Fokus utama penerapan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik dalam mata pelajaran Sejarah adalah untuk membentuk warganegara seperti berikut:
1. Mendukung Prinsip dan Nilai Demokrasi
(i) mentaati raja dan pemimpin negara
(ii) mematuhi undang-undang dan peraturan
(iii) menyanjungi corak pemerintahan dan prinsip demokrasi
(iv) mempertahankan dan menjunjung perlembagaan negara
2. Mempunyai Keterikatan Emosi kepada Negara
(i) bertindak wajar
(ii) bersifat amanah dan jujur
(iii) berlaku adil dan bertimbang rasa
(iv) berbangga dengan sejarah negara
(v) berbangga dengan tradisi dan budaya bangsa
(vi) bersyukur sebagai warganegara Malaysia
(vii) menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara
3. Mempunyai Perasaan Kekitaan
(i) hormat menghormati
(ii) bertoleransi
(iii) bersatu padu dan berharmoni
(iv) bersefahaman dan bermuafakat
(v) bekerjasama dan tolong menolong
(vi) muhibah dan semangat bermasyarakat
(vii) berganding bahu membangunkan negara
(viii) kesedaran memelihara alam sekitar
4. Mengukuhkan Semangat Patriotik
(i) hormat lambang-lambang negara
(ii) bertanggungjawab kepada bangsa dan negara
(iii) berani mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara
(iv) berkorban untuk negara
5. Mempunyai Jati Diri
(i) kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
(ii) berilmu dan berketrampilan
(iii) berakhlak dan berbudi pekerti mulia
(iv) rajin dan gigih
(v) keterlibatan diri dalam pembangunan negara
(vi) tabah menghadapi cabaran
(vii) berdikari
(viii) menghargai masa
(ix) kreatif dan inovatif
Tuesday, 27 August 2019
Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)
1. Memahami Kronologi – urutan waktu dan peristiwa sejarah. Murid dididik dengan kemahiran memahami tempoh masa (periodisasi) merujuk kepada kemajuan sesebuah tamadun.
2. Meneroka Bukti – melibatkan kemahiran mengenal pasti dan membuat kaji banding antara sumber primer dengan sumber sekunder untuk mendapatkan maklumat sejarah. Kemahiran ini dapat menjana pemikiran sejarah dan pemahaman sejarah serta sifatnya yang interpretatif. Sumber-sumber tersebut diperoleh melalui kaedah lisan, kaedah bertulis dan kaedah arkeologi.
3. Membuat Interpretasi – membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa dengan memberi ulasan berdasarkan bukti. Murid dapat mengetahui perbezaan tafsiran dan perspektif yang wujud dalam kalangan sejarawan. Di samping itu, murid dapat membezakan fakta sejarah dengan tafsiran sejarah.
4. Membuat Imaginasi – usaha melibatkan murid dengan sesuatu situasi dalam peristiwa sejarah. Kemahiran imaginasi diperoleh secara visual dan empati.
5. Membuat Rasionalisasi – melibatkan penggunaan akal fikiran dan membuat pertimbangan yang wajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Usaha ini memerlukan kemahiran murid untuk membuat hipotesis, mengumpul maklumat, menentukan bukti yang signifikan dan membuat inferens daripada maklumat yang dikumpul.

Thursday, 25 July 2019
Thursday, 30 May 2019
Wednesday, 8 May 2019
Batu Seremban
Permainan Batu Seremban dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat.
Knucklebones, also known as Tali, Fivestones, or Jacks, is a game of ancient origin, usually played with five small objects, or ten in the case of jacks.
Di Nepal dikenali sebagai Astragaloi
Di India dikenali sebagai Gutte
Subscribe to:
Posts (Atom)
Sejarah Tahun 4: Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
Copy of Aktiviti Seret dan Lepas Interaktif Sejarah Tahun 4: Kesultanan Melayu Melaka by Cikgu Sarah
-
Soalan umum Nasionalisme adalah suatu usaha untuk membebaskan diri daripada tekanan pihak penjajah. Penentangan terhadap penjajah di Mal...
-
KERTAS 3 TAHUN 2014 TEMA UMUM Pembinaan Negara dan Bangsa Ke arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat. Selepas pembentukan Malaysi...
-
1. Memahami Kronologi – urutan waktu dan peristiwa sejarah. Murid dididik dengan kemahiran memahami tempoh masa (periodisasi) merujuk kepada...