BAHAGIAN A : Jawab semua soalan.
1.
Apakah sumbangan penting tamadun Mesir Purba kepada
ketamadunan manusia?
A.
Perancangan bandar
B.
Penciptaan kertas
C.
Pembinaan piramid
D.
Pengangkutan beroda
2.
Senarai berikut merupakan bandar terancang yang terkenal
dari Tamadun Indus.
·
Mohenjo-Daro
·
Harappa
Apakah faktor yang membolehkan tamadun Indus membina bandar yang terancang?
A.
Kepakaran ilmu geometri
B.
Kemajuan bidang pertanian
C.
Kemajuan bidang pelayaran
D.
Kebijaksanaan pemerintah
3. Sistem
pendidikan di Athens menitikberatkan aspek berikut.
·
Muzik
·
Seni berpidato
·
Kesusateraan
Apakah tujuan pendidikan tersebut?
A.
Memupuk semangat patriotisme
B.
Menghasilkan pemimpin yang berwibawa
C.
Membentuk individu yang seimbang
D.
Melahirkan warganegara yang berani
4.
Apakah matlamat penubuhan sresthin di India?
A.
Menjamin hak majikan
B.
Memupuk kesetiaan pekerja
C.
Mengawal kadar gaji pekerja
D.
Mengurangkan had masa bekerja
5.
Rakyat tidak berani menderhaka kepada raja walaupun raja
itu zalim dan tidak adil.
Mengapakah
wujudnya keadaan sedemikian dalam kerajaan awal?
A.
Raja berkuasa mutlak
B.
Raja amat berpengaruh
C.
Kepercayaan raja ialah bayangan tuhan
D.
Kepercayaan raja memiliki kuasa sakti
6.
Pada zaman kerajaan awal, agama Hindu dan Buddha telah
mempengaruhi masyarakat Asia Tenggara dalam pelbagai aspek.
Apahak
pengaruhnya dalam sistem pemerintahan kerajaan awal?
I.
Konsep dewa raja
II.
Upacara pertabalan raja
III.
Pemilihan raja melalui Majlis Tertinggi
IV.
Perlantikan pegawai kerajaan melalui peperiksaan awam
A.
I dan II
B.
I dan IV
C.
II dan III
D.
III dan IV
7.
Apakah faktor yang mendorong masyarakat Arab Jahiliah
mengamalkan perkara berikut?
·
Menuntut bela
·
Mempertahankan maruah diri dan kabilah
A.
Semangat kabilah
B.
Semangat assabiah
C.
Perasaan cinta akan tanah air
D.
Pengaruh negara-negara jiran
8.
Pemimpin-pemimpin Quraisy di Makkah menentang ajaran yang
disampaikan oleh Nabi Muhammad saw secara berterusan.
Apakah
kesan tindakan mereka terhadap Nabi Muhammad saw?
A.
Penghijrahan ke Habsyah
B.
Penyebaran Islam tersekat
C.
Pengikut baginda bertambah
D.
Perjanjian damai ditandatangani
9.
Jadual berikut berkaitan dengan Perjanjian Aqabah
Tahun
|
Perjanjian
|
621 M
|
Perjanjian
Aqabah Pertama
|
622 M
|
Perjanjian
Aqabah Kedua
|
Apakah
kesan penting perjanjian tersebut?
A.
Islam diiktiraf oleh orang Quraisy
B.
Madinah menjadi pusat perdagangan
C.
Orang Makkah berhijrah ke Madinah
D.
Madinah menjadi tapak penyebaran Islam yang baru
10.
Sebelum seseorang itu dilantik sebagai khalifah, upacara
baiah diadakan.
Apakah
yang dimaksudkan dengan baiah?
A.
Pemilihan khalifah
B.
Pertabalan khalifah
C.
Perakuan sumpah taat setia
D.
Perundingan para pemimpin
11.
Khalifah Harun al-Rasyid menubuhkan baitulhikmah di
Baghdad.
Apakah
fungsi baitulhimah?
A.
Menguruskan kewangan
B. Menjalankan
kegiatan intelektual
C. Mengendalikan
urusan pentadbiran
D. Menjalankan
kegiatan perdagangan.
12.
Kedatangan Islam meninggalkan kesan yang mendalam dalam
kehidupan masyarakat Melayu. Apakah kesan tersebut?
I.
Penggunaan tulisan Jawi
II.
Kewujudan sekolah pondok
III.
Penghapusan amalan tradisi
IV.
Kewujudan masyarakat majmuk
A.
I dan II
B. I dan IV
C. II dan
III
D. III dan
IV
13. Senarai
berikut merupakan bandar-bandar yang muncul di Itali
·
Genoa
·
Venice
·
Florence
Apakah
faktor yang membawa kepada kemunculan
bandar-bandar tersebut?
A. Pertambahan
penduduk
B. Pembentukan
sistem feudal
C. Peningkatan
kegiatan pertanian
D. Perkembangan
perdagangan antarabangsa
14. Apakah
faktor yang menyebabkan British mengubah struktur ekonomi peribumi di Tanah
Melayu?
A. Meningkatkan
pertumbuhan bandar
B. Memenuhi
keperluan industri perkilangan
C. Menyediakan
lebih banyak peluang pekerjaan
D. Meningkatkan
taraf hidup penduduk peribumi
15. Akta
tanah berikut telah diluluskan oleh British pada 25 November 1913.
·
Akta Tanah Simpanan Melayu
Bagaimanakah akta
tanah tersebut memanfaatkan orang Melayu?
A. Mengekalkan
hak milik
B. Menjalankan
ekonomi sara diri
C. Menanam
pelbagai jenis tanaman
D. Melibatkan
diri dalam ekonomi dagangan
16. Apakah
matlamat utama dasar imperialisme Barat di Asia Tenggara?
A. Menguasai
ekonomi
B. Menyebarkan
agama
C. Mengembangkan
budaya
D. Menguasai
sistem politik
17. Birokrasi
Barat yang diperkenalkan di Thailand adalah berbeza daripada negara-negara lain
di Asia Tenggara. Apakah perbezaan tersebut?
A. Diketuai
oleh Gabenor Jeneral
B. Sistem
pentadbiran beraja dihapuskan
C. Setiap
jabatan diketuai oleh orang Barat
D. Diperkenalkan
sendiri oleh Raja Thailand
18. Mengapakah pihak penjajah menganggap penerbitan akhbar
berikut ebagai ancaman terhadap mereka?
·
Warta Malaya
·
Tribune Indigene
A. Menuntut
kemerdekaan
B. Menyebarkan
idea nasionalis
C. Mendedahkan
kebebasan orang Barat
D. Membincangkan
sistem sosial tempatan
19. Antara berikut,
yang manakah berkaitan perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara pada tahap
kedua?
A. Bersifat
setempat
B. Bersifat
sederhana
C. Bertolak
ansur dengan pemerintah
D. Bertujuan
untuk mencapai kemerdekaan
20. Tokoh
berikut menubuhkan Parti Rakyat pada tahun 1932.
·
Nai Pridi Panomyang
·
Field Marshall Phibul Songram
Apakah
yang diperjuangkan oleh parti tersebut.
A. Menentang
demokrasi
B. Penentangan
terhadap raja berkuasa mutlak
C. Memperjuangkan
pendidikan Barat
D. Membentuk
pemerintahan baru
BAHAGIAN B : Jawab semua soalan.
1.
Dalam tamadun China, masyarakat menghargai pendidikan,
perniagaan dan kesusasteraan.
a)
Terangkan tiga peringkat pendidikan di China.
i.
………………………………………………………………………………..
ii.
..........………………………………………………………………………...
iii.
..................................................................................................................
(3
markah)
b)
Apakah tujuan utama peperiksaan awam kerajaan diadakan di
China.
........................…………………………………………………………………............
(1 markah)
c)
Namakan
tiga tahap peperiksaan awam kerajaan di China
i.
.....………………………………………………………………….............
ii.
………………………………………………………………………...........
iii.
...……………………………………………………………………...........
(3
markah)
d)
Apakah
langkah-langkah yang diambil untuk mengelakkan calon-calon peperiksaan awam
kerajaan supaya tidak meniru semasa peperiksaan dijalankan?
i.
...……………………………………………………………………............
ii.
...…………………………………………………………………….............
(2 markah)
e)
Pada pendapat anda, mengapakah pendidikan diutamakan oleh
masyarakat sesebuah tamadun?
........................................................................................................................................
(1 markah)
2.
Kedua-dua
tokoh berikut telah membawa pembaharuan di Thailand
·
Raja Mongkut
·
Raja Chulalongkorn
a) Nyatakan sistem birokrasi Barat yang
diperkenalkan oleh Raja Mongkut.
i.
..................................................................................................................
ii.
..................................................................................................................
[2 markah]
b) Jelaskan pembaharuan yang
diperkenalkan oleh Raja Chulalongkorn dalam system pentadbiran Thailand.
.
i.
...................................................................................................................
ii.
...................................................................................................................
[2 markah]
c) Apakah sebab berlakunya gerakan
nasionalisme di Thailand pada tahap pertama?
i.
....................................................................................................................
ii.
....................................................................................................................
[2 markah]
d) Apakah pembaharuan yang diperkenalkan
oleh Phibul Songram di Thailand?
i.
....................................................................................................................
ii.
....................................................................................................................
[2 markah]
e) Apakah iktibar yang boleh diperoleh
daripada kejayaan Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn untuk kegemilangan Negara
Malaysia?
i.
...................................................................................................................
ii.
....................................................................................................................
[2 markah]
BAHAGIAN C : Jawab salah
SATU sahaja
1. Dasar-dasar ekonomi yang diperkenalkan
oleh British di Tanah Melayu telah meninggalkan kesan dalam pelbagai aspek.
a) Huraikan faktor-faktor yang membawa
kepada kemunculan bandar-bandar baru di negara kita?
(8 markah)
b) Jelaskan kesan perkembangan ekonomi
terhadap sistem pengangkutan dan perhubungan di negara kita.
(6 markah)
c) Pada pendapat anda, mengapakah
kerajaan British menyediakan lebih banyak kemudahan sistem pengangkutan di
kawasan pantai barat Semenanjung Tanah Melayu?
(6 markah)
2. Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara
pada umumnya dibahagikan kepada dua tahap.
a) Jelaskan ciri-ciri gerakan
nasionalisme tahap pertama di Asia Tenggara.
(6 markah)
b) Bagaimanakah kuasa imperialisme Barat
menangani gerakan nasionalisme yang bersifat radikal di Asia Tenggara?
(8 markah)
c) Apakah iktibar yang anda peroleh
daripada gerakan nasionalisme di Asia Tenggara?
(6 markah)
KERTAS
SOALAN TAMAT
No comments:
Post a Comment