TINGKATAN 4
Tema 7: Tamadun Awal Manusia
Bandar terancang dalam tamadun di atas.
· Mahenjo-Daro
· Harappa
· Lothal
· Sutkagen Dor
Kegiatan ekonomi masyarakat Indus.
· Perdagangan
· Pertanian / bercucuk tanam
· Pertukangan
· Pembuatan
· Menghasilkan barang logam
· Menghasilkan tembikar
Ciri bandar terancang dalam tamadun Indus.
· Bandar terbahagi kepada dua bahagian
· Dikelilingi tembok
· Bahagian pertama merupakan pusat pentadbiran, keagamaan, tempat mandi awam dan tempat penyimpanan hasil pertanian
· Bahagian kedua ialah kawasan perumahan
· Susun atur bandar sistematik
· Disusun berasaskan blok- blok
· berbentuk segi empat
· Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus
· Jalan raya bersambung antara satu sama lain
· Sistem kubahan yang terancang
· Bandar-bandar dihubungkan dengan sungai
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan sumbangan tamadun Indus kepada perkembangan tamadun manusia
· Mengeksploitasi kelebihan yang dimiliki
· Eksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan seharian
· Perancangan bandar / Mohenjo-Daro / Harappa
· Sumbangan ilmu geometri/ kesenian / matematik / pembinaan
· Perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat
· Yang mempunyai rangkaian jalan raya yang lurus
· Teknologi pembakaran batu bata
· Sikap keterbukaan
· Hubungan dengan tamadun lain / Mesopotamia / Mesir Purba
· Agama Hindu
· Tugasan piktograf
· Cap mohor
· Ilmu pengetahuan
· Arca
Berdasarkan pemerhatian anda, adakah bandar tempat tinggal anda merupakan bandar terancang?
Ya:
· Ada jalan raya
· Petempatan tersusun, berjajar
· Sistem pembentungan
· Kewujudun majlis perbandaran
· Bangunan tersusun
· Aktiviti pembinaan dikawal selia oleh kerajaan
Tidak:
· Petempatan berselerak
· Tiada jalan raya
· Kemudahan infrastruktur tidak teratur
· Ketiadaan badan pengawal selia petempatan
· Petempatan sering dilanda bencana
Sistem pemerintahan dan pentadbiran di Yunani sebelum sistem demokrasi diamalkan?
· Monarki/beraja - Raja dibantu oleh konsul
· Raja sebagai ketua hakim/ketua tentera/ketua agama
· Konsul menjadi kuat dan peranan raja merosot
· Lahir sistem raja yang dipilih tetapi kuasa terhad
· Pemerintahan beberapa orang konsul melahirkan oligarki
· Lahir golongan aristokrat yang kuat dan miliki kuasa yang besar dinamakan sistem aristokrasi
· Berlaku tidak puas hati rakyat dan tuntut hak
· Berlaku rampasan kuasa
· Lahirlah pemerintahan tirani oleh diktator
· Diktator terdiri daripada golongan kaya/tentera
· Akhirnya mereka ditentang oleh aristokrat dan lahir demokrasi
Amalan demokrasi di Yunani
· Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis
· Berbentuk penyertaan langsung daripada rakyat
· Semua warganegara lelaki dewasa berpeluang jadi ahli Dewan Perhimpunan
· Tempoh menjadi ahli antara enam bulan hingga setahun
· DPerhimpunan bersidang tiga kali dalam sebulan
· Setiap ahli DP boleh kemuka cadangan tentang dasar kerajaan
· Segala keputusan DP dikendalikan Majlis
· Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh DP
· DP berkuasa penuh terhadap ketiga-tiganya
Pada pengetahuan sejarah anda, apakah kebaikan sistem pemerintahan demokrasi
· Rakyat terlibat dalam memilih/membentuk kerajaan
· Rakyat boleh bersuara/kemukakan pandangan
· Pemimpin tidak berkuasa mutlak
· Menjamin hak asasi rakyat
· Tidak kejam
· Kedaulatan di tangan rakyat
· Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihan raya
· Menjamin kerajaan yang adil/stabil
Kemajuan dicapai tamadun Cina dalam bidang pertanian
· Pengenalan alat tenggala
· Membuat batas tanaman
· Pengenalan kolar kuda untuk menarik tenggala kayu / kereta kuda / kereta sorong beroda
· Membuat penyisir tanah
· Penciptaan alat kegunaan pertanian
· Sistem penanaman secara bergilir untuk Kekal kesuburan tanah
· Peneresan kawasan bukit untuk pertanian
· Pembinaan sistem pengairan untuk pertanian
· Pembinaan terusan untuk kawalan banjir
Perkembangan sistem pendidikan Zaman Vedik tamadun India
· Pendidikan pentingkan keagamaan
· Teras pendidikan agama Hindu
· Pendidikan didominasi kaum lelaki
· Golongan wanita tidak mempunyai ruang untuk pendidikan
· Pendidikan beri perhatian kpd pembelajaran Kitab-kitab Veda
· Bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran penting
· Kaedah hafalan digunakan untuk mendalami Kitab Veda
· Pendidikan sediakan manusia hadapi hari selepas mati
· Tumpuan pendidikan ialah agama
· Segala hukum agama harus dipelajari
· Mereka hidup sempurna dgn nilai-nilai murni yang diajar agama
· Pendidikan tinggi di Kolej Brahman selepas tahun 100 S.M
· Sebelum itu , pendidikan diberikan di istana / di rumah
· Lahir universiti agama Buddha, iaitu Nalanda
· Untuk capai taraf Brahmin berpendidikan, seseorang harus hafal perbagai buku agama khususnya Veda
· Veda mengandungi peraturan ritual/ mantera/ lagu-lagu agama
· Mereka juga belajar karya saintifik/ falsafah
· Pendidikan juga untuk meningkatkan ilmu sains
· Untuk tambahkan ilmu
· Atasi buta huruf
· Dapatkan jawatan dalam pemerintahan
Pada pendapat anda , mengapakah bidang berikut penting bagi rakyat sesebuah negara ?
i. Pendidikan
· Lahirkan masyarakat yang berpengetahuan
· Lahirkan modal insan berilmu
· Maju negara/ angunkan negara
· Mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum
ii. Pertanian
· Sediakan sumber makanan kepada rakyat
· Rakyat boleh usaha tanah terbiar dgn pelbagai jenis tanaman
· Menambahkan sumber pendapatan
· Sumbangkan modal kepada rakyat untuk perkembangan industri
· Elak pengangguran di kawasan luar bandar
Ciri-ciri kerajan Srivijaya
· Memiliki bala tentera laut yang besar
· Dianggotai oleh pelbagai golongan rakyat
· Termasuk orang laut
· Fungsi tentera laut untuk kawal perdagangan di Selat Melaka
· Mengawal keselamatan kerajaan
· Pelabuhan yang baik
· Kedudukannya yang strategik di Selat Melaka
· Jadi tempat persinggahan kapalpedagang antara India dan China
· Di pelabuhannya terdapat hasil dan barangan untuk perdagangan antarabangsa
· Barangan dibekalkan oleh kawasan pemerintahannya
· Wilayah takluknya
· mampu menghasilkan kapal besar
· Berperanan sebagai kuasa maritime utama di Asia Tenggara
Faktor yang mempengaruhi perkembangan pelabuhan Kedah Tua
· Terdapatnya Gunung Jerai
· Menjadi panduan kapal pedagangan yang keluar masuk
· Terutama pada waktu malam melalui nyalaan api
· Kedudukan yang strategik di laluan Selat Melaka
· Terlindung daripada tiupan angin monson Barat daya/ timur laut
· Adanya kemudahan menyimpan barang dagangan
· Kekayaan hasil hutan spt dammar / rotan
· Sumber bumi spt timah
· Barang dagangan yang diperoleh dari luar spt kan kapas/ sutera /teh/ tembikar/ kaca dan manik
Pada pandangan anda, apakah usaha yang boleh dilakukan bagi memajukan bidang maritime di negara kita.
· Membina pelabuhan
· Menurunkan cukai
· Menyediakan kemudahan moden
· Membina pusat perdagangan
· Memudahkan urusan kemasukan pelabur asing
Nyatakan dua cara pengaruh Hindu Buddha disebarkan ke Asia Tenggara
· Ksyatria / tentera / penaklukan
· Vaisya / pedagang/ aktiviti perdagangan
· Golongan Brahmin/ pendeta/ golongan agama
· pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik /
· penyesuaian aspek kebudayaan India dengan budaya tempatan
Pengaruh Hindu Buddha dalam pentadbiran kerajaan awal
· Amalkan sistem beraja
· Raja adalah ketua kerajaan / Raja berada di puncak pentadbiran
· raja berkuasa mutlak
· Gunakan gelaran raja
· Raja Kuasai pentadbiran , hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara
· perintah raja jadi undang-undang / penggubal undang-undang
· sesiapa yang langgar perintah dianggap derhaka /
· penderhaka tidak diampunkan
· Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
· konsep dewa raja / bayangan tuhan
· Rakyat takut menderhaka walaupun raja tidak berlaku adil
· Miliki kesaktian dan gunakan unsur mitos dan lagenda untuk perkukuh kedudukan raja
· unsur mitos dan lagenda tentang asal usul raja
· adat istiadat pertabalan raja / dipimpin golongan Brahmin
· Raja berkuasa terhadap seluruh alam/ orde kosmos/ raja dewa
· Mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta / Orde kosmos
· Raja dibantu pembesar terdiri daripada pegawai tentera, hakim
· di peringkat daerah terdapat pembesar daerah atau gabenor
· Golongan Brahmin memainkan peranan dalam upacara keagamaan
· Upacara pertabalan diketuai oleh golongan Brahmin
· Brahmin menjadi penasihat raja dalam soal agama
Kepentingan candi kepada kerajaan awal di Asia Tenggara ?
· monumen keagamaan
· tempat menyimpan abu jenazah raja/keluarga
· tempat menyimpan patung dewa
· lambang keagungan pemerintah
· lambang orde kosmos
· lambang kehebatan ahli seni bina
· lambang keagungan sesebuah kerajaan
· rumah ibadat/ upacara kegamaan
Peranan bahasa sanskrit dalam masyarakat di Asia Tenggara
· Bahasa intelek / ilmu
· Bahasa maklumat tentang agama/ pemerintahan/ raja/undang-undang/
· Bahasa catatan pada batu bersurat menunjukkan arahan dan pemberitahuan yang ditujukan oleh pemerintah kepada rakyat
· Bahasa Keagamaan
· Bahasa pemerintahan
· Diserap/mempengaruhi bahasa Melayu / perkataannya masih kekal dalam Bahasa Melayu
· Bahasa Kesusasteraan untuk menulis epik Hindu/kitab sastera/puisi/prosa
· Bahasa komunikasi kerajaan awal di Asia Tenggara
Maklumat pada batu bersurat yang terdapat di tapak-tapak sejarah awal di Asia Tenggara
· Maklumat tentang agama
· Maklumat pemerintahan
· Arahan/pemberitahuan/titah perintah raja
· Undang-undang
· Amaran raja kepada rakyat dan pembesar agar tidak menderhaka
· Menjelaskan tentang keturunan raja
Pada pendapat anda, bagaimanakah generasi muda kini dapat mempertahankan kebudayaan kebangsaan daripada pengaruh budaya luar?
· Fahami budaya sendiri / negara
· Pelajari segala aspek budaya tempatan
· Amalkan budaya tersebut dalam kehidupan seharian
· Tidak terikut-ikut dengan budaya luar
· Adakan kempen kesedaran ttg pentingnya pertahan budaya bangsa
· Pastikan rancangan televisyen paparkan banyak budaya tempatan
· Media massa juga tidak digalakkan pamerkan /agung agungkan budaya luar /tapis budaya luar yang tidak sesuai
Pada pendapat anda, apakah pengaruh Hindu dan Buddha yang masih diwarisi hingga kini?
· Dalam bidang kesenian/pembinaan
· Adat budaya/seni tarian/muzik/perkahwinan
· Kesusasteraan
· Keagamaan
· Kitab-kitab perubatan lama/ramuan herba/pemakanan
Tema 8: Tanadun Islam
Sifat keperibadian yang dimiliki oleh Khalifah Uthman bin Affan.
· Hartawan yang dermawan
· Bersifat lemah lembut
· Bertolak ansur
· Sikap simpati yg tinggi terhadap golongan yang memerlukannya
Sumbangan Khalifah Uthman bin Affan kepada kemajuan kerajaan Islam.
· Meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan/Samarkand /Cyprus/Tripoli
· Mengukuhkan pertahanan
· Bina angkatan tentera laut pertama
· Agama Islam tersebar luas
· Menyelaraskan bacaan al-Quran/Mushaf Uthmani
· Membina jalan raya
· Membina jambatan
· Membina rumah rehat bagi kemudahan pengembara
· Berusaha meningkatkan ekonomi
· Mengukuhkan peranan baitulmal
· Gunakan sumber baitulmal untuk bayai pembangunan Negara
· Memperkuatkan tentera laut Islam
· Membeli peralatan senjata/ kapal
· Jizyah yang dikenakan kpd penduduk bukan Islam dikekalkan.
Nyatakan latar belakang Saidina Ali bin Abu Talib.
· Keturunan Bani Hashim
· Sepupu nabi Muhammad saw
· Memeluk Islam ketika berusia 10 tahun/kanak-kanak
· Berani
· Bersifat kepahlawanan
· Berwatak tegas
· Berpengetahuan luas dalam perundangan Islam
· Mempunyai kepakaran dalam selok belok hukum
· Cintakan kedamaian/ keharmonian
Bukti Khalifah Ali bin Abu Talib berusaha kekalkan kestabilan dan keharmonian negara.
· Sanggup hentikan Perang Siffin walaupun hampir mencapai kemenangan
· Sanggup berunding pihak lawan yang ingin berdamai
· Tidak mengabaikan pertahanan Negara
· Membina markas tentera di Parsi
· Membina markas tentera di sempadan Syria
· Meneruskan kutipan jizyah
Pada pendapat anda, mengapa Islam menekankan konsep syura dalam pemilihan pemimpin?
· Menjamin bakal pentadbir yang tepat
· Memilih pemimpin yang benar-benar layak
· Memastikan pemimpin yang berhemah
· Pemimpin yang sentiasa berusaha memajukan umat
· Pemimpin yang sentiasa berusaha memajukan Negara
· Memilih pemimpin yang cemerlang dalam pentadbiran
· Memastikan kelancaran pentadbiran
· Pemimpin yang mampu membawa kebahagian dunia akhirat
Suku Arab yang menandatangani perjanjian tersebut.
· Aus
· Khazraj
Isi perjanjian Aqabah pertama
· Beriman dengan Allah dan Rasul
· Membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
· Tidak melakukan amalan jahiliah
· Tidak mencuri
· Tidak minum arak
· Tidak membunuh bayi perempuan
Isi perjanjian Aqabah Kedua
· Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam
· Menjemput Nabi dan orang Islam Makkah berhijrah ke Madinah
· Kukuh taat setia kepada Nabi Muhammad s.aw.
· Sediakan tempat tinggal kepada Nabi dan orang Islam
· Jamin keselamatan Nabi Muhammad dan orang Islam
· Bersedia pertahan Islam
Kesan daripada perjanjian tersebut.
· Mendorong kejayaan hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah
· Orang Islam Makkah mendapat bantuan orang Arab Madinah
· Strategi penyebaran yang lebih luas / lebih aman
· Penyebaran Islam di Madinah / seluruh Tanah Arab
· Pembentukan masyarakat Islam yang kuat / sebuah ummah
· Menyatukan masyarakat Madinah / perpaduan
· Kelahiran sebuah negara Islam pertama di dunia
Pada pendapat anda, apakah iktibar yang boleh diperoleh daripada peristiwa perjanjian tersebut?
· Kita perlu sentiasa amalkan sikap tolong-menolong/bekerjasama
· Pentingnya pengorbanan untuk mencapai kejayaan
· Menepati janji
· Kesetiaan kepada pemimpin
· Mementingkan sikap berdisiplin
· Mewujudkan persefahaman
· Keikhlasan
· Semangat setia kawan
· Bersifat terbuka
· Berdiplomasi /tolak ansur
Hujah menolak pendapat Orientalis Barat ttg hijrah
· Konsep hijrah dalam Islam berbeza dengan hijrah Barat
· Jemputan orang Arab Madinah dlm Perjanjian Aqabah
· Ketibaan orang Islam disambut meriah
· Orang Islam diberi tempat tinggal
· Dijamin keselamatan oleh orang Arab Madinah
· Nabi dilantik sebagai pemimpin
· Baginda Islam Makkah tidak dianggap pelarian
· Penghijrahan Nabi lebih kepada strategi penyebaran dakwah
Faktor mendorong Nabi dan orang Islam berhijrah ke Madinah
· Perintah Allah menerusi wahyu menerusi surah al-Amar
· Meneruskan penyebran Islam
· Ancaman orang Arab Quraisy jejaskan aktivit sebar Islam
· Jemputan orang Arab Madinah
· Strategi Nabi Muhamma s.a.w
· Suasana aman di tempat baru mudah sampai dakwah
· Bolehkan sebuah masyarakat Islam bersatu-padu dibentuk
· Orang Arab Madinah perlukan pemimpin spt Nabi Muhammad
· Mendamaikan masyarakat Madinah yang bersengketa
Pada pendapat anda, bagaimanakah konsep hijrah dapat diamalkan dalam kehidupan seorang pelajar
· Dari bersifat negatif kepada positif
· Dari pemalas kepada rajin
· Berusaha mencari ilmu pengetahuan
· Mengamalkan strategi dalam pembelajaran
Sebab pembukaan semula kota Makkah
· Tempat kelahiran Nabi Muhamad s.a.w
· Tempat lahirnya agama Islam
· Pihak Arab Quraisy langgar Perjanjian Hudaibiyah
· Pihak Arab Quraisy tidak hormati hak kebebasan yg dipersetujui bersama
· Pihak Arab Quraish bunuh Bani Khuza’ah yang berpihak kepada Islam
· Strategi jangka panjang bagi meneruskan penyebaran islam
· Kedudukan kerajaan Islam Madinah menjadi lebih mantap
Faktor membawa kejayaan pembukaan semula kota Mekah.
· Strategi peperangan yang berkesan
· Semangat ketakwaan dan keyakinan tentera Islam
· Orang Islam tidak mendapat apa-apa rintangan yang besar
· Pengislaman Abu Sufian / Abbas
· Orang Arab Quraisy yang lain turut peluk Islam
· Nabi beri jaminan keselamatan kpd orang Arab Quraisy yg terkepung
Kepentingan pembukaan semula kota Mekah kepada Islam
· Mewujudkan perpaduan pelbagai kaum di Makkah
· Menunjukkan sifat pemaaf / tidak membalas dendam Nabi Muhamad s.a.w
· Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliyah
· Agama menyembah berhala dihapuskan
· Masyarkat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan Islam
· Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam
· Membuktikan negara Islam Madinah begitu kukuh
· Pembuka jalan kepada penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab
· Dakwah Islam tersebar secara aman
· Agama Islam dipeluk secara sukarela
· Mewujudkan pemerintahan Islam yang kuat
· Makkah menjadi wilayah Islam
Pada pendapat anda , mengapakah keamanan dan kesejahteraan negara perlu dikekalkan ?
· Mewujudkan kehidupan harmoni
· Menjamin keselamatan
· Mengelakkan penjajahan
· Memajukan ekonomi negara
· Menarik pelabur asing
· Mengekalkan kestabilan politik
Pemerintah pada zaman kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah
· Khalifah Harun al-Rasyid
· Khalifah al-Makmun
Peranan kota Baghdad sebagai pusat perkembangan ilmu?
· Dibina baitulhikmah/institusi keilmuan
· Pusat kegiatan penterjemahan pelbagai karya
· Pusat kegiatan penulisan pelbagai bidang ilmu
· Melahirkan ramai cendekiawan Islam
Peranan Baitulhikmah sebagai institusi keilmuan yang penting.
· Sebuah institusi keilmuan
· Penterjemahan karya falsafah
· Penterjemahan karya sains
· Penterjemahan yang lebih sistematik
· Penterjemah bekerja secara berkumpulan
· Diawasi oleh seorang penyelaras
Sebab penterjemah pada zaman Kerajaan Abbasiyah memerlukan kemahiran berbahasa asing.
· Dapat menambah ilmu
· Dapat berkomunikasi
· Dapat mewujudkan perpaduan
· Menambah maklumat daripada pelbagai tamadun
· Membina kekuatan tamadun sendiri
· Hubungan diplomatik
Kegiatan penulisan zaman Abbasiyah mengikut tiga tahap iaitu:
· Mencatatkan segala idea
· Percakapan
· Mengumpulkan idea yang serupa
· Kumpulkan hadis Nabi Muhammad s.a.w ke dalam sebuah buku
· Mengarang
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah kerajaan ini berjaya muncul sebagai pusat intelektual di dunia?
· Terdapat institusi keilmuan/baitulhikmah/pusat pengajian tinggi
· Pesatnya kegiatan penterjemahan
· Penglibatan golongan ulama
· Lahirnya ramai cendekiawan
· Orang Islam kuasai bahasa asing/Yunani/Sanskrit/Suriani
· Orang Islam cipta/buat pembaharuan dalam karya yg diterjemah
· Pesatnya kegiatan penyelidikan
· Sikap keterbukaan orang Islam menimba ilmu
· Kebijaksanaan pemimpin/khalifah
Pada pandangan anda, bagaimanakah Malaysia boleh menjadi pusat kecemerlangan ilmu di persada dunia?
· Mengambil lebih ramai pelajar luar negara
· Melahirkan ramai cendekiawan tempatan
· Memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D)
· Menaiktaraf universiti di negara ini
· Menyediakan pelbagai kursus yang relevan
· Menaiktaraf tenaga pengajar institusi pengajian tinggi
· Menggalakkan program pertukaran pelajar
· Memajukan program penterjemahan
· Memajukan program penulisan karya-karya/buku baru
· Menganjurkan program pendidikan antarabangsa
· Mencapai kualiti pendidikan setanding negara maju
· Anjurkan banyak seminar/konvensyen berkaitan ilmu bertaraf antara bangsa
· Memajukan prasarana pendidikan bertaraf dunia
Cara pertembungan Islam dengan tamadun lain di dunia
· melalui perdagangan dan perniagaan
· perdagangan jarak jauh telah lama wujud dalam tamadun Islam bolehkan pertembungan dengan tamadun lain
· Nabi Muhammad s.a.w. telah berniaga ke Syam
· pedagangn Islam yang menetap dan berdagang di Canton bolehkan pertembungan dengan tamadun Cina
· hubungan diplomatik
· orang Islam dapat pengetahuan tentang cara berfikir dan cara mentadbir daripada tamadun luar
· kumpulan peneroka utara Selat Gibraltar ,Sepanyol buat hubungan diplomatik dengan petempatan orang bukan Islam di Cordova,Valencia dan Rhonda
· penaklukan dan ketenteraan
· ekspedisi ketenteraan kerajaan Khulafa al Rasyidin, Bani Umaiyah dan Uthmaniyah telah menyebarkan Islam
· tamadun Islam bertembung dengan tamadun Parsi apabila tentera Islam menguasai Iraq dan Iran
· berlaku interaksi dan asimilasi antara tamadun Islam dengan tamadun lain yg libakan kegiatan penaklukan dan ketenteraan
· tamadun Islam bertembung dengan tamadun Rom apabila tentera Islam takluk Mesir dan Afrika Utara
· pertembungan melalui kebudayaan
· perluasan kawasan penyebaran Islam bawa satu bentuk pertembungan kebudayaan
· kemasukan Islam ke Sepanyol bawa kemunculan kebudayaan baru
· bahasa Arab jadi bahasa utama di Sepanyol masa zaman Umaiyah
· lahir golongan dikenali Mozarab/orang Kristian amalkan budaya Islam dan berbahasa Arab
· pertembungan melalui intelektual
· berlaku antara ahli fikir Islam dengan bukan Islam
· ilmuwan Islam mendalami ilmu dan Eropah
· berjaya kembangkan keilmuan tersebut menurut pandangan intelektual Islam
Terangkan kesan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia dari segi politik dan ekonomi
· perluasan kawasan penyebaran Islam
· perluasan kawasan yang diperintah orang Islam
· lahirkan pelbagai bentuk kerajaan dan masyarakat dalam dunia Islam
· kerajaan Delhi di India
· kewujudan masyarakat Islam di China
· amalan sistem kerajaan pusat yang kuat
· diamalkan oleh kerajaan Umaiyah,Abbasiyah dan Uthmaniyah
· kewujudan sistem berasaskan akidah dan syariah
· orang Islam menguasai ekonomi
· orang Islam menguasai perdagangan dengan berkesan
· pemerintahan Islam memastikan keselamatan terhadap laluan perdagangan di kawasan naungannya
· bolehkan aktiviti perdagangan dijalankan dengan licin
· kerajaan Uthamaniyah punyai armada laut bagi pastikan keselamatan kapal-kapal pedagang di Teluk Parsi/ Laut Merah/ Laut Mediterranean dan Laut Hindi
· pedagang Islam berjaya berdagang di India/Ceylon/Kepulauan Melayu dan Cina di Timar
· di sebelah barat pedagang Islam berdagang hingga ke Sepanyol/ selatan Perancis, Armenia dan kawasan selatan gurun Sahara di Afrika
· pedagang Islam menguasai perdagangan di Laut Merah/Laut Mediterranean,Teluk Parsi /Lautan Hindi dan Laut China Selatan
· Istanbul menjadi pusat aktiviti perdagangan dan Perniagaan
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah faktor yang menentukan jatuh bangun sesebuah tamadun?
· peranan pemerintah/kepimpinan
· sumbangan golongan cerdik pandai
· penbinaan kemudahan pendidikan/keilmuan
· mengamalkan dasar kompromi dan toleransi antara kaum
· memberikan kebebasan beragama kepada rakyat
· menjaga keamanan
· mengamalkan hidup bersatu padu
· masyarakat mampu menguasai segala bidang kehidupan
Pengaruh Islam dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu
· Memperkenalkan institusi kesultanan
· Berasaskan pemerintahan Islam
· Ubah kedudukan dan corak institusi raja di Tanah Melayu
· Istilah bagi Sultan, Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh
· Sultan dianggap bayangan Allah di muka bumi
· Gelaran sultan digunakan dalam institusi raja
· Gelaran Khalifatul Mukminin /Pemimpin bagi orang mukmin
· Nasab keturunan rujuk kpd tokoh Islam / spt Iskandar Zulkarnain
· Wujud institusi kesultanan
· Institusi kesultanan kekal sebagai institusi warisan
· Institusi kesultanan berpegang kepada konsep daulat
· Sultan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan
· Pentadbiran sultan dibantu oleh lapisan pembesar
· Ulama/ mufti menjadi penasihat kepada sultan
· Wujud pegawai petugas seperti kadi / khatib/ bilal/ pemungut zakat/ penyelia baitulmal/ penjaga harta wakaf
· Islam dijadikan agama rasmi
· Unsur Islam digunakan pada nama negeri
· Nama raja juga menggunakan namaIslam
· Undang-undang syariah diperkenalkan
Cara raja kukuhkan kedudukan baginda dalam pemerintahan
· Berpegang kepada konsep daulat
· Seseorang raja mempunyai kuasa tertentu
· bolehkan sesiapa yang mengingkarinya dianggap derhaka
· Rakyat yang menderhaka akan menerima akibat / tulah
· Menjadi pengikat antara golongan rakyat dan pemerintah
· Dipegang sebagai sesuatu yang dipercayai kebenarannya
· Mengangkat kedudukan sultan ke tahap yang tinggi
· Timbulkan penghormatan rakyat terhadap institusi sultan
· Pelbagai adat istiadat diwujudkan
· Cara berpakaian
· Jenis pakaian
· Bahasa dan pengucapan/ bahasa istana
· Tingkahlaku
· Istiadat Pertabalan
· Nobat
Sebagai seorang rakyat Malaysia, mengapakah kita perlu mempertahankan sistem beraja di negara kita?
· Raja merupakan Ketua negara
· Raja lambang kedaulatan negara
· Warisan turun temurun sejak Kesultanan Melayu Melaka
· Lambang keamanan / keharmonian rakyat
· Lambang perpaduan/ penyatuan masyarakat pelbilang kaum
· Pelindung bagi semua rakyat Malaysia
· Pelindung orang-orang Melayu / bumiputera
· Jaga hak keistimewaan penduduk Melayu/ Sabah / Sarawak
· Memastikan keadilan dilaksanakan
· Melicinkan pentadbiran
Pengaruh Islam dalam pelantikan dan pertabalan raja
· Diadakan lafaz ikrar
· Menyerupai proses baiah dalam Islam
· Pengganti sultan dilantik sebelum istiadat pemakaman
· Menyamai peraturan zaman Bani Umaiyah
Cara Islam dapat jamin kesejahteraan hidup bermasyarakat
· Hubungan rapat antara individu
· Pertalian kekeluargaan yang rapat
· Ibu bapa /orang lebih tua dihormati
· Jiran dianggap keluarga
· Panggilan tertentu untuk yang lebih tua dalam keluarga
· Tidak boleh memanggil menggunakan nama sahaja
· Orang muda bercakap dengan suara rendah dengan orang tua
· Tetamu dilayan dengan hormat/dihormati
· Tetamu dihidangkan minuman/makanan
· Menziarah mesti beri salam
· Tuan rumah wajib menjawab salam
· Tetamu dan tuan rumah bersalam-salaman
· Kanak-kanak cium tangan orang lebih tua ketika bersalam
· Mengamalkan gotong-royong
· Mengamalkan perpaduan
Majlis yang diadakan oleh masyarakat Melayu mengikut Islam
· Majlis perkahwinan
· Majlis berkhatam/tamat membaca al-Quran
Pada pandangan anda. apakah usaha yang boleh dilakukan supaya nilai hidup yang dibawa Islam terus diamalkan dalam kalangan masyarakat di Malaysia?
· Melalui kempen
· Melalui didikan ibu bapa
· Melalui aktiviti sekolah/persatuan
· Pihak media massa memperbanyak program berkaitan
· Peranan sesebuah keluarga menghidupkan budaya ini
· Generasi muda mesti mempunyai jati diri yang kukuh
· Generasi muda mesti berbangga/tidak malu amalkan budaya ini
· Peranan pemimpin
Cara masyarakat Melayu tradisional laksanakan pendidikan tidak formal
· Pendidikan awal/ asuhan dalam institusi keluarga
· Penekanan kepada pengajaran nilai-nilai moral
· Pembelajaran melalui pendengaran/penglihatan/pemerhatian
· Ibu bapa ajar kemahiran menerusi pemerhatian dan latihan
· Dalam bidang pertanian/perikanan/kraf tangan/pertukangan
· Ibu bapa ajar hal-hal berhubung agama /kelakuan/ adat resam/ sikap bersopan santun /cara berkawan / jaga maruah
· Pembelajaran dibuat melalui cerita lisan / binatang/ jenaka
· Kanak-kanak pelajari pantang larang / adat istiadat melalui pergaulan sosial
· Kanak-kanak dinasihatkan tunduk/hulur tangan apabila lalu di hadapan orang
· menerusi pantun/ peribahasa / teka teki
· Pepatah Siakap senohong gelama ikan duri,bercakap bohong lama-lama mencuri
· memberi teladan dan pengajaran
Sistem pendidikan formal dalam masyarakat Melayu tradisional
· Sistem pendidikan yang berkaitan dengan keagamaan dijalankan secara langsung / melalui perantaraan institusi seperti di istana/ masjid/ rumah/ surau/ madrasah/ pondok
· Semua golongan terlibat tidak terhad kepada golongan atasan sahaja
· Pendidikan di rumah beri penekanan kpd pengajaran al-Quran
· dilakukan di rumah guru al-Quran/ tok guru
· murid terdiri dpd kanak-kanak berumur tujuh hingga 15 tahun
· Istana sebagai pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan
· ramai ulama dan pendakwah asing menetap di Melaka
· Istana tempat belajar tasawuf
· kitab al-Dur al-Manzum sebuah kitab tasawuf karangan Maulana Abu Bakar telah diarak hingga ke balairong Melaka
· istana juga menjadi tempat menyimpan buku hikayat
· Pendidikan di masjid / surau jadi pusat perkumpulan / pertemuan masyarakat / tempat kembangkan ilmu-ilmu Islam
· kanak diajar lebih formal / fikah/ tajwid/ cara bacaan dalam sembahyang/ pusat pengajian orang dewasa
· Pendidikan di pondok tekankan ilmu keagamaan
· sediakan pelajar sebagai guru agama/ berkhidmat dgn masyarakat
· pengajiannya tersusun / tiada batasan waktu pelajar
· mengambil masa yang panjang untuk tamat pengajian
· Sistem madrasah pelajarannya berdasarkan sukatan pelajaran
· dilaksanakan secara kelas
· pendidikan ikut tahap / tahap permulaan/ tahap pertengahan
· pendidikan ada pengkhususan diawasi mudir / guru besar diselia oleh sebuah lembaga/ jawatankuasa kewangan
Andaikan anda seorang pemimpin negara, apakah langkah yang akan diambil untuk melahirkan masyarakat berilmu ?
· Membina banyak sekolah
· Memastikan semua pelajar berpeluang belajar
· Beri bantuan kpd pelajar yang tidak mampu teruskan pelajaran
· Menyediakan kemudahan sistem maklumat / ICT
· Meluaskan penggunaan jalur lebar
· Membekalkan komputer kepada sekolah
· Membanyakkan institusi pengajian tinggi
Pada pandangan anda, apakah kepentingan bidang pendidikan untuk kegemilangan Negara dan bangsa Malaysia?
· Melahirkan manusia berakhlak mulia
· Melahirkan warganegara yang mematuhi undang-undang
· Mengukuhkan semangat patriotisme rakyat
· Mengukuhkan perpaduan antara kaum
· Meningkatkan taraf hidup penduduk
· Meningkatkan bilangan pekerja mahir
· Memajukan ekonomi Negara
· Memajukan teknologi canggih/inovasi
· Menguasai ilmu pengetahuan
Maksud sistem barter
· System tukar barang
Ciri-ciri mata wang tmah pada zaman Melaka
· Berbentuk bulat
· Berat 1 kati 8 tahil
· Nama sultan memerintah dicatat pada mata wang
· Tarikh Islam dicatat pada mata wang
Peraturan-peraturan cukai yang dikenakan pada zaman Melaka
· Pedagang diwajib bayar cukai barang yang didagang
· Cukai asas ialah cukai tetap / import
· Jumlah cukai ditentukan pemerintah
· Pedagang Arab/Ceylon/India/Siam/Pegu dikenakan cukai 6 %
· Pedagang Jepun / China cukai 5%
· Beras dan makanan tidak dikenakan cukai
· Urusan jual beli di bazar selepas cukai dibayar
· Orang asing dari Kepulauan Melayu kena cukaidiraja 3%
· Orang asing lain kena cukai diraja 6%
Pengagihan wang zakat melalui Baitulmal
· Pemberian kepada fakir
· Pemberian kepada miskin
· Pemberian kepada mualaf
· Pemberian kepada musafir
· Pemberian kepada orang berhutang
· Pemberian kepada amil
· Pemberian kepada fisabilillah
· Pemberian kepada hamba
Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan kerajaan menjadikan Negara ini sebagai pelabuhan utama dunia
· Bina institus pelaut
· Penambahan kemudahan pelabuhan
· Kemudahan baik pulih kapal
· Sediakan pusat kemahiran
· Sediakan kursus perkapalan di university
· Memajukan sektor perikanan
· Jalankan penyelidikan dan pembangunan
Tema 10 : Tamadun Eropah Perkembangan dan Kesannya
Maksudkan Zaman Gelap
· Zaman kemunduran Eropah
· kemerosotan dalam bidang keilmuan
· Mundur dalam perdagangan
· Mundur dalam kehidupan bandar / perbandaran
· pentadbiran yang lemah
· ekonomi yang lembap
· dikongkong oleh gereja
· Ciri Zaman Gelap di Eropah
· kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan , perdagangan, dan kehidupan di bandar
· Pentadbiran pusat yang lemah
· Kemunculan golongan baron (tuan tanah) yang berpengaruh
· Kelembapan dalam bidang ilmu pengetahuan
· Kegiatan ekonomi yang terhad
· Sifat gereja yang mengongkong
· Kemunculan sistem feudal
· Kehidupan kacau bilau / peperangan /
· petani mencari perlindungan daripada tuan-tuan tanah
Kedudukan gereja dalam masyarakat Eropah pada Zaman Gelap
· gereja amat berkuasa
· gereja memiliki hartanah yang banyak
· kegiatan gereja berfokuskan kegiatan amalan agama
· berfokus kepada pembelajaran keakhiratan sahaja
· gereja mengongkong kehidupan masyarakat
Sebab zaman pertengahan kegiatan perdagangan tidak meluas
· Aktiviti perdagangan diganggu orang gasar seperti Viking dan Magyar
· Kawasan Mediterranean dikuasai oleh orang-orang Islam
· Memberi tumpuan kepada kegiatan pertanian
· Kegiatan perdagangan terhad kpd perniagaan barangan pertanian
· Aktiviti perniagaan dikendalikan menerusi sistem barter
· Penggunaan mata wang amat terhad
· Orang Eropah tidak berdagang ke Timur Jauh
Mengapakah sistem feudalisme di Eropah mempunyai persamaan dengan ciri-ciri feudalisme dalam Kesultanan Melayu Melaka?
· Terdiri daripada golongan pemerintah ( raja ) dan golongan yang diperintah ( rakyat )
· Raja memiliki tanah secara mutlak
· Pentadbirannya dibantu oleh pembesar
· Raja kurnia tanah kepada pembesar untuk ditadbir
· Pembesar mendapat naungan / perlindungan daripada raja
· Pembesar beri khidmat tenaga dan cukai kepada Raja
· Golongan hamba memberi khidmat tenaga kepada golongan pembesar
Peraturan pemilikan tanah sebelum kedatangan British
· Pemilikan dan penggunaan tanah bukan persoalan utama
· Kawasan tanah luas
· Kepadatan penduduk rendah
· Segala urusan tanah / bayaran cukai/ aktiviti ekonomi mestilah dapat kebenaran pembesar Melayu
· Tanah merupakan sumber ekonomi
· Tanah tunggak kuasa politik
· Tanah cermikan kedudukan sosial pembesar Melayu
· Tanah akan jadi milik seseorang yg teroka/ kerjakan tanah tersebut.
· Tanah tersebut boleh diwarisi oleh generasi yang terkemudian.
Sebab British perkenalkan peraturan tanah di Tanah Melayu
· Sistem pemilikan tanah orang Melayu tak sesuai dengan sistem tanah di Barat.
· Sistem tanah tersebut tiada rekod dan catatan
· Tiada bukti untuk sahkan hak tanah tersebut
· Untuk mudahkan urusan pentadbiran / urusan cukai / urusniaga
· Tanah boleh dicagar bagi dapatkan modal
· Pemilikan tanah jadi tunjang dalam sistem ekonomi penjajah
· Sistem ini mudahkan pentadbiran
· Sistem ini wujudkan pembangunan ekonomi
Dasar British dalam sistem pemilikan dan penggunaan tanah di T.Melayu
· Wujud rekod bertulis untuk mengesahkan hak pemilikan
· Undang-undang tanah berkonsepkan Barat
· British bahagikan tanah mengikut kegunaan/nilai komersial
· Ada kategori tanah seperti tanah ladang/peribumi/lombong
· Tanah dikenakan cukai mengikut jenis tanah
· Untuk usahakan tanah mesti buat permohonan di pejabat tanah
· Untuk kutip sumber hutan mesti dapat kebenaran Pejabat Tanah
· Residen berkuasa memberikan konsesi tanah kepada pemodal
· British juga perkenalkan Akta Tanah Simpanan Melayu 1913
· Residen berkuasa isytihar mana-mana tanah orang Melayu sebagai TSM
· TSM tidak boleh dijual/dipajakgadai/ditukar milik dgn bukan Melayu
· TSM tidak boleh ditanam tanaman komersial
· Kebanyakan TSM tidak subur
Sebab British perkenal Enakmen Tanah Padi 1917 terhadap pekebun kecil Melayu?
· Mahu kekalkan Melayu sebagai petani
· Larang tanam getah di kawasan penanaman padi
· Kurangkan jumlah pekebun kecil Melayu dalm penanaman getah
· Elakkan pergantungan beras yang diimport
· Bekalan/mport beras dari luar negara tidak sentiasa terjamin
· Tanah Melayu pernah alami kekurangan beras apabila
· Myanmar menghadapi kekurangan pengeluaran
· British mengutamakan ekonomi mereka
· British mengutamakan ekonomi peladang besar/komprador
Pada pengetahuan sejarah anda, apakah kesan dasar kerajaan British terhadapa orang Melayu?
· Terpaksa membayar cukai
· Tidak bebas mengusahakan/memiliki tanah
· terdedah dengan ekonomi wang
· terpaksa bergantung dengan orang tengah untuk pinjam wang
· Terpaksa jual tanah untuk melangsaikan hutang
· kekal miskin/sebagai petani
· Pekebun kecil Melayu terpinggir dpd aliran/kemajuan ekonomi
· tidak berpeluang terlibat dengan ekonomi moden
· gagal bersaing dalam ekonomi
· Dasar tanah British menyulitkan orang Melayu
Sebagai seorang rakyat Malaysia, Mengapa kita perlu memper-tahankan hak milik tanah yang kita miliki daripada terlepas ke tangan orang asing?
· Tanah merupakan sumber ekonomi negara
· Kekalkan kedaulatan Negara
· Jamin kekayaan sama rata
· Kekalkan hak warisan bangsa
Sebab-sebab kedatangan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu.
· kepesatan sektor pertanian/ perladangan getah/ perlombongan bijih timah
· berlaku masalah kekurangan buruh
· Dasar penjajahan British menggalakkan penghijrahan
· kedatangan mereka tidak ditentang oleh orang Melayu
· wujudnya hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India
· kemakmuran ekonomi Tanah Melayu
· kestabilan politik di Tanah Melayu
· kekayaan sumber alam
· kemiskinan / bencana alam di negara asal
· peluang pekerjaan di Tanah Melayu
Cara kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu
(i) Buruh dari China.
· Sistem Tiket Kredit
· Imigran dikumpul dari kampung2 di negeri China oleh Kheh-thau(ketua)
· Ketua dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran yang dibawa
· Bakal imigran dikenali sin-kheh
· Imigran diletak bawah pengawasan nakhoda kapal / agensi buruh
· Sin kheh perlu buat perjanjian lisan / bertulis untuk jelaskan hutang bekerja dengan majikan berkenaan dalam tempoh tertentu
· Mereka dibekal tiket menentukan pelabuhan yang mereka tujui
· keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang
· apabila sampai di pelabuhan imigran akan diambil pemborong buruh/ orang tengah untuk mendapatkan majikan
· Sistem Pengambilan Kakitangan
· majikan yang perlukan buruh akan hantar pegawainya ke China
· tambang dan perbelanjaan buruh dibiayai majikan
· Pegawai bertjawab iringi buruh hingga sampai ke tempat majikannya
· Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
· pengambilan buruh dilakukan pegawai di China yang dilantik sesebuah rumah kongsi
· pegawai biayai perbelanjaan buruh hingga sampai ke tempat majikan
· bayaran dalam kadar tertentu dibuat apabila buruh sampai ke rumah kongsi
· Kemasukan buruh secara berkumpulan
· kemasukan imigran China berketurunan Foochow ke Sarawak
· wujud persetujuan antara Ketua Foochow di Sibu, dengan Chales Brookes
· kemasukan mereka ditaja oleh Charles Brooke melalui syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura
· Imigran diperlukan untuk usaha tanah dan bangunkan sektor pertanian gambir dan lada
ii. Buruh dari India
· Sistem Buruh Bebas
· imigran datang sendiri dengan biayaan masing-masing
· kedatangan mereka diatur kumpulan tertentu atas kepentingan ekonomi
· mereka bebas pilih tempat dan pekerjaan yang dikehendaki
· Sistem kontrak
· majikan akan biayai tambang imigran ke Tanah Melayu
· sebagai balasan, buruh tersebut akan bekerja dengannya untuk jangka masa tertentu
· berlaku pemerasan dan penindasan terhadap buruh
· sistem ini diganti dengan sistem kanggani melalui Undang-Undang Tabung Imigran India
· Sistem Kanggani
· bermaksud ketua / tandil / mandur
· kanggani diberikan kepercayaan oleh majikan/diberi lesen
· kanggani akan dihantar ke India untuk cari tenaga buruh
· Kanggani diberi wang pendahuluan utk biayai perbelanjaan buruh
· Sistem ini jadikan kanggani sebagai pengurus agensi bawa masuk buruh asing
· sistem in diharamkan kerana wujudnya penyelewengan oleh kanggani itu sendiri.
Pada pendapat anda, apakah kesan kehadiran buruh asing ke Tanah Melayu pada ketika itu?
· pembentukan masyarakat pelbagai kaum
· penempatan berbeza
· orang Melayu tinggal di kampung / di luar bandar
· orang India di estet / ladang
· orang Cina di lombong / bandar
· pekerjaan berbeza mengikut fungsi ekonomi
· orang Melayu bertani / miskin
· orang India menjadi buruh
· orang Cina menjadi peniaga / bekerja di lombong
· bahasa pertuturan yang berbeza
· tidak terdapat kesepaduan di kalangan penduduk
· interaksi/ hubungan sosial yang tidak meluas
· menyulitkan proses perpaduan nasional
· sistem pendidikan yang berbeza / sistem vernakular
· Meningkatkan/ mengembangkan ekonomi
· wujud perbezaan / jurang sosial
· memajukan sektor perladangan/ perlombongan
· pertambahan penduduk
Kemasukan imigran Cina dan India telah mewujudkan masyara-kat berbilang kaum di Malaysia hari ini. Cadangkan lima cara perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia dapat dipupuk.
· Sukatan pelajaran sekolah yang sama
· Penubuhan sekolah wawasan
· Sekolah satu aliran / aliran kebangsaan
· Pengamalan kebudayaan kebangsaan
· Amalan budaya dan agama yang berbeza dihormati
· Menggalakkan budaya rumah terbuka / perayaan raya bersama
· 1Malaysia
· Sukan untuk semua
· Program Latihan Khidmat Negara / PLKN
· Amalan gotong-royong dan Rukun Tetangga
· Melalui subjek Sejarah / Pendidikan Moral / Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
· Perkahwinan antara kaum digalakkan
Perkembangan mata wang di Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga awal kurun ke-20.
· semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah
· jenis mata wang emas / perak / timah dikeluarkan
· mata wang telah melicinkan urusan perdagangan
· mata wang timah berbentuk bulat
· mata wang timah itu seberat satu kati lapan tahil
· nama sultan / tarikh Islam dicatat pada mata wang
· mata wang asing juga digunakan
· mata wang asing boleh ditukar dengan mata wang tempatan spt mata wang Pasai / Hormuz / Cambay
· terdapat pelbagai jenis mata wang primitif
· Dinar emas / kijang di Kelantan
· wang emas / kupang emas di Terengganu.
· jongkong tampang di Pahang
· wang timah / wang katun / wang emas/kupang emas di Johor
· wang timah ayam jantan di atas cincin / wang emas di Kedah
· pada masa ini pedagang Eropah menggunakan wang perak
· pedagang India / China / Arab menggunakan wang emas
· Mata wang Eropah spt mata wang perak Sepanyol
· mata wang ini bertahan selama 300 tahun
· digunakan di Negeri-Negeri Melayu / Negeri Selat dikeluarkan oleh Lembaga Pesuruhjaya Wang yang ditubuhkan pada 1897
· wang dikeluarkan bagi negeri-negeri Selat di bawah Ordinan X III
· wang kertas , hanya mata wang kertas sahaja yg sah digunakan
· untuk perdagangan di Negeri-Negeri Selat
Peranan institusi kewangan sehingga awal abad ke-20 di TMelayu
· Sediakan kemudahan pinjaman kepada pelabur
· Majukan dan pesatkan lagi industri getah dan bijih timah
· Perkenal sistem kewangan moden yg berorientasikan keuntungan
· Memperkenalkan kadar faedah yang tinggi
· Dana dari luar disalurkan terus ke TMelayu dgn lebih mudah/cepat
· Bank bertindak sebagai agen pembayar kepada pengimport dan pengeksport
· Jadikan urusan perniagaan antarabangsa bertambah licin
· Pedagang tempatan boleh mendapatkan perkhidmatan bank Eropah melalui orang tengah (komprador).
· Komprador menjadi penaja kepada peminjam
· Operasi bank dipantau oleh pihak pemerintah agar dapat menjana perkembangan sektor ekonomi negara
Berdasarkan pengetahuan anda, apakah fungsi wang?
· Kuasa membeli
· Lambang status
· Keperluan hidup
· Penjagaan kesihatan
· Peluang pendidikan
· Keselesaan hidup
· Keharmonian rumahtangga
· Memenuhi kehendak