sebuah yayasan kebajikan untuk rakyat
Palestin. UNICEF berkerjasama dengan SUHAKAM dalam program keganasan dan penyeludupan serta pendidikan mengenai
konvensyen kanak-kanak. NGO Malaysia terlibat menyokong usaha dengan menubuhkan
Pusat Jana Jaya (IMPOWER ) dan mendapat sokongan UNICEF bagi mengukuhkan sokongan
psikososial yang berasaskan komuniti kepada kanak-kanak dan keluarga. UNICEF
bekerjasama dengan Pertubuhan kanak-kanak Malaysia (MAPC) bagi mengukuhkan
persekitaran yang terjamin keselamtannya. Kolej Universiti HELP yang ditubuhkan di Malaysia telah bekerjasama
dengan UNICEF untuk membanteras gejala buli di sekolah.
Malaysia bersama-sama membenteras jenayah antarabangsa . Malaysia lantang
memerangi gejala penyalahgunaan
dadah dalam satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna (Austria) Jun 1987.
Perdana Menteri Malaysia pernah menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut.
Malaysia turut prihatin dengan isu
pemerdaganganmanusia . Hal ini dapat dibuktikan apabila negara
kita telah mewujudkan Majlis Anti
Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO) bagi
memastikan hak asasi mangsa pemerdagangan dijamin
dan melalui proses pemulihan sehingga
mereka
diintergrasikan semula ke
dalam masyarakat. Bagi menyokong usaha memerangi keganasan,
Malaysia juga telah mewujudkan Akta
Pencegahan Keganasan (SOSMA) dan Rang Undang-undang
Majlis Keselamatan Negara. Hal iini,
membolehkan kerajaan dapat mengawal dan mengurus ancaman serta bertindak awal
mengenai perkara yang berkaitan dengan keselamatan negara. Sebagai contoh isu
ISIS dan keganasan Daesh.
Sejauhmanakah dasar luar Malaysia mampu
mengekalkan kedaulatan negara ?
|
Malaysia
memelihara hubungan diplomatik dengan negara-negara dunia.Malaysia sering
mengadakan lawatan rasmi ke negara lain. Contohnya lawatan kerja Perdana
Menteri Dato’Seri Najib Tun Razak ke Turki, Arab Saudi ,Jepun,Singapura bagi
mengeratkan hubungan antara dua negara.
Malaysia
mengekalkan hubungan baik dalam bidang ekonomi dan perdagangan dengan semua
negara. Contohnya, projek usaha sama industri
automobil antara Mitsubishi Corporation dari Jepun dengan Proton dan Kia Motors
dari Korea Selatan dengan NAZA Motor Malaysia.
Mengadakan
mesyuarat / perbincangan dalam mengadapi konflik.Bertukar-tukar pendapat dan
pandangan dalam semua isu dan bertindak dengan sebulat suara.Contohnya
Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN mengenai isu keganasan serantau seperti menangani
masalah militan DAESH/ISIS
Mengadakan
kerjasama pertahanan dengan negara serantau,Contohnya Penguatkuasaan Maritim
Negara telah berganding bahu dengan Filipina untuk menjayakan Operasi
Phillipine-Malaysia
(PHIMAL)
yang bermatlamat untuk mencegah aktiviti pelanggaran undang-undang maritim di
persempadanan perairan Malaysia-Filipina di Laut Sulu.
Menghormati kedaulatan negara lain dan hak asasi manusia,
Malaysia tidak mencampuri
hal ehwal dalaman negara lain.Contoh tidak
mencampuri isu perbalahan mazhabdi Syria dan pembersihan etnik Rohingya
diMyanmar.
Kedaulatan
negara diperkukuhkan melalui pertukaran program media massa, pendidikan
dan sains dan teknologi.Contoh rancangan
televisyen Radio Televisyen Malaysia(RTM), Rancangan Televisyen Brunei(RTB),
Rancangan Televisyen Indonesia(RTI) dan Media Corp Singapura. Pusat
Penyelidikan Sains dan Matematik Asia
Tenggara (RECSAM) di Pulau Pinang.
SOALAN 8
CATATAN : Pilih salah satu SAHAJA daripada EMPAT CONTOH IKTIBAR yang diberi
CONTOH IKTIBAR 1 (PILIH SALAH SATU )
Iktibar yang diperolehi berdasarkan tajuk yang dikaji.
|
Iktibar
yang boleh diambil daripada
dasar luar Malaysia ialah pemimpin
perlu bijak merancang strategi dalam hubungan luar negara dengan
menjalinkan hubungan baik dengan negara luar. Hal ini
dapat mengekalkan kestabilan politik negara, mengekalkan persefahaman dalam
hubungan diplomatik dan dapat mengelakkan krisis antara negara. Contohnya dalam
menangani isu pendatang tanpa Izin (PATI) yang memasuki sempadan negara
dibincnagkan secara rundingan dengan negara terbabit.
Iktibar
kepada diri pula, kita harus
mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu. Hal ini dapat melahirkan
masyarakat yang kreatif dan inovatif untuk bersaing di peringkat antarabangsa
.Kita hari ini telah mampu mengeluarkan kereta nasional seperti kereta
Proton.Oleh itu dasar luar berbaik dengan semua negara dapat mengukuhkan
ekonomi negara melalui pengeksportan barangan siap kita ke negara lain.
Iktibar kepada bangsa ialah kita perlu mengamalkan sikap toleransi kaum supaya negara berada dalam keadaan aman.Kekacauan
di negara lain perlu dijadikan iktibar dengan mengukuhkan perpaduan kaum kerana
ianya dapat menjamin kemakmuran negara dan mempunyai politik yang stabil.Hal
ini dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan membina negara yang maju.
CONTOH IKTIBAR 2 (PILIH SALAH SATU )
Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji
|
Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji ialah penggubalan dasar luar Malaysia
dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti sejarah, ekonomi, politik, geografi
dan demografi.
Selepas mencapai
kemerdekaan, negara kita telah menyertai beberapa pertubuhan antarabangsa dan
memainkan peranan secara aktif seperti dalam pertubuhan PBB, Komanwel dan OIC.
Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mempersiapkan diri dengan
pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat antarabangsa.Kita harus mencontohi
ketokohan para pemimpin negara yang memberi sumbangan besar dan mewakili negara
dalam pertubuhan antarabangsa.
Dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia akan merealisasikan hasrat
negara menjadi sebuah negara maju yang aman dan makmur.
Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar daripada kekacauan dan
ketidakharmonian di negara lain yang bergolak dengan mengukuhkan perpaduan demi
menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara.
CONTOH IKTIBAR 3 (PILIH SALAH SATU )
Nyatakan iktibar yang diperoleh daripada tugasan yang
anda lakukan.
|
Daripada tugasan yang dilaksanakan, kita boleh mengambil iktibar bahawa
penggubalan dasar luar negara perlu mengambil kira kepentingan politik, ekonomi
dan sosial. Sebagai
contohnya, kita telah menyertai pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan
Bangsa Bersatu (PBB), Komanwel, Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) dan
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) agar mengekalkan kedaulatan dan meningkatkan
kemajuan ekonomi negara.
Kita harus menjalin hubungan baik dengan
semua negara tanpa mengira ideologi. Sebagai contohnya, kita menjalin
hubungan dengan negara blok kapitalis dan komunis. Hal ini bertujuan untuk
mewujudkan perpaduan masyarakat antarabangsa. Dengan itu, masyarakat dunia
dapat hidup dengan sejahtera.
Kita hendaklah menghormati kedaulatan
negara lain. Sebagai contohnya, kita tidak boleh menceroboh dan mencampuri
urusan politik negara lain. Tindakan Israel menceroboh negara Palestin adalah
tindakan yang tidak bertanggungjawab. Tindakan tersebut perlu diselesaikan agar
kestabilan politik dunia terpelihara.
Kita
perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat
antarabangsa. Kita harus mencontohi ketokohan para pemimpin negara yang
memberi sumbangan besar dan mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa.
Dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia akan merealisasikan hasrat negara
menjadi sebuah negara maju yang aman dan makmur.
Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar
daripada kekacauan dan ketidakharmonian di negara lain yang bergolak dengan
mengukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara
CONTOH IKTIBAR 4
(PILIH SALAH SATU )
Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji
|
Iktibar/pengajaran yang diperoleh dari tajuk
yang dikaji ialah perpaduan
dalam kalangan negara anggota wajar diamalkan. Malaysia perlu menghormati
kedaulatan negara lain serta mengekalkan
kerjasama antara negara dalam
pelbagai bidang. Pemimpin pula perlu mengamalkan
pemikiran terbuka dalam menyelesaikan masalah .
Kita juga wajar mengekalkan keamanan dan menjalankan
pentadbiran sistematik .Malaysia juga perlu mengelakkan peperangan dengan menjaga hubungan yang baik dengan
semua negara.
Sebagai
rakyat Malaysia, kita harus
mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat
antarabangsa.
Kita harus mencontohi
ketokohan para pemimpin negara yang memberi sumbangan besar dan mewakili
negara dalam pertubuhan antarabangsa.
Dasar
luar yang diamalkan oleh Malaysia perlu diteruskan
oleh kerajaan bagi merealisasikan hasrat negara menjadi sebuah negara maju
yang aman dan makmur.
Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar daripada kekacauan
dan ketidakharmonian di negara lain yang bergolak dengan mengukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara.
Semua
pihak harus bertanggungjawab
menjalankan tugas demi kemakmuran negara. Hal ini kerana melalui dasar luar,
negara kita dapat menjalinkan hubungan serantau dengan baik.
Setiap negara hendaklah menggelakkan daripada mencampuri urusan
dalaman negara lain agar dasar-dasar yang digubal dapat dilaksanakan tanpa
halangan.
Kita perlulah berfikiran terbuka dan sedia menerima
perubahan yang membawa kepada kebaikan kepada negara agar dapat mengambil
manfaat daripada hubungan diplomatik antara negara.
Semua negara di dunia
hendaklah menyokong usaha untuk
memelihara keamanan sejagat dan menentang keganasan global.
Selain itu, semua negara
hendaklah menyelesaikan pertikaian
secara diplomasi, menggunakan sikap tolenrasi dan meningkatkan kemajuan
negara
SOALAN 9
Buat
kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan dari sudut berikut :
a)
Pengetahuan yang diperoleh daripada tugasan yang dilaksanakan
b)
Nilai murni dan unsur patriotisme yang dapat dihayati
c)
Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dan gemilang
|
CATATAN : PILIH MANA-MANA SATU JARI CONTOH
JAWAPAN
Jawapan 1
Daripada
tugasan yang dilaksanakan, kita dapat mengetahui tentang peranan Malaysia dalam
mewujudkan keamanan sejagat.
Usaha yang dilakukan oleh negara kita menyebabkan negara kita dihormati dan
dipandang tinggi di mata dunia. Selain itu, kita juga dapat mengetahui sebab
yang mendorong Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara. Hal
ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemajuan ekonomi negara.
Kita hendaklah sentiasa menjalinkan kerjasama agar dapat mewujudkan
kesejahteraan dunia. Kesejahteraan dunia dapat menjamin kedaulatan negara kita. Seterusnya, kita perlu memupuk perpaduan masyarakat
dunia tanpa mengira bangsa dan agama. Hal ini menyebabkan masyarakat dunia
dapat hidup dengan sejahtera.
Kita berharap melalui sumbangan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa,
bangsa Malaysia dapat menunjukkan kepimpinan yang berwibawa. Hal ini akan menjadikan negara kita dihormati di mata
dunia. Selain itu, melalui hubungan luar yang berasaskan kepentingan ekonomi
kita berharap bangsa Malaysia akan menjadi bangsa yang berjaya dalam bidang
ekonomi. Hal ini menyebabkan negara kita akan mencapai status negara maju
berpendapatan tinggi.
Jawapan 2
a)
Pengetahuan yang diperolehi
Pengetahuan
yang diperoleh ialah penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor
seperti sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi.
Pengetahuan yang diperoleh ialah selepas mencapai
kemerdekaan, negara kita telah
menyertai beberapa pertubuhan serantau dan antarabangsa
serta memainkan peranan secara aktif dalam pertubuhan PBB, Komanwel dan OIC.
Pengetahuan
yang diperoleh ialah Malaysia memainkan peranan yang penting dalam
menyokong perjuangan rakyat Palestin mendapatkan
semula tanah air mereka daripada Israel mengikut prinsip yang terkandung dalam Piagam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pengetahuan yang diperoleh ialah penyertaan tentera
Malaysia dibawah panji-panji PBB
dengan menghantar tentera pengaman ke Bosnia
dan juga Lubnan.
Pengetahuan yang diperoleh ialah Malaysia pernah
menjadi perantara menyelesaika
Krisis perang Iran-Iraq dan krisis di selatan
Filipina
b) Jelaskan nilai-nilai murni yang
bolehditeladani daripada kepimpinan negara dalam
menghadapi cabaran dunia
Nilai murni yang boleh diteladani ialah
kerjasama dalam menghadapi jenayah antarabangsa seperti menangani isu pengganas
ISIS / DAESH
Nilai bertoleransi dalam menghadapi sebarang masalah.Contohnya
isu tuntutan bertindih terhadap PulauBatu Putih dengan membawanya ke peringkat ICJ.
Nilai murni yang seterusnya ialah bijak menangani
masalah.Contohnya menjadi orang tengah dalam menyelesaikan isu di Selatan
Filipina
Semangat setia kawan juga merupakan nilai murni
yang boleh diteladani.Contohnya menghormati pengisytiharan ZOPFAN oleh anggota
ASEAN.
Nilai seterusnya ialah sanggup berkongsi ilmu
/ teknologi / kepakaran. Contohnya menghantar pekerja/pelajar Malaysia ke
Jepun, Korea, China.
Nilai berwawasan seperti kerjasama dalam bidang
aero angkasa dengan negara Rusia dan Amerika
Syarikat.Bukti penglibatan ialah pemilihan Dr. Sheikh Muzaffar Shukor dan Mejar
Dr.Faiz Khalid dalam program tersebut.
Nilai berilmu pengetahuan Seperti tindakan
bijak Tunku Abdul Rahman dalam menangani masalah komunis dengan menubuhkan ASA
Nilai bermoral / beretika seperti menyokong usaha-usaha
menentang kezaliman
Contohnya Isu Palestin
Nilai bertanggungjawab Seperti bersama-sama
dengan negara lain menangani kehilangan pesawat MH370/MH17
Nilai wasatiyah iaitu penyelesaian masalah secara
diplomasi dan perbincangan
seperti isu Jerebu / alam sekitar
c)
Jelaskan nilai patriotisme yang boleh diamalkan oleh generasi muda dalam
menghadapi cabaran dunia hari ini
Nilai patriotik yang boleh diamalkan ialah semangat
cinta kepada negara.Seperti Sheikh Muzaffar diiktiraf sebagai angkasawan
pertama negara.
Semangat juang untuk menaikkan nama negara di
mata dunia.Seperti kemenangan atlet paralimpik di Sukan Paralimpik di Rio de
Jenerio, Brazil 2016.
Semangat jati diri. Seperti Jimmy Choo pereka
kasut antarabangsa bangga menjadi rakyat Malaysia.
Mengekalkan nilai tradisi walaupun menerima pelbagai
kemasukan budaya asing.
Seperti Shila Amzah yang popular di China/
Yuna yang berada di Amerika.
Sanggup berkorban untuk negara Seperti
Dr.Fauziah Zaytouna Olivia yang di tawan
tentera Israel ketika membawa misi keamanan
ke Gaza (Women Boat To Gaza)
d)
Harapan
menjadikan negara dan bangsa Malaysia lebih maju.
Saya berharap agar rakyat Malaysia mempersiapkan
diri dengan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat antarabangsa dalam bidang
sains dan teknologi.
Contohnya Mohamad Nasarudin Mohd Yusof memenangi
hadiah Nobel Kemananan daripada Pertubuhan Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) yang
terletak di Hague, Belanda dalam kemajuan budaya dan saintifik
Saya
berharap generasi muda dapat mencontohi ketokohan para pemimpin negara yang memberi
sumbangan besar dan mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa. Contohnya
Tun Dr. Mahathir bin Mohammad.
Saya berharap masyarakat mengambil iktibar daripada
kekacauan dan etidakharmonian di negara lain yang bergolak dengan mengukuhkan perpaduan
demi menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara. Contohnya mengambil
iktibar daripada peristiwa
cubaan rampasan kuasa tentera di Turki gagal kerana
rakyat bersatu hati menyokongkepimpinan Perdana Menteri Erdogan.
Saya berharap rakyat Malaysia menjadi warga global
yang bertanggungjawab terutama dalam menghulurkan bantuan misi
kemanusiaan.Contohnya bantuan makanan dan perubatan ke Filipina dan Acheh.
Cikgu, boleh emailkan dekat saya contoh jawapan sejarah kertas 3? @cikgusarah
ReplyDelete