Jawab
semua soalan berikut.
1
Rajah berikut merujuk kepada perubahan
tahap kewujudan organisasi sosial dalam masyarakat tamadun awal manusia.
Tahap
ringkas
|
Tahap
kompleks
|
Apakah faktor yang
mempengaruhi perubahan tahap kewujudan tersebut?
I
Kepelbagaian aktiviti ekonomi
II
Pertambahan penduduk
III
Kestabilan politik
IV
Perkembangan agama
A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
2
Maklumat berikut berkaitan dengan
kepercayaan masyarakat Mesir Purba.
Tuhan
masyarakat Mesir
|
Re
|
Ra-Atum
|
Amun
|
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat
berdasarkan rajah tersebut?
A
Mandat dari syurga
B
Amalan penilikan nasib
C
Pemujaan roh nenek moyang
D
Penyembahan berkaitan dengan unsur alam
3
Gambar berikut merujuk kepada tiang yang
didirikan pada zaman pemerintahan Raja Asoka. Apakah perkara yang terdapat pada
tiang tersebut?
A
Amalan kebebasan beragama
B
Larangan menyembelih haiwan
C
Kepentingan semangat perpaduan
D
Sekatan melaksanakan kerahan tenaga
4
Apakah keistimewaan pengamalan sistem
tanaman secara bergilir dalam tamadun China?
A
Kos pengeluaran dikurangkan
B
Kesuburan tanah dapat dipelihara
C
Meningkatkan kualiti hasil tanaman
D
Meminimumkan penggunaan tenaga kerja
5
Gambar di bawah menunjukkan tinggalan
perahu layar yang merupakan warisan masyarakat Asia Tenggara.
Apakah
nilai yang boleh dicontohi oleh generasi hari ini dari aspek kemahiran tersebut?
I
Toleransi
II
Kreatif
III
Inovatif
IV
Berani
A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
6
Mengapakah konsep berikut menjadi
pegangan dalam kalangan pemerintah kerajaan awal di Asia Tenggara?
Orde Kosmos
|
·
Negara dianggap sebagai alam
semesta
·
Raja dan ibu kota ialah pusat
alam
|
A
Menjadi pemerintah terulung
B
Mengawal pengaruh pembesar
C
Menyekat kemasukan pengaruh luar
D
Mengekalkan hierarki sosial masyarakat
7
Apakah persamaan di antara tokoh
berikut?
·
Abdullah bin Jahsh
·
Waraqah bin Naufal
|
A
Pemimpin tentera Islam
B
Pengasas kerajaan Sabak
C
Penganut agama Hanif
D
Penyebar dakwah Islamiah
8
Rajah berikut merujuk gelaran yang
diberikan kepada Siti Khadijah.
Al-thaharah
|
Siti
Khadijah Khuwailid
|
Mengapakah gelaran tersebut diberikan?
A
Menjauhi segala maksiat
B
Memakai pakaian bersih
C
Menguruskan pentadbiran Makkah
D
Mengahwini Nabi Muhammad s.a.w.
9
Rajah
berikut menggambarkan tentang pendatang asing tanpa izin (PATI). Mengapakah
kedatangan mereka tidak dianggap sebagai hijrah mengikut konteks Islam?
Sumber:
beritasemasa.com
A
Fahaman ideologi yang berlainan
B
Menggugat ekonomi rakyat tempatan
C
Mengganggu keseimbangan penduduk
D
Kehadiran mereka tidak diundang
10
Pernyataan berikut menerangkan peranan
puteri Abu Bakar al-Siddiq dalam peristiwa hijrah.
Asma’
Abu Bakar telah menghantar makanan dan menyampaikan berita tentang gerakan orang
Quraisy kepada Nabi Muhammad s.a.w. di Gua Thur.
|
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat?
A
Hijrah memerlukan pertolongan kaum
wanita
B
Hijrah menuntut kesabaran Nabi Muhammad
s.a.w.
C
Hijrah menonjolkan kepentingan peranan
kaum wanita.
D
Hijrah membuktikan kewibawaan Nabi
Muhammad s.a.w.
11
Kaedah berikut digunakan dalam
pelantikan khalifah kerajaan Khulafa al-Rasyidin.
·
Proses syura
·
Upacara baiah
|
Apakah kelebihan sistem tersebut?
A
Menghindari perebutan pengaruh
B
Mengelakkan salah laku pemimpin
C
Mengekalkan kesejahteraan rakyat
D
Menjamin pemilihan pemimpin yang
berkelayakan
12
Bagaimanakah perkembangan tamadun Islam
di Kota Baghdad dan Cordova memberi kesan terhadap ketamadunan Eropah?
A
Menghargai ilmu pengetahuan
B
Membangunkan bidang ekonomi
C
Memperkemas teknik pembinaan
D
Memantapkan sistem perundangan
13
Jadual berikut menunjukkan penemuan
artifak.
Tahun
|
Artifak
|
1953
|
Batu nisan di makam Kampung Permatang
Pasir, Pekan, Pahang
|
Apakah yang dibuktikan dengan penemuan
artifak tersebut?
A
Keunikan seni Islam
B
Kedatangan agama Islam
C
Kejayaan pedagang Islam
D
Kelahiran kerajaan Islam
14
Bagaimanakah kedatangan Islam mengubah
sistem sosial masyarakat Asia Tenggara?
I
Warisan adat tradisi terhapus
II
Hukuman berdasarkan kelas
III
Amalan konsep persaudaraan
IV
Semangat gotong-royong
A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
15
Pepatah berikut digunakan dalam
pendidikan tidak formal masyarakat Melayu.
Siakap senohong gelama ikan duri,
bercakap bohong lama-lama mencuri.
|
Mengapakah pepatah tersebut digunakan?
A
Memupuk budaya tradisi
B
Menerapkan unsur pengajaran
C
Memartabatkan bahasa ibunda
D
Menanam perasaan mencintai sastera lisan
16
Sekiranya anda seorang peniaga pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka dan membeli rempah ratus daripada penduduk
setempat, apakah sistem timbangan yang
digunakan?
A
Kati
B
Tahil
C
Pikul
D
Bahara
17
Keadaan yang tidak menentu dalam zaman
Gelap menyebabkan kemunculan golongan Baron (tuan tanah).
Apakah situasi yang dialami oleh
golongan petani ketika zaman Gelap tersebut?
I
Melibatkan diri dalam perdagangan
II
Mencari perlindungan daripada tuan tanah
III
Membayar cukai yang tinggi kepada tuan
tanah
IV
Mendapatkan perlindungan daripada pihak
gereja
A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
18
Pada zaman penjajahan British di Tanah
Melayu, kegiatan ekonomi masyarakat peribumi telah distrukturkan semula.
Mengapakah British berbuat demikian?
A
Mengagihkan kekayaan negara
B
Menjamin bekalan bahan mentah
C
Melindungi kesejahteraan rakyat
D
Mengurangkan kemasukan buruh asing
19
Rajah berikut menerangkan faktor
perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
Faktor
|
Perkembangan
industri pembuatan
|
Pengecualian
cukai eksport
|
X
|
Apakah faktor X?
A
Pelaburan modal asing
B
Penubuhan institusi kewangan
C
Perkongsian perkhidmatan pakar
D
Pengenalan Rancangan Sekatan Stevenson
20
Maklumat berikut berkaitan usaha British
mengawal perkembangan sekolah Cina di Tanah Melayu.
Tahun
|
Tindakan
|
1920
|
Memperkenalkan
Enakmen Pendaftaran Sekolah
|
A
Mengatasi kekurangan guru
B
Membendung masalah sosial
C
Menyekat pengaruh komunis
D
Mewujudkan semangat kekitaan
21
Maklumat berikut merujuk kepada
perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan.
Pengangkutan dan
Perhubungan
|
Pembukaan Terusan Suez
|
Penciptaan telegraf
|
Penggunaan kapal wap
|
Apakah
kesan perkembangan tersebut terhadap Asia Tenggara?
A
Peningkatan taraf hidup
B
Perluasan kuasa asing
C
Kemajuan pertanian tradisional
D
Kemunculan kelas pertengahan
22
Perubahan berikut diperkenalkan oleh
British di Tanah Melayu.
·
Sistem cukai
·
Undang-undang tanah
|
Mengapakah British memperkenalkan
perubahan tersebut?
A
Menjaga kebajikan rakyat
B
Mendapatkan hasil maksimum
C
Mengiktiraf pengaruh pembesar
D
Mengelakkan campur tangan asing
23
Jadual berikut merujuk kepada langkah
pemerintah Thailand dalam pentadbiran.
Pemerintah
|
Langkah
|
Raja Mongkut
|
Melantik penasihat Barat
|
Raja Chulalongkorn
|
Memperkenalkan Kabinet Menteri
|
Apakah kesan daripada langkah pemerintah
tersebut?
A
Kemerdekaan terpelihara
B
Pertahanan terjamin
C
Pengukuhan institusi beraja
D
Keseragaman sistem pendidikan
24
Apakah alasan pihak British mengerahkan
500 orang tenteranya melancarkan serangan terhadap Pasir Salak dan
kawasan-kawasan lain di Perak seperti dalam peta berikut?
A
Pemberontakan rakyat
B
Pengaruh Siam bertapak
C
Persaingan dengan Amerika
D
Pembunuhan J.W.W. Birch
25
Bagaimanakah British menghalang Gerakan
Islah di Negeri-negeri Melayu pada awal abad ke-20?
I
Mengugut pemimpin
II
Menyekat kegiatan dakwah
III
Menghalang pengedaran majalah
IV
Menyekat peluang belajar ke luar negara
A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
26
Maklumat berikut menggambarkan sistem
politik masyarakat Melayu tradisional.
Raja bertanggungjawab
memberikan perlindungan politik dan menjamin keselamatan rakyat yang
mendiami wilayah kekuasaan raja.
|
Sebagai
balasan, apakah peranan rakyat terhadap raja?
A
Mengakui kekuasaan dan taat setia kepada
raja
B
Menjalankan kegiatan ekonomi raja
C
Menjadi tentera upahan raja
D
Menyerahkan keluarga sebagai hamba raja
27
Apakah kepentingan prinsip Realpolitik terhadap pembinaan negara
Itali dan Jerman?
Realpolitik –
Buku The Prince
|
A
Mewajarkan pemimpin menggunakan apa
sahaja cara untuk mencapai matlamat politik
B
Membangkitkan semangat nasionalisme
dalam kalangan rakyat
C
Mengeratkan hubungan antara Itali dan
Jerman
D
Membangunkan ekonomi negara
28
Rajah menunjukkan hasrat British ingin
membentuk sebuah bangsa Malayan Union.
Apakah
muslihat British membentuk bangsa di atas?
A
Melahirkan perpaduan
B
Melindungi institusi gereja
C
Mempercepat proses kemerdekaan
D
Melindungi kepentingan ekonomi mereka
29
Apakah persamaan parti politik berikut?
|
A
Menggunakan pendekatan sederhana
B
Menyetujui sistem pemerintahan beraja
C
Menyokong penubuhan Malayan Union
D
Memperjuang penyatuan pertubuhan Melayu
30
Maklumat berikut menggambarkan pandangan
Dato’ Onn Jaafar mengenai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Kita berhasrat
mencapai kemerdekaan tetapi perkara asas untuk kemerdekaan
perlu dipenuhi terlebih dahulu.
|
Apakah
hasrat asas yang dimaksudkan oleh Dato’ Onn Jaafar?
A
Kemajuan ekonomi
B
Kestabilan politik
C
Perpaduan antara kaum
D
Pembangunan lahiriah
31
Rajah berikut merujuk kepada antara
tugas Suruhanjaya Reid.
Menerima Memorandum
|
Raja-Raja
Melayu
|
Parti
Perikatan
|
Orang
perseorangan
|
Apakah
kepentingan memorandum kepada suruhanjaya tersebut?
A
Merangka perlembagaan
B
Menggubal dasar pelajaran
C
Menjamin keharmonian kaum
D
Meningkatkan taraf hidup penduduk
32
Peristiwa berikut berlaku di Singapura
pada 1961.
Tempat
|
Hotel
Adelphi, Singapura.
|
Peristiwa
|
Majlis
makan tengahari anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri.
|
Peristiwa
tersebut berkaitan dengan…
A
pembentukan gagasan Malaysia
B
pembubaran Malayan Union
C
penggubalan Perlembagaan Malaysia
D
pengisytiharan kemerdekaan Malaysia
33
Monolog
berikut merujuk kepada faktor penyertaan Singapura dalam Malaysia.
Pengalaman
lama dalam monolog tersebut bermaksud…
A
kesepakatan para pemimpin
B
kecekapan sistem pentadbiran
C
keberkesanan perjuangan kemerdekaan
D
kejayaan membanteras pengaruh komunis
34
Apakah hak keistimewaan yang diperoleh
Sarawak dan Sabah apabila menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963?
A
Menentukan agama rasmi negeri
B
Mengawal hal ehwal imigresen
C
Menentukan dasar luar negeri
D
Mengawal sumber kewangan negeri
35
Apakah sistem pemerintahan yang
diamalkan di negara berikut?
·
India
·
Filipina
·
Korea Selatan
|
A
Demokrasi berparlimen
B
Republik
C
Raja berperlembagaan
D
Aristokrasi
36
Pilihan raya kecil diadakan di mana-mana
kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri di negara kita sekiranya wakil
rakyat…
A
Hilang sokongan
B
Meninggal dunia
C
Menyertai parti lain
D
Diisytiharkan muflis
37
Dialog di bawah mungkin berlaku pada
pertengahan abad ke-20.
Pak Sod
|
:
|
Sebelum ini kita hidup susah sebagai petani miskin di
luar bandar.
|
Pak Kamar
|
:
|
Dengan usaha agensi ini, kita telah dipindahkan ke petempatan
baru yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan menjadi petani moden.
|
Agensi
dalam dialog tersebut merujuk :
A
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
B
Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)
C
Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
D
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
(FELDA)
38
Rajah berikut merujuk kepada cadangan
yang dikemukakan oleh kajian Aminuddin Baki.
Kajian
Aminuddin Baki
|
Memperkenalkan
sistem persekolahan pelbagai jurusan pada tahun 1965
|
Apakah
tujuan sekolah tersebut diwujudkan?
A
Melahirkan pelajar yang berkemahiran
sukan
B
Melahirkan pelajar yang bersemangat
patriotik
C
Menampung pelajar yang mempunyai
kecemerlangan akademik
D
Menampung pelajar yang gagal memasuki
sekolah menengah akademik
39
Israel
|
Mengapakah
Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara di atas?
A
Pelaksanaan dasar aparteid di negara itu
B
Pengamalan dasar pembunuhan etnik
C
Dasar menindas peribumi Palestin
D
Meninggalkan kesan terhadap keselamatan
Malaysia
40
Apakah matlamat pertubuhan-pertubuhan
serantau berikut diwujudkan?
Tahun
|
Peristiwa
|
1961
|
Penubuhan Persatuan
Negara-negara Asia Tenggara (ASA)
|
1967
|
Penubuhan Persatuan
Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
|
A
Membentuk pakatan tentera
B
Meningkatkan taraf pendidikan
C
Mengeratkan kerjasama serantau dalam
segala bidang
D
Memonopoli perdagangan maritim
-KERTAS
SOALAN TAMAT-
No comments:
Post a Comment