Adakah anda cenderung untuk mudah lebam dan mempunyai masalah menghentikan luka pendarahan? Atau mungkin kerap mengalami hidung berdarah atau gusi berdarah? Jika ya, anda mungkin mempunyai masalah bacaan platelet yang rendah.
Mempunyai bacaan platelet yang rendah dikenali juga sebagai "thrombocytopenia". Ia boleh menyebabkan masalah dalam pembekuan darah yang normal kesan daripada kekurangan thrombocytes iaitu sel-sel darah yang tidak berwarna yang dihasilkan oleh sum-sum tulang.
Thrombocytes bertanggungjawab membantu dalam pembentukan darah beku dalam arteri / urat dan menghentikan pendarahan. Keadaan platelet yang rendah meletakkan seseorang pada risiko yang lebih tinggi untuk pendarahan dalaman atau masalah pembekuan darah lain dan juga masalah berkaitan saluran darah. Jadi, jika masalah ini tidak dirawat sebetulnya ianya boleh mengganggu kualiti hidup seseorang.
TANDA-TANDA DAN GEJALA INDIVIDU DENGAN BACAAN PLATELET RENDAH
Tanda-tanda dan gejala yang biasanya dialami individu dengan masalah platelet yang rendah termasuklah:
pendarahan dari luka tanpa henti untuk tempoh yang lama
Mudah alami lebam atau lebam berlebihan (dipanggil Purpura, yang kelihatan sebagai tanda ungu, biru atau coklat di bawah kulit)
Pendarahan di bawah kulit yang kelihatan sebagai ruam bintik kecil (petechiae), cenderung untuk berlaku di bahagian kaki
Pendarahan gusi dan penyakit gusi (ini boleh berlaku semasa anda memberus gigi anda atau masa yang lain)
mengalami hidung berdarah
terdapat darah dalam air kencing atau najis (najis boleh kelihatan seperti darah merah atau warna hitam-kelabu gelap)
Mempunyai aliran haid yang banyak
Sering rasa letih dan penat
Kerap alami sakit kepala
Berlakunya pembesaran limpa, yang boleh menyebabkan kesakitan di bahagian perut
Warna kuning pada kulit (jaundis)
Buat temujanji dengan doktor anda jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda amaran yang membimbangkan anda. Pendarahan yang tidak berhenti adalah satu kecemasan perubatan. Dapatkan bantuan segera jika anda mengalami pendarahan yang tidak boleh dikawal dengan teknik-teknik pertolongan cemas biasa, seperti mengenakan tekanan ke kawasan pendarahan.
BAGAIMANA BACAAN PLATELET MENJADI RENDAH?
Platelet dalam darah sentiasa diperbaharui oleh sum-sum tulang, dan bacaannya kekal normal dan konsisten sepanjang proses pengeluaran dan kemusnahan. Individu yang sihat, plateletnya akan mati selepas kira-kira 10 hari, dan seterusnya akan digantikan dengan yang baru. Tetapi untuk individu dengan platelet rendah, platelet dihasilkan mungkin kurang, atau kadar kematian platlet yang lebih cepat antara penyebab bacaan platelet menjadi tidak normal.
Sum-sum tulang adalah tisu seperti span di dalam tulang, yang mengandungi sel-sel yang sangat penting dipanggil sel stem. Sel stem matang dan berkembang menjadi pelbagai jenis sel darah, termasuk sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet. Seseorang yang mengalami kerosakan kepada sel stem dalam sumsum tulang tidak dapat menghasilkan sel-sel darah dan platelet yang diperlukan untuk pembekuan darah. Individu dengan bacaan platelet darah yang normal mempunyai antara 150,000-450,000 platelet setiap microliter peredaran darah, tetapi mereka yang mempunyai kiraan platelet rendah boleh mempunyai bacaan lebih rendah dari yang normal.
Terdapat beberapa faktor yang dikatakan sebagai penyebab kepada masalah platelet rendah, termasuklah:
1. Pembesaran limpa - Limpa membantu melawan jangkitan dan membersihkan darah, jadi penyakit yang menyebabkan pembesaran limpa boleh menyebabkan terlalu banyak platelet terperangkap di dalam semasa badan cuba untuk melawan bakteria atau virus.
2. Reaksi kepada ubat-ubatan: pengeluaran Platelet boleh berubah disebabkan oleh penggunaan ubat-ubatan, termasuk diuretik, NSAID ubat-ubatan anti-radang dan antibiotik, atau kerap mengambil ubat penahan sakit biasa seperti ibuprofen dan aspirin.
3. Penyakit autoimun: Penyakit seperti lupus dan artritis reumatoid menyebabkan sistem imun tersilap menyerang dan memusnahkan platelet. Ini dipanggil thrombocytopenia imun atau ITP
4. Alkohol: Alkohol memperlahankan pengeluaran platelet dan menjadi masalah lebih besar bila ia diambil secara berlebihan, terutamanya jika diet seseorang juga rendah dengan nutrien.
5.diet yang tidak seimbang dan kekurangan nutrien: nutrien tertentu yang diperlukan untuk menghasilkan platelet yang mencukupi, termasuklah zat besi, vitamin B12 dan folat. Kekurangan nutrien ini boleh mengubah kadar penghasilan platlet dan keupayaan platlet untuk mampu bertahan untuk tempoh masa yang normal.
6.Jangkitan dan virus: Jangkitan bakteria yang teruk yang melibatkan darah boleh menjejaskan pengeluaran platelet. Virus yang dapat mengubah cara platelet diperbaharui termasuklah denggi, cacar air, beguk, rubella, hepatitis, HIV / AIDS dan virus tertentu yang jarang ditemui. Kebanyakan virus biasa hanya mengubah platelet darah buat sementara waktu, tetapi sesetengah virus yang serius seperti AIDS boleh menyebabkan kerosakan kekal.
7.pendedahan toksin dari alam sekitar: Bahan kimia yang biasa ditemui dalam alam sekitar, termasuk racun perosak, arsenik dan benzena, semua boleh melambatkan penghasilan platelet.
8.Kehamilan: terdapat wanita hamil yang melalui pengalaman pengeluaran platelet yang perlahan, tetapi ia biasanya tidak membahayakan dan akan hilang selepas bayi dilahirkan. Anggaran menunjukkan bahawa kira-kira 5 peratus daripada wanita hamil mengalami thrombocytopenia ringan semasa kehamilan mereka.
9.Genetik: terdapat keadaan tertentu yang diwarisi dari keluarga menyebabkan bacaan platelet rendah, termasuk Wiskott-Aldrich dan sindrom Mei-Hegglin.
10. Kanser : Leukemia atau limfoma secara langsung merosakkan sum-sum tulang dan memusnahkan sel-sel stem darah, dan rawatan kanser yang paling biasa (radiasi dan kemoterapi) juga memusnahkan lebih banyak sel stem.
11. Anemia aplastik: Apabila sum-sum tulang berhenti mengeluarkan sel-sel darah baru yang cukup, ia menyebabkan kiraan platelet yang rendah. keadaan ini dipanggil anemia aplastik.
CARA MENGATASI MASALAH PLATELET DARAH RENDAH
Bila anda telah disahkan mempunyai masalah platlet rendah, beberapa cara berikut dapat membantu menaikkan kembali bacaan platlet, mengawal simptom dan mencegah sebarang komplikasi penyakit.
1. PERBAIKI DIET ANDA
Kekurangan Vitamin B12 atau folat boleh menyebabkan platelet darah rendah. Jadi, tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan nutrien ini. Sumber terbaik vitamin B12 termasuklah daging, hati ayam, salmon, tuna, yogurt dan ayam belanda manakala sumber folat termasuklah kacang. kacang merah, bayam, asparagus, avokado dan bit.
Selain daripada mendapatkan B12 dan folat yang mencukupi, tumpukan kepada diet yang seimbang untuk meningkatkan imuniti terhadap virus atau jangkitan dan membantu organ-organ anda menyahtoksik badan anda daripada sebarang bahan kimia. buah-buahan dan sayur-sayuran segar sangat penting bagi memenuhi keperluan nutrien anda, termasuklah sayur-sayuran berdaun, buah-buahan, herba segar dan rempah.
2. KURANG ATAU ELAK ALKOHOL DAN MINUMAN BERGULA
Pengambilan alkohol mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mempunyai bacaan platelet rendah kerana alkohol melambatkan pengeluaran platelet. Minuman bergula dan diproses juga disarankan untuk dikurangkan pengambilannya kerana ia cenderung untuk mempunyai banyak bahan kimia yang juga boleh mengganggu pengeluaran platelet normal.
3. KURANGKAN TERDEDAH KEPADA BAHAN KIMIA
Bahan kimia seperti racun perosak yang terdapat di dalam produk bukan organik, merkuri daripada makanan laut tertentu, arsenik dan benzena, boleh memperlahankan pengeluaran platelet. Tips untuk membantu anda mengurangkan pendedahan kepada bahan kimia berbahaya termasuk:
beli sayuran, buahan dan makanan organik jika boleh
gunakan produk pembersihan semula jadi dan produk kecantikan yang dibuat dengan minyak pati dan bukannya bahan-bahan sintetik
cat rumah anda dengan cat 'low volatile'.
tanam sendiri sayuran menggunakan baja organik
elakkan pembakaran semburan kimia, wangian atau lilin
gunakan bekas kaca atau seramik untuk menyimpan sisa makanan dan bukannya yang dibuat dengan plastik atau BPA aluminium toksin, dan jangan sesekali memanaskan makanan dalam plastik
elakkan makan ikan besar yang tinggi merkuri (seperti tuna besar, jerung atau ikan todak), dapatkan tampalan merkuri atau tampalan amalgam pada gigi anda, atau gunakan termometer merkuri
4. KURANGKAN ATAU HENTIKAN PENGAMBILAN UBAT TAHAN SAKIT
Ubat penahan sakit seperti aspirin dan ibuprofen boleh nipiskan darah dan memberi kesan kepada tahap platelet anda. Walaupun ubat-ubatan ini mengurangkan kesakitan, iajuga boleh meningkatkan risiko gangguan pendarahan apabila digunakan terlalu kerap. Berapa banyak yang dikatakan terlalu banyak? Ia bergantung kepada individu itu, tetapi jika anda bergantung kepada ubatan ini hampir setiap hari anda mungkin mengalami beberapa kesan sampingan yang buruk. Untuk membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan secara semulajadi, anda boleh tingkatkan diet harian, bersenam dan mengambil suplemen anti-radang seperti minyak ikan omega-3, kunyit, Boswellia dan minyak pati pudina.
5. AMBIL SUPLEMEN TERTENTU
Selain daripada vitamin B12 dan folat yang dapat membantu mencegah kekurangan platlet, dan anti-inflamasi untuk mengawal kesakitan, individu dengan kiraan platelet rendah juga boleh mendapat manfaat daripada mengambil nutrien berikut:
Vitamin D memainkan peranan penting dalam fungsi sel-sel stem hematopoietic dalam sum-sum tulang yang menghasilkan platelet, di samping dapat membantu mengawal penyakit autoimun. Sumber terbaik Vitamin D adalah dari cahaya matahari.
Vitamin K diperlukan untuk pembekuan darah yang betul, mempunyai ciri-ciri anti-radang dan membantu mengawal gangguan pendarahan. Jadi banyakkan pengambilan makanan kaya dengan vitamin K.
sayur-sayuran laut (klorofil / alga / rumpai laut) membantu mengikat logam berat, boleh meningkatkan imuniti dan membekalkan banyak nutrien untuk individu yang cenderung untuk mempunyai masalah platlet rendah.
6. LINDUNGI DIRI DARI SEBARANG KECEDERAAN ATAU JANGKITAN
Bagi individu yang telah didiagnosis dengan kiraan platelet rendah, mengelakkan diri dari kecederaan dan jangkitan adalah penting, kerana kedua-duanya boleh memburukkan tindak balas autoimun, pembesaran limpa dan mencetuskan pendarahan yang berlebihan.
Kebanyakan pakar mengesyorkan bahawa individu dengan kiraan platelet rendah mengelakkan sukan yang melibatkan persentuhan, seperti tinju, bola sepak, bermain ski atau karate, yang boleh menyebabkan pendarahan. Lindungi limpa anda dengan mengelakkan diri dari pendedahan kepada jangkitan dan virus. sebagai contoh jauhkan diri daripada ahli keluarga atau rakan sekerja yang sedang sakit.
No comments:
Post a Comment