Monday, 20 June 2016

Kertas 1 Set 6

            1. Mengapakah lembah sungai menjadi pilihan kepada pengasasan sesuatu tamadun? 
                A     Mengelakkan ancaman binatang
                B     Menyediakan sumber  galian mewah utama
                C     Kelangsungan bekalan makanan  
                D     Menggalakkan perdagangan antarabangsa
                                                                                                                               
2. Rajah 1 berkaitan TamadunMesir Purba.
Pada tahun 1922, pengkaji Mesir Purba Howard Carter
Menemui mayat Tutankhamun II yang diselaputi emas
    Apakah kesimpulan yang dapat dibuat?    
    A     Upacara pemujaan semangat
    B     Konsep kehidupan selepas mati
    C     Percaya kepada hukum karma
    D     Amalan penyembahan nenek moyang

3.  Rajah 2 di bawah menunjukkan ikatan kolar kuda di Tamadun China
     Apakah tujuan mereka mencipta kolar kuda ?
                A    Menarik kenderaan
                B    Membawa penumpang
                C    Menambah kelajuan
                D    Membuat pengairan


             4.   Medium jual beli yang digunakan pada Zaman Dinasti Maurya dan Gupta ialah                
                            A   Bayaran cukai
                            B  Mata wang
                            C  Barangan Sutera
                            D   Jualan logam                  


            5.    Peta 1 menunjukkan kawasan Asia Tenggar
                   Apakah gelaran  terhadap Semenanjung Tanah Melayu seperti yang tercatat di  
                   dalam catatan Yunani oleh Ptolemy
                
                  A   Suvarnadvipa
                  B   Suvarnabhumi
                  C   Golden Khersonese
                  D   Lingua Franca

             6.   Rajah 3 menunjukkan tanggungjawab raja di Kerajaan Awal Asia Tenggara.
                          
                   Apakah yang mendorong mereka untuk melakukan pekara di atas.
                  A   Untuk membina pelabuhan
                  B   Bagi mencapai orde kosmos
                  C   Memajukan pelabuhan  entreport
                  D   Menjadi raja yang terulung

             7.   Nabi Muhammad s.a.w. sering bertahannuth  di gua Hirak.
                  Apakah yang menyebabkan berlakunya peristiwa tersebut ?
           
                  A   Penyebaran Islam di Makkah
                  B   Memikirkan masalah masyarakat 
                  C   Kejatuhan  perdagangan orang Arab
                  D   Mencari pemimpin orang Islam




            8.   Tokoh berikut telah memberi sumbangan kepada penyebaran Islam pada peringkat awal di
      Makkah. 
                                                       
                                                            Ali Bin Abu Talib


                  Bagaimanakah beliau menyumbang untuk membantu penyebaran Islam ?                                                                                   
                  A   Membantu mengumpul ayat al-Quran
                  B   Mengetuai kumpulan penghijrah ke Habsyah
                  C   Mengadakan majlis ceramah di rumahnya
                  D   Merisik maklumat penentangan musyrikin Quraisy

             9.  Perjanjian manakah yang telah mencetuskan hijrah dikalangan umat Islam dari
                  Makkah ke Madinah?                                                                                                        
                  A   Perjanjian Madinah
                  B   Perjanjian Hudaibiyah
                  C   Perjanjian Aqabah Kedua
                  D   Perjanjian  Versailles

10. Apakah kepentingan  khutbah terakhir yang disampaikan  oleh Nabi Muhammad  SAW?

                  A   Memberi panduan pemerintahan sebuah negara
                  B   Melindungi tradisi masyarakat kabilah  Arab
                  C   Menamatkan permusuhan rakyat dengan raja
                  D   Menyeru umat Islam merujuk Quran dan Hadis
                       
            11. Mengapakah Khalifah Abu Bakar mengambil inisiatif menghimpunkan tulisan al Quran
      semasa di zaman  pemerintahan beliau?  

                  A   Kematian ramai hafiz  al- Quran
                  B   Untuk diedarkan kepada rakyat
                  C   Menghasilkan Al Quran terkini
                  D   Terciptanya banyak mesin cetak
            
             12. Apakah perubahan yang dilakukan oleh Kerajaan Turki Uthmaniyyah  dalam                  
                   bidang pendidikan?

                   I    Mengadakan pendidikan madrasah
                   II  Para pelajar diberikan gaji
                   III Pakaian seragam untuk semua
                   IV Membina kolej perubatan

                   A  I dan II
                   B  I dan IV
                   C  II dan III
                   D  III dan IV
           

           Aru
 Rokan

 
             13. Rajah 4 di bawah  ialah contoh-contoh kawasan  di pesisiran Sumatera Utara.




                  Bagaimanakah kawasan tersebut memeluk Islam?
           
                  A   Perkahwinan seluruh rakyat
                  B   Negara mereka dijajah
                  C   Kemajuan perdagangan
                  D   Pembinaan pusat emporium

           14.  Rajah 5 di bawah menunjukkan gelaran yang dipakai oleh raja selepas kedatangan  Islam


·         Khalifatul Mukminin
·         Zillulah Fil’Alam

       Gelaran-gelaran di atas digunakan oleh sultan untuk menonjolkan konsep raja sebagai

A.    Bayangan Allah di muka bumi
B.     Penguasa empat penjuru alam
C.     Pelindung golongan bangsawan
D.    Kebal dari sebarang hukuman

15. Sultan Melaka yang berminat kepada pengajian ilmu tasawuf ialah

A.    Sultan Muzaffar Shah
B.     Sultan Mahmud Shah
C.     Sultan Mansur Shah
D.    Sultan Alaudin Riayat Shah

16. Rajah 6 di bawah berkaitan dengan pendidikan formal di Tanah Melayu.
·         Sebuah Lembaga
·         Jawatankuasa Kewangan

      Apakah tugas badan di atas kepada perjalanan sesebuah madrasah?

A.    Menyelia
B.     Melatih guru
C.     Mencetak buku
D.    Menyediakan pondok





            17. Golongan berikut muncul di Eropah pada zaman kejatuhan Rom Barat.
                                                Baron              Petani              Hamba

Apakah zaman berlakunya kemunculan golongan tersebut ?
                  A   Zaman Renaissance
                  B   Zaman Reformation
                  C   Zaman Pertengahan
                  D   Zaman Penjajahan

            18. Perjanjian Todersillas telah membantu  Portugal dan Sepanyol meluaskan kawasan.
      Apakah tujuan perjanjian tersebut kepada kuasa Portugal dan Sepanyol?                      

      A   Menggalakkan pasaran barangan logam
                  B   Menjaga kepentingan  di Amerika Latin
                  C   Menggelakkan penyebaran agama Islam
                  D   Membahagikan dua kawasan pengaruh

            19. Akta Tanah Simpanan Melayu telah diperkenalkan pada 1913 oleh Majlis Mesyuarat
      Persekutuan. Apakah punca sebenarnya British mengisytiharkan Tanah Simpanan Melayu?

A.    Menambah sumber pendapatan petani
B.     Melindungi kepentingan penjajah
C.     Mengawal kemasukan buruh asing
D.    Menjaga bekalan beras utama Negara

            20.  British telah memperkenalkan sistem matawang untuk semua urusan harian.
                  Apakah kesan pengenalan  sistem mata wang kepada orang Melayu? 

                  A.  Dapat membeli barangan import
                  B.  Aktif dalam bidang perdagangan
                  C.  Kadar bayaran gaji meningkat
                  D.  Menjual tanah  dan berhutang

            21. Mengapakah imperialis Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan     
                  di Asia Tenggara?

                   A  Melambangkan kekuatan negara mereka
                   B  Galakan daripada golongan paderi dan patron
                   C  Menghapuskan monopoli negara China dan India
                   D  Melarikan diri dari serangan orang-orang gasar

             22. Apakah persamaan perjuangan gerakan nasionalisme Raden Adjeng Kartini dan
                   Pertubuhan Muhammadiyah?

                  A   Memperjuangkan kemerdekaan negara
      B   Mengukuhkan kedudukan golongan agama
                  C   Menerapkan idea moden dan juga sekular
      D   Memberi tumpuan isu-isu pendidikan
             23. Bagaimanakah British menguasai  ekonomi penduduk tempatan di Tanah Melayu?

       A   Memaksa penduduk untuk menjual tanaman komersial
       B    Membuat perjanjian dengan pemimpin tempatan
       C    Mengubah sistem bayaran cukai menggunakan wang
                  D   Melakukan sistem buruh paksa kepada seluruh penduduk

             24.Mengapakah Kuala Berang dengah mudah ditawan oleh British ?
       A   Menggunakan nama dan kuasa sultan
       B    Menghantar tentera simpanan Gurkha
       C    Membuat rundingan dengan pemimpin


Pembinaan negara dan bangsa Malaysia bermula sejak kemerdekaan dicapai pada tahun 1957 dan berterusan hingga ke hari ini.
‘Sejarah Malaysia’


            25. Berdasarkan pernyataan di atas apakah syarat utama untuk merealisasikan sebuah 
                  negara dan bangsa Malaysia?  

                  A   semua pelajar lulus dalam peperiksaan
                  B   rakyat dan pemimpin berganding bahu
                  C   seluruh penduduk mempunyai pekerjaan
                  D   negara mengamalkan sistem monarki mutlak

             26.  Apakah konsep penting dalam pengamalan Adat Perpatih di kalangan  masyarakat  Melayu
        tradisional?   

                    A Pemerintahan raja yang berkuasa mutlak
                    B Kakitangan lulus peperiksaan awam
                    D Falsafah legalisme dalam seluruh pentadbiran

             27.  Antara berikut, yang manakah telah menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat
        Tanah Jajahan di London pada tahun 1946 sebagai tanda bantahan terhadap Malayan Union.

                    A Kaum Muda
                    B Golongan intelek
                    C Persatuan Dagang



             28.  Senarai berikut menerangkan pertubuhan yang ditubuhkan di Tanah Melayu 
                    selepas Perang Dunia kedua.

  • Angkatan Pemuda Insaf(API)
  • Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
  • Barisan Tani Malaya (BATAS)

                    Apakah persamaan pendirian ahli pertubuhan tersebut ?
                    A Dipengaruhi golongan radikal Indonesia
                    B Menentang pembentukan Sistem Ahli
                    C Menyokong pendidikan sekular
                    D Menentang kemasukan kaum imigren

             29.  Maklumat berikut telah dikeluarkan oleh British kepada kakitangan kerajaan di Sarawak

-       Surat Pekeliling Bil.9
-       338 orang kakitangan awam meletak jawatan


        Mengapakah surat tersebut dikeluarkan ?
        A Penjajahan tentera Jepun di Sarawak
        B Penjajahan tentera Kalimantan di Sarawak
        C Penentangan penduduk terhadap penyerahan komunis
        D Penentangan penduduk terhadap penyerahan Sarawak
              30. Gambar 1 adalah Dato Onn  bin Jaafar.
Description: Description: Image result for gambar dato onn jaafar
                    Mengapakah Dato’ Onn Ja’afar mencadangkan pembukaan keahlian UMNO          
                    kepada orang bukan Melayu?

                    A Membentuk perpaduan kaum
         B  Mengurangkan tekanan komunis
                    C Mempercepatkan proses pilihanraya
                    D Menjayakan perubahan pentadbiran baru
             31.Jadual 1 di bawah berkaitan Pilihanraya 1955.
PILIHAN RAYA  1955
Parti Bertanding
Kerusi Dipertandingkan
Kerusi Dimenangi
Parti Perikatan
52
52

      Kemenangan majoriti Parti Perikatan sebagaimana statistik di atas dipengaruhi oleh

A.    Bantuan kewangan dari British.
B.     Tiada parti lain yang bertanding.
C.     Manifesto parti yang berjaya
D.    Penduduk ramai keluar mengundi.

            32.Rajah 7 di bawah merupakan dua buah parti  di Tanah Melayu yang telah memberi
                 reaksi terhadap  pembentukan Malaysia.

Rounded Rectangle: •	Parti Islam se-Tanah Melayu
•	Barisan Sosialis
 




                  
           Persamaan kedua-dua parti di atas berhubung dengan penyertaan Singapura ke dalam
           Malaysia ialah  

           A    Menolak penggabungan dengan Singapura.
           B    Memorendum rakyat Singapura akan diadakan
           C    Tanah Melayu perlu dimerdekakan terlebih dahulu.
           D    Idea dirundingkan dengan penduduk Tanah Melayu.

            33.Mengapakah Sarawak dan Sabah ingin kekal di bawah pentadbiran British pada
                 peringkat awal  cadangan  pembentukan Malaysia?  

           A    Pembangunan ekonomi wilayah tidak terlaksana.
           B    Pemimpin mahu bergabung dengan negara indonesia.
           C    Tidak berkeyakinan membentuk kerajaan sendiri
           D    Keselamatan negeri telah dijamin oleh pihak British.

               34. Bagaimanakah seorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya                   
                     berdasarkan   Perkara 24 dan Perkara 25 Perlembagaan Malaysia ?   

                      I    Tidak setia kepada negara 
                      II   memiliki dua kerakyatan
                      III  Bersalah kerana mencuri
                      IV Merosakkan harta kerajaan

                     A I dan II
                     B I dan IV
                     C II dan III
                     D III dan IV


               35. Apakah kepentingan hubungan baik antara kerajaan persekutuan dan kerajaan
                     negeri seperti yang termaktub di dalam pelembagaan Malaysia? (m/s 185)

A.    Memantapkan perbelanjaan ekonomi
B.     Menarik pelaburan luar untuk melabur
C.     Menjamin keharmonian seluruh negara
D.    Melancarkan pelaksanaan undang-undang

                     ekonomi negara semasa Rancangan Malaysia Pertama.
.
                
                Apakah peranan agensi di atas?

                     A  Membuka peluang pertanian secara ladang
           B  Menggalakkan kemajuan perindustrian
                     C  Mengisi penyertaan kaum bumiputera

              37.  Maklumat berikut merupakan gagasan Malaysia ke arah menjadi sebuah 
                     negara maju menjelang tahun 2020
               
            
                        Kemajuan yang ingin dicapai oleh Malaysia adalah berbeza dengan kemajuan
                        di Barat. Apakah perbezaannya?

             A  Kemajuan fizikal
             C  Kemajuan berterusan
             D  Kemajuan kerohanian











               38.    Maklumat dibawah berkaitan Ordinan Pelajaran 1952.
                       
                        Mengapakah    Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat   dilaksanakan?  (ms 213)

            I     Rusuhan antara kaum 
            II   Kekurangan pegawai
            III  Ancaman komunis
            IV  Masalah kewangan 

            A  I dan II
            B  I dan I V
            C II dan III
            D III dan IV

                 39.  Mengapakah Malaysia mengamalkan Dasar Pandang ke Timur pada tahun  1980-an?

             A  Menggalak rakyat mengguna pakai nilai-nilai baik kehidupan
             B  Memastikan kemajuan ekonomi yang seimbang antara wilayah
             C  Membuka tanah baru untuk kegiatan pertanian komersial

                 40.  Jadual 2 berkaitan dengan Pertubuhan Pesidangan Islam (OIC).

Pertubuhan
OIC
Negara
Sudan, Nigeria dan Chad

                        Apakah sumbangan OIC terhadap negara-negara di atas?

            A   Mewujudkan kerjasama ketenteraan
            B   Memerangi penyalahgunaan dadah
            C   Menghantar pasukan perubatan
            D   Memberi bantuan kewangan



SKEMA JAWAPAN KERTAS 1 TRIAL 2015

NO
JAWAPAN
MS
1
C
16
2
B
20
3
A
52
4
B
51
5
C
79
6
D
85
7
B
107
8
C
109
9
C
118
10
D
137
11
A
145
12
B
161
13
B
181
14
A
197
15
C
202
16
A
203
17
C
215
18
D
224
19
B
260
20
D
260
21
A
7
22
D
19
23
B
30
24
A
43
25
B
73
26
C
87
27
D
100
28
A
104
29
D
111
30
A
121
31
C
122
32
D
141
33
C
142
34
A
164
35
C
185
36
B
201
37
B
219
38
D
213
39
A
242
40
D
252


No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6