Monday, 20 June 2016

Kertas 1 Set 4

SULIT                                                                 2                                                                       1249/1

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.



Gambar 1 adalah pokok papyrus yang terdapat di Tamadun Mesir Purba





















Gambar 1

1.       Apakah kepentingan pokok papyrus  tersebut?
A       Penciptaan roda
B       Pembinaan pengairan
C       Pembinaan Piramid
D       Penciptaan kertas


2.         Bagaimanakah pemerintah Tamadun Hwang Ho dapat meningkatkan ekonomi pertanian penduduk setempat?


A         Mengenakan cukai yang rendah

B         Memberi tanah yang luas

C         Memberi  subsidi

D         Membina terusan



SULIT                                                                 3                                                                       1249/1


Gambar 2 adalah binaan Zigurat Tamadun Mesopotamia.






















Gambar 2

3.         Apakah fungsi binaan tersebut?

A         Kubu pertahanan B         Pusat pendidikan C         Pusat keagamaan D         Kawalan banjir



Jadual 1 berkaitan dengan tokoh yang telah menyumbang terhadap perkembangan tamadun.



Tokoh
Tamadun

Alexander The Great

Yunani
Shih Huang Ti
China





4.


Jadual 1


Apakah sumbangan tokoh di atas?


A         Membentuk empayar pemerintahan
B         Memperkenalkan pemerintahan monarki
C         Mengasaskan pentadbiran secara birokrasi
D         Melaksanakan sistem pemerintahan republik


SULIT                                                                 4                                                                       1249/1



5.         Sresthin merupakan persatuan perdagangan dan perusahaan yang wujud dalam tamadun
India.
Apakah matlamat persatuan tersebut?


A         Melahirkan pedagang yang berjaya B         Mewujudkan kawasan perdagangan C         Memberi pinjaman kewangan
D         Mengawal kualiti barang




6.         Kedah Tua berjaya menjadi pelabuhan entrepot.
Mengapakah keadaan ini berlaku?

A         Kekayaan hasil hutan
B         Kekuatan tentera
C         Penduduk yang ramai
D         Hubungan dengan kuasa luar



7.         Rajah 1 berkaitan dengan kerajaan Angkor.



Kerajaan Angkor                                      Terletak di Lembah Sungai Mekong

Rajah 1

Mengapakah  Angkor menjadi kerajaan agraria yang kuat pada zaman tamadun awal
Asia Tenggara?


A         Tentera yang setia
B         Empayar yang luas
C         Berhampiran Tasik Tonle Sap
D         Rakyat jelata pelbagai keturunan


SULIT                                                                 5                                                                       1249/1

8.         Mengapakah Nabi Muhammad SAW tidak mengikut penduduk Islam Makkah berhijrah ke
Habsyah?


A         Menjaga keselamatan orang Islam Makkah
B         Mengurus perniagaan di Makkah
C         Dihalang pemerintah Habsyah
D         Ditentang pihak Quraisy



9.         Maklumat berikut berkaitan dengan Perjanjian Aqabah.


Tahun                                                 Peristiwa

622 Masihi                       Memeterai Perjanjian Aqabah Pertama


Apakah tindakan  Nabi Muhammad SAW selepas memeterai perjanjian tersebut?


A         Memansuhkan sistem kabilah di Madinah
B         Menghantar Musab Usman ke Madinah
C         Memerangi musuh Islam di  Madinah
D         Mengarahkan penduduk Madinah berhijrah



10.       Bagaimanakah kedudukan orang Islam yang memihak kepada Makkah dalam perjanjian
Hudaibiyah?


A         Diberi hukuman yang setimpal
B         Perlu dipulangkan ke Madinah
C         Diiktiraf sebagai penduduk Makkah
D         Tidak perlu dipulangkan ke Madinah


SULIT                                                                 6                                                                       1249/1



11.       Antara yang berikut, yang manakah sumbangan Khalifah Uthman bin Affan kepada kerajaan
Islam Madinah?


I          Meluaskan wilayah Islam
II         Melaksanakan gerakan al-Riddah III        Menubuhkan Jabatan Kehakiman IV       Membina angkatan laut Islam


A         I dan II B         I dan IV C         II dan III
D         III dan IV



12.       Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh falsafah Islam pada abad ke-14.


Tokoh                                                          Keterangan

Ibn Rushd             Hasil karya beliau menjadi rujukan di Eropah sehingga abad ke 19


Mengapakah karya beliau menjadi rujukan di Eropah?


A         Menekankan ilmu mantik
B         Mengembangkan puisi syair
C         Membangunkan ilmu pelayaran
D         Menekankan kepelbagaian teknik




13.


Konsep Daulat




Mengapakah konsep tersebut digunakan oleh raja-raja Melayu di Asia Tenggara setelah kedatangan Islam?


A         Melambangkan kemakmuran kerajaan
B         Menimbulkan penghormatan rakyat
C         Mengekalkan warisan tradisi
D         Memelihara hak penduduk


SULIT                                                                 7                                                                       1249/1



14.       Bagaimanakah pertapakan Islam di Melaka menyebabkan pengislaman wilayah Aru, Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri?


A         Pendidikan dipergiat
B         Penguasaan kawasan
C         Perdagangan diperluas
D         Hubungan luar diperkukuh



15.       Rajah 2 menunjukkan pengubahsuaian sistem pemerintahan  berasaskan Islam  di Asia

Tenggara pada abad ke-15 Masihi.



 
Institusi  Kesultanan

Rajah 2
Mengapakah pengubahsuaian tersebut berlaku?

A         Pengaruh proses Baiah
B         Perubahan pemimpin
C         Mengikut cara Turki
D         Keinginan pemerintah


16.       Bagaimanakah Syahbandar membantu perkembangan Islam di Asia Tenggara pada abad ke-
16?


A         Menjaga keselamatan kawasan perairan
B         Mengawal keamanan dalam negeri
C         Memastikan kesejahteraan istana
D         Mengetuai bandar pelabuhan


17.       Mengapakah golongan petani di Eropah mencari perlindungan dari golongan Baron  pada
Zaman Gelap?


A         Kehidupan tidak selamat
B         Peluang mengelak cukai
C         Terikat dengan bangsawan
D         Bergiat dalam  perdagangan


SULIT                                                                 8                                                                       1249/1



18.       Rajah 3 menunjukkan sumber tenaga di Eropah sebelum abad ke-18.


Manusia Binatang Tenaga Air


Rajah 3
Apakah sumber tenaga yang digunakan selepas abad ke-18 di Eropah? A         Solar
B         Gasolin
C         Elektrik
D         Wap


19.       Pada abad ke-19, British telah memperkenalkan undang-undang tanah berkonsepkan sistem
Barat di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan
Mengapakah British memperkenalkan undang-undang tanah tersebut?


A         Melahirkan tenaga mahir
B         Menyatukan pelbagai kaum
C         Memudahkan kerja pentadbiran
D         Membanteras ancaman komunis


20.       Jadual 2 berkaitan dengan mata wang yang digunakan di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat.



Negeri
Mata Wang

Kelantan
Dinar emas
Pahang
Jongkong tampang
Terengganu
Kupang emas

Jadual 2
Mengapakah mata wang tersebut digunakan di negeri-negeri Melayu tersebut? A         Memajukan pentadbiran negeri
B         Memudahkan pembayaran ufti
C         Menggalakkan pembelian tanah
D         Melicinkan urusan perdagangan


SULIT                                                                 9                                                                       1249/1



21.       Raja Mongkot dan Chulalongkorn telah memperkenalkan sistem Birokrasi Barat di Thailand
Mengapakah sistem tersebut diperkenalkan?


A         Menambah kuasa raja
B         Mengekalkan kemerdekaan
C         Menghalang penentangan rakyat
D         Mengetepikan tradisi bangsa


22.       Penjajah Belanda memperkenalkan Sistem Tanaman Paksa di Indonesia.
Mengapakah penduduk Indonesia tidak berpuas hati terhadap sistem tersebut?


A         Ekonomi sara diri terjejas
B         Menindas penduduk pribumi
C         Perusahaan tradisional terancam
D         Perdagangan tukar barang terganggu


23.       Mengapakah British menggunakan nama sultan Terengganu ketika menghantar tiga orang pembesar untuk menawan semula Kuala Berang dari pejuang tempatan?


A         Pembesar sangat berpengaruh
B         Sultan berkuasa mutlak
C         British menghormati sultan
D         Rakyat tidak menderhaka kepada sultan


24.       Rajah 4 berkaitan dengan pembesar di Negeri Sembilan yang menentang British.

Pembesar





Yam Tuan Antah


Dato Syahbandar



Rajah 4
Mengapakah mereka menentang British?


A         Pembinaan balai polis
B         Penguasaan British di Sungai Ujong
C         Pengenalan sistem perdagangan bebas
D         Pelaksanaan pendidikan sekular


SULIT                                                                10                                                                      1249/1



25.       Kedua-dua negara berikut merupakan negara bangsa di Eropah pada abad ke-19.
·  Jerman
·  Itali
Apakah persamaan penyatuan kedua-dua negara tersebut?


A         Mengenepikan perbezaan warna kulit
B         Menyatukan masyarakat majmuk C         Menggunakan kaedah realpolitik D         Menerima pelbagai bangsa



26.       Mengapakah Itali berjaya menewaskan Austria pada tahun 1860?


A         Kekuatan pegangan agama
B         Kebijaksanaan pemimpin
C         Sokongan semua bangsa
D         Kerjasama dengan Perancis



27.       Apakah peranan Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam sistem pentadbiran di Terengganu?


A         Membantu Sultan
B         Melantik Menteri Besar
C         Melantik pembesar istana
D         Mentadbir daerah



28.       Senarai berikut adalah tindakan British yang menyebabkan orang Melayu menentang
Malayan Union.
·    Pemberian kerakyatan yang longgar
·    Dasar sama rata
Mengapakah tindakan tersebut menyebabkan orang Melayu menentang Malayan Union? A         Mencampuri adat istiadat penduduk tempatan
B         Menjejaskan status quo orang Melayu
C         Menghalang perpaduan kaum
D         Mengubah sempadan negeri


SULIT                                                                11                                                                      1249/1



29.       Rajah 5 merujuk kepada struktur pentadbiran peringkat negeri di Tanah Melayu pada tahun
1948.


Sultan


Menteri Besar


Majlis Eksekutif Negeri                                  Majlis Perundangan Negeri





Apakah bidang kuasa Sultan?


A         Mengetuai angkatan tentera
B         Mengetuai upacara rasmi
C         Melantik Menteri Besar
D         Melantik Exco


Rajah 5




30.       Maklumat berikut berkaitan dengan Suruhanjaya Reid.


Tarikh                                             Ahli

Lord Reid (Pengerusi) Sir Ivor Jennings


Mac 1956


Sir William McKell
Tuan B. Malik
Tuan Abdul Hamid




Apakah tugas Suruhanjaya Reid?


A         Menubuhkan Jawatankuasa Antara Kaum
B         Menetapkan syarat mendapatkan kerakyatan
C         Merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
D         Melaksanakan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan


31.       Pada 27 Mei 1961, Tuanku Abdul Rahman telah mencadangkan pembentukan Malaysia di
Hotel Adelphi, Singapura.
Mengapakah beliau bertindak demikian?


A.        Mewujudkan kerjasama ekonomi
B.        Mengimbangi pengaruh kuasa pembesar C.        Memperkasa sistem raja berperlembagaan D.        Mengamalkan pengagihan kuasa


SULIT                                                                12                                                                      1249/1



32.       Apakah yang dilaksanakan oleh pemimpin Tanah Melayu pada tahun 1950-an agar kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dicapai tanpa pertumpahan darah?


A         Mengadakan rundingan
B         Mengadakan pungutan suara
C         Mendapatkan sokongan luar
D         Mengadakan rundingan dengan komunis


33.       Mengapakah Parti Rakyat Brunei di bawah pimpinan A.M.Azahari menentang gagasan
Malaysia?


A         Membentuk gagasan Melayu Raya B         Menubuhkan Persekutuan Borneo C         Bimbang ancaman komunis
D         Bekerjasama dengan Filipina


34.       Pernyataan berikut berkaitan dengan Perkara 24 dalam Perlembagaan Malaysia.


Seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya.


Mengapakah perkara tersebut digubal dalam Perlembagaan Malaysia?


A         Menjamin kesetiaan rakyat kepada negara
B         Menjamin hak istimewa kaum bumiputera
C         Mengawal penghijrahan rakyat ke luar negara
D         Mengawal kemasukan pendatang asing ke negara ini


35.       Pernyataan berikut berkaitan dengan Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia.



Peranan Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa
serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak


Apakah hak istimewa orang Melayu dan bumiputera yang dimaksudkan dalam pernyataan tersebut?


A         Menjadi ahli Dewan Rakyat
B         Penerimaan pangkat kebesaran
C         Jawatan dalam perkhidmatan awam
D         Kebebasan menganuti mana-mana agama


SULIT                                                                13                                                                      1249/1



36.       Undang-undang darurat di bawah ‘Undang-undang X’ boleh diisytiharkan jika keselamatan negara terancam.
Siapakah yang berkuasa mengisytiharkan undang-undang tersebut?


A         Perdana Menteri
B         Menteri Pertahanan
C         Yang di-Pertuan Agong
D         Mahkamah Persekutuan


37.       Melalui Rancangan Malaya Pertama, kerajaan telah memperkenalkan Lembaga
Pembangunan Industri Desa (RIDA). Apakah tujuan agensi tersebut ditubuhkan?


A         Membangunkan masyarakat luar bandar
B         Menggalakkan kemasukan pelabur
C         Mengawal kemasukan buruh luar
D         Mengurangkan beban kerajaan


38.       Cabaran Keenam Wawasan 2020 ialah membina masyarakat yang maju dan saintifik.

Bagaimanakah matlamat tersebut dapat dicapai? A         Penghayatan prinsip Rukun Negara
B         Penguasaan terhadap ilmu pengetahuan
C         Menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan
D         Mengukuhkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum


SULIT                                                                14                                                                      1249/1



39.       Gambar 3 adalah senjata yang memusnahkan bandar Hiroshima dan Nagasaki.




















Gambar 3
.
Mengapakah tindakan mengebom bandar tersebut dilakukan oleh Amerika Syarikat?


A         Membanteras ancaman komunis
B         Menguji keberkesanan teknologi moden
C         Mengalihkan perhatian Kuasa Bersekutu
D         Mengelakkan tempoh peperangan yang lama



40.    Negara-negara Selatan atau Negara Dunia Ketiga masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah.
Mengapakah keadaan ini berlaku?


A         Ketandusan pemimpin berwibawa
B         Kehabisan bahan mentah
C         Kekurangan kepakaran
D         Ketiadaan sokongan negara berjiran








KERTAS SOALAN TAMAT




SULIT                                                                                                         1249/1





KERTAS 1

No
Jawapan
Halaman
Buku
Teks
No
Jawapan
Halaman
Buku
Teks
1
D
22
21
B
13
2
D
32
22
B
15
3
C
13
23
D
44
4
A
48-49
24
B
39
5
D
51
25
C
68-69
6
A
82
26
D
68
7
C
77
27
A
86
8
A
113
28
B
99
9
B
118
29
C
107
10
D
132
30
C
125
11
B
147
31
A
138
12
A
167
32
A
131
13
B
197
33
B
145
14
B
181
34
A
164
15
C
185
35
C
164
16
D
180
36
C
268
17
A
215
37
A
198
18
D
232
38
B
222
19
C
259
39
D
233
20
D
255
40
A
250













PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT















1249/1 © 2014 Hak Cipta BPSBPSK                                                                                              SULIT

No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6