Aspek
|
Perincian
|
Markah
|
Pengenalan
|
1. Pertubuhan
antarabangsa yang disertai oleh Malaysia selepas merdeka hingga kini.
|
5
markah
|
Isi dan Huraian
|
2. Kepentingan
penggubalan dasar luar Malaysia.
|
10
markah
|
3. Faktor-faktor yang
mempengaruhi asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia.
|
25
markah
|
|
4. Perkembangan dasar
luar Malaysia tahap pertama hingga tahap ketiga.
|
20
markah
|
|
5. Manfaat terhadap
Malaysia melalui hubungan baik dengan Negara luar.
|
10
markah
|
|
6. Peranan Malaysia
dalam mengukuhkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
|
10
markah
|
|
7. Kebaikan Malaysia
dalam mengamalkan dasar berkecuali dalam konteks hubungan antarabangsa.
|
10
markah
|
|
8. Iktibar yang
diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji
|
5
markah
|
|
Kesimpulan
|
9. Membuat kesimpulan
keseluruhan isi yang telah dibincangkan
a) Pengetahuan yang
diperoleh
b) Nilai dan unsur
patriotisme yang diperoleh ke arah kemajuan Negara dan bangsa Malaysia.
c) Harapan menjadikan
bangsa dan Negara Malaysia cemerlang dan terbilang.
|
5
markah
|
Aspek
|
Perincian
|
Markah
|
Pengenalan
|
1. Pertubuhan antarabangsa yang
disertai oleh Malaysia selepas merdeka hingga kini.
a. Komanwel
b. PBB
c. NAM
d. Negara-negara Selatan
e. OIC
|
5
markah
|
Isi dan Huraian
|
2. Kepentingan penggubalan dasar
luar Malaysia.
Malaysia
mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara dengan tujuan:
(a) menjamin keselamatan rakyat dan negara. (b) memelihara kepentingan sosial dan mengekalkan kedaulatan negara. (c) menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi. (d) mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa. (e) Malaysia juga ingin menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia. |
10
markah
|
3. Faktor-faktor yang mempengaruhi
asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia.
Faktor sejarah
· Kesultanan
Melayu Melaka telah menjalinkan hubungan dengan negara luar
· Contoh
China, Arab, Siam dan negeri-negeri di Kepulauan Melayu
· Hubungan
ini berbentuk hubungan perdagangan
· Pada
masa ini terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu
· Contoh
hubungan antara Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia
· Setelah
mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai Pertubuhan Komanwel
· Malaysia
juga meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara
· Komanwel lain
seperti Australia dan New Zealand
· Pada
masa itu, Malaysia diancam oleh Parti Komunis Malaya (PKM)
· Ancaman
ini menggugat keselamatan Malaysia
· Keadaan
ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis
· Pada
masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat
· Malaysia
belum mempunyai keupayaan pertahanan
· Faktor
ekonomi
· Malaysia
merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas
· Malaysia
juga menjalinkan hubungan baik dengan negara lain dalam usaha memajukan
ekonominya
· Sejak
zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan negara pengeluar bijih
timah dan getah
· Pada
masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara maju
seperti Britain dan Amerika Syarikat
· Setelah
mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran juga modal dari
negara-negara tersebut
· Beberapa
langkah telah diambil bagi menggalakkan kemasukkan pelaburan asing
· Langkah
ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan
peluang pekerjaan.
· Menjelang
tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing juga
digalakkan dari negara-negara di Timur terutamanya Jepun dan Korea
· Pada
masa yang sama, Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara sedang
membangun dan juga negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan
keluaran Malaysia di samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan.
Faktor politik
· Sebagai
sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, Malaysia berhak
menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip keamanan
sejagat
· Ini
jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan
kedaulatan negara-negara lain.
· Contohnya,
dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di
rantau AsiaBarat
· Malaysia
berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia
· Malaysia
tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil
oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia
· Malaysia
mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara
· Malaysia
bersempadan dengan hampir kebanyakan negara di rantau ini seperti Singapura,
Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei
· Perairannya
menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia
· Dengan
ini, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan
terhadap keselamatan Malaysia
· Faktor
demografi
· Malaysia
telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam sejajar
dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam
· Malaysia
tidak menjalinkan hubungan dengan Israel disebabkan dasar Negara berkenaan
yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin
· Rakyat
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberi kebebasan
sepenuhnya mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing
· Amalan
konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia
menyebabkanMalaysia menentang dasar Apartheid
· Malaysia
tidak menjalinkan hubungan dengan Afrika Selatan sehinggalah Afrika Selatan
menghapuskan Dasar Apartheid
· Faktor
kepelbagaian kaum di Malaysia mempengaruhi hubungan serantau Malaysia
|
25
markah
|
|
4. Perkembangan dasar luar
Malaysia tahap pertama hingga tahap ketiga.
. Pada tahap pertama, Malaysia mengamalkan
dasar pro-Barat yang antikomunis serta berbaik-baik dengan negara jiran dan
Komanwel.
2. Dasar ini dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman (1957-1970) berdasarkan kepada faktor politik, ekonomi, dan sosial. 3. Faktor politik yang berkaitan dengan ancaman komunis di Asia Tenggara serta Parti Komunis Malaya di dalam negara, mendorong Malaysia meminta bantuan dari negaranegara Komanwel, iaitu Britain, Australia, dan New Zealand. 4. Sebagai usaha untuk menyekat perkembangan pengaruh komunis, satu perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) dilaksanakan pada tahun 1956. 5. Melalui perjanjian ini, British akan memberi bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana negara. 6. Malaysia juga menjalankan dasar berbaik-baik dengan negara jiran melalui beberapa perjanjian: (a) Perjanjian dengan Thailand dan Filipina melalui pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961. (b) Perjanjian MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama Indonesia dan Filipina. (c) Perjanjian ASEAN pada tahun 1967 bersama Thailand, Indonesia, Filipina, dan Singapura. 7. Dari segi ekonomi, Malaysia amat bergantung kepada Britain kerana (a) Malaysia terlibat dalam anggota blok sterling dalam menjalankan perdagangan melalui nilai mata wang paun sterling. (b) Malaysia memberi tumpuan pada hasil bijih timah dan getah kerana permintaan dari negara Barat seperti Britain. (c) Britain masih menguasai ekonomi Malaysia melalui sistem perladangan dan perindustrian. 8. Malaysia membina rangkaian dagangan dengan Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman bagi mengurangkan pergantungan serta mencari pasaan baru.
1. Malaysia
mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
2. Dasar Malaysia berubah kerana kurangnya peranan AMDA serta pengaruh Britain di Timur. 3. Selain itu, disebabkan juga oleh pergolakkan di Vietnam yang melibatkan dua buah kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China. 4. Dalam mencapai matlamat dasar luar, Malaysia mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali(ZOPFAN) dengan negara anggota ASEAN. 5. Malaysia juga menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis, iaitu China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara, dan Mongolia. 6. Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Vitnam pada tahun 1976. 7. Malaysia mengatasi masalah pelarian Vietnam dengan bantuan negara jiran.
1. Malaysia menekankan kepada kepentingan
ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan, dan pembangunan
dalam kalangan negara membangun.
2. Malaysia mengadakan hubungan dengan negara-negara ASEAN, misalnya melalui penyelesaian masalah krisis Vietnam dan Kampuchea. 3. Mengamalkan Dasar Pandang ke Timur melalui Jepun dan Korea Selatan dengan mengambil dan menerima pakai nilai-nilai murni seperti semangat cinta akan negara, kesungguhan dalam pekerjaan serta etika pengurusan kerja yang baik. 4. Mengadakan hubungan dua hala melalui lawatan ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean, dan Pasifik Selatan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad. Dalam lawatan tersebut, misi perdagangan serta perjanjianperdagangan dua hala yang menguntungkan dititikberatkan. Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa Selepas merdeka, Malaysia terlibat dalam pertubuhan antarabangsa seperti Komanwel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Kumpulan Selatan-Selatan, dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). |
20
markah
|
|
5. Manfaat terhadap Malaysia
melalui hubungan baik dengan Negara luar.
|
10
markah
|
|
6. Peranan Malaysia dalam
mengukuhkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
|
10
markah
|
|
7. Kebaikan Malaysia dalam
mengamalkan dasar berkecuali dalam konteks hubungan antarabangsa.
|
10
markah
|
|
8. Iktibar yang diperoleh
berdasarkan tajuk yang dikaji
|
5
markah
|
|
Kesimpulan
|
9. Membuat kesimpulan keseluruhan
isi yang telah dibincangkan
a) Pengetahuan yang diperoleh
b) Nilai dan unsur patriotisme
yang diperoleh ke arah kemajuan Negara dan bangsa Malaysia.
c) Harapan menjadikan bangsa dan
Negara Malaysia cemerlang dan terbilang.
|
5
markah
|
No comments:
Post a Comment