Sunday, 15 January 2012

hehe fokus ye

Tamadun Mesir Purba
1.     Berkembang dari petempatan awal zaman Neolitik 10000- 5000SM. Sekitar 3500SM di kaw delta dan tengah Mesir berkembang jadi tamadun awal .
2.     Terbahagi 4 zaman
2.1.   Awal                         -           3100 – 2200SM    
2.2.   Pertengahan              -           2040 – 1785Sm
2.3.   Empayar                   -           1570 – 1085SM
2.4.   Keruntuhan               -           1085 – 322SM       
- Dikuasai :
2.4.1.                      Libya                  1110 – 947SM ,
2.4.2.                      Kush      730 – 670SM
2.4.3.                      Assyria               663 – 609SM
2.4.4.                      Parsi       525SM
2.4.5.                      Yunani               332 – 30SM
2.4.6.                      Rom       30SM

3.     Terletak di tebing Sungai Nil – ada dataran yang subur.
4.     Pusat pentadbiran – Memphis, Thinis, dan Thebs.
5.     Kuasa luar yang pernah jajah – Libya, Kush, Assyria, Parsi, Yunani dan Rom.

6.     Proses pembentukan tamadun Mesir Purba
6.1.   Bermula dalam zaman logam sejak 5000SM dgn membina sistem perparitan dan pengairan untuk pertanian.
6.2.   Kemudian bina peralatan kawalan air dan terusan – tingkatkan kesuburan pertanian.
6.3.   Mendirikan petempatan dan berkembang menjadi kampung.
6.4.   Perkampungan berkembang jadi bandar dan bergabung bentuk daerah @ nome.
6.5.    Nome atau daerah disatukan jadi pusat pentadbiran spt Thebes, Thinis dan Memphis.Salah satunya jadi pusat pentadbiran.


7.     Ciri-ciri petempatan kekal :
7.1.  Asas petempatan disatukan oleh Firaun Menes 3200SM. Semua nome disatukan jadi sebuah kerajaan.
7.2.   Pusat pentadbiran berpindah ke Memphis dari Thinis – hampir dengan sungai Nil.
7.3.   Kemudian berpindah ke Thebes pd zaman kemuncaknya.
7.4.   Menjadi tempat kediaman Firaun.
7.5.  Bandar berfungsi sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran. Pelabuhan dijadikan pusat keagamaan dan tumpuan penduduk.
8.     Bentuk dan struktur organisasi :
8.1.   Firaun merupakan raja yang berkuasa mutlaq serta dianggap suci
8.2.   Jawatan firaun diwarisi secara turun-temurun.
8.3.  Firaun dianggap sebagai tuhan Horus semasa pemerintahan dinasti ketiga dan keempat,firaun digelar sebagai Raja Matahari,iaituAmon-Re.
8.4.   Firaun juga merupakan ketua pendeta,ketua hakim,pemilik tanah,dan ketua pahlawan.
8.5.  Golongan pahlawan menjalankan pentadiran,menjaga keamanan,mengurus dan mengagihkan makanan dan menjadi pegawai,penasihat dan gabenor wilayah yang ditakluki.
8.6.   Para rahib dipertanggunjawabkan oleh firaun untuk mantadbir hal keagamaan.
8.7.   Jurutulis ditugaskan untuk menulis rekod kerajaan.
8.8.   Rakyat bebas terdiri daripada petani,pedagang dan artisan.
8.9.   Hamba adalah susun lapis masyarakat yang paling bawah.
9.     Sistem Pemerintahan dan peranannya:
9.1.     Raja – Ketua dan pemerintahan Mesir Purba.Bergelar Firaun .Perkataan Firaun dari  Yunani Pharaoh – bermaksud rumah yg agong. Merujuk istana dan raja yang memerintah. Berperanan:
            -           Raja berkuasa mutlak
            -           Dianggap sebagai suci dan dianggap sebagai jelmaan tuhan Horus.
            -           Mewarisi pemerintahan secara turun temurun.
            -           Dalam dinasti ke tiga dan empat Firaun digelar Amon Re – Raja Matahari.
            -           Ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim, dan pahlawan.
            -           Dibantu golongan bangsawan dalam jalakan pemerintahan, menjaga keamanan,                                            mengurus dan mengagih makanan.
            -           Melantik para rahib mentadbir hal keagamaan.
            -           Melantik orang awam sebagai jurutulis rekod kerajaan.
            -           Firaun Hatshepsut seorang wanita – membina terusan dan menukar padang pasir jadi                              tanah pertanian yang subur
9.2.  Pembesar, Bangsawan, Rahib, Jurutulis, Tuan Tanah
            -           Membantu raja sebagai pegawai, penasihat dan gabenor wilayah.
            -           Rahib mentadbir hal keagamaan.
            -           Jurutulis merekod rekod kerajaan.
9.3.   Rakyat Bebas – Petani, Pedagang, Artisan
9.4.   Hamba
10. Pengkhususan pekerjaan masyarakat Mesir.
            -           Terlibat dalam kraftangan seperti penenunan dan pembuatan barangan tembikar dan                              peralatan.
            -           Hasil tekstil dan kertas untuk ekspot.
            -           Perlombongan emas di Nubia.
            -           Sungai Nil – membolehkan kapal menyusuri dan berlabuh di pelabuhan spt Thebes,                                     Memphis, Fayoun, dan Heliopolis untuk aktiviti perdagangan.
            -           Pentadbiran terancang – menarik pedagang Laut Mediterranean dan Laut Merah                                         untuk singgah di Pelabuhan Mesir Purba.

11. Kepercayaan masyarakat Mesir.
11.1.  Berkonsepkan politeisme.
11.2.  Setiap tahun orang Mesir Purba selalu dikaitkan dengan unsur alam seperti Re (Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit) dan Amun (Tuhan Angin).
11.3.  Mempercayai kepada kehidupan selepas mati dan mayat perlu disimpan serta dijaga dengan teliti.
11.4.  Makam mayat dibekalkan dengan barangan kelengkapan harian serta kehidupan selepas mati
12. Ciri-ciri sistem tulisan Mesir Purba:
12.1.  Sistem tulisan hieroglif – tulisan bergambar. Berkembang kepada hieratik – tulisan berangkai kemudian demotik 700SM .
12.2.  Sistem tulisan ini berasaskan kombinasi gambar dan simbol berdasarkan bunyi.
12.3.  Sistem tulisan bertujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan pengutipan cukai.
12.4.  Juga berperanan dalam keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.

Sumbangan Tamadun Mesir Purba
1.     Sumbangan dalam sains dan teknologi.
a.      Sumbangan seni bina piramid-dibina Imhotep
            i.          Jasa Imhotep – Bina piramid Sakkara.
     ii.          Dibina untuk Firaun Djoser – Firaun kedua dinasti ketiga.
b.     Memperkenalkan teknik pembinaan menggunakan batu bata.
c.     Mencipta kertas daripada pokok papyrus.
d.     Penciptaan kertas memudahkan penyimpanan khazanah bangsa.
e.      Tinggalan tamadun Mesir Purba kepada dunia adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya iaitu hieroglif.
f.       Kemajuan dalam ilmu perubatan melahirkan pengamal perubatan mendapat status yang tinggi dalam masyarakat dan berkhidmat untuk firaun dan masyarakat.
     i.           Dokumen perubatan Mesir Purba  jumpa dalam makan Firaun Khufu. 1600SM.
     ii.          Catatan perubatan yang tertua.
g.     Kemajuan dalam bidang perubatan dalam memumiakan mayat.
h.     Tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidang fizik,kimia,perubatan dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga ke hari ini.
i.        Penggunaan ilmu matematik digunakan untuk mengawal banjir.
j.        Berjaya mencipta sistem pengairan – menyuburkan kawasan pertanian.
k.     Zaman Firaun Senuustret III – berjaya menebusguna tanah – 123KM dan bina terusan mengairi 10000hektar.
l.        Memperkenalkan kalendar 365 hari , 12 bulan setahun.
m.   Tinggalan bangunan, tulisan, dokumen, dan buku – pembuktian wujud tamadun Mesir Purba.
n.     Pengawalan air nadi tamadun Mesir.

2.     Sumbangan dan penekanan dalam pendidikan.
a.      Diwujudkan untuk kanak-kanak sejak umur rendah – golongan atasan.
b.     Diadakan di rumah ibadat dan dikawal kerajaan.
c.     Tujuan – lahirkan golongan pegawai kerajaan spt jurutulis.
d.     Wujudkan juga ahli sains, geometri, matematik – uruskan hal ehwal pertanian,pengawalan air, pembinaan bangunan, dan piramid.


Bentuk Kerajaan Awal
Dibahagi 2 : Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim. Berasaskan kedudukan geografi dan sosioekonomi.
        Kerajaan Agraria
1.     Kerajaan berasaskan  ekonomi pertanian, penternakan, dan pemungutan hasil hutan dan sungai. Terbentuk berhampiran lembah sungai yg subur spt kerajaan Dvaravati – Sungai Menam, Thailanddan Sg Irrawady, Kerajaan Sungai Merah, Vietnam, Kerajaan Sg Mekong ( Kemboja, Loas, dan Vietnam)
2.     Selain itu dapat juga di pedalamankaw. Berbukit dan lereng gunung berapi spt kerajaan taruma di Tanah Tinggi Dieng, Indonesia..
3.     Kerajaan awal yg terkenal: Sailendra ( Jawa tengah ), Angkor ( Kemboja ), dan Sukhotai ( Thailand ). Funan dari agraria ke maritim
4.     Terbentuk secara evolusi – jadi petempatan kekal kemudian bandar dan kerajaan.
5.     Tanaman utama : Padi sawah, padi huma, jagung , pisang, keledek, dan sayur-sayuran. Rempah ratus spt – cengkih, dan lada hitam hasil hutan spt gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana, dan pelbagai buahan.
6.     Lain-lain : Sarang burung utk perdagangan, Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai, kulit kura-kura.
7.     Ternakan haiwan spt lembu, kerbau, kambing, dan ayam.
8.     Tahap awal pertanian utk sara diri kemudian komersil – ia dipengaruhi pembinaan sistem pengairan. Funan dan Angkor pengairan dari sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap. – raja dan kerajaan bertanggungjawab membina dan mengurusnya spt zaman Raja Indravarman 1 (877M) – bina sistem pengairan dan baray – tempat takungan air seperti tasik.- Majukan pertanian Angkor.

9.     Kerajaan Angkor kuat sebab kedudukannya dekat dengan Tasik Tonle Sap dan Sungai Mekong. Cuaca yang sesuai dan tanah yang subur.- utk padi, ikan air tawar, punca air minum – upaya tampung penduduk yg ramai.



Ciri-ciri kehidupan pada Zaman Gelap.

Tiada Pentadbiran pusat
Tiada pentadbiran pusat yang berkesan. Yang mengawal tingkah laku rakyat dan pembesar.
Pusat hilang kuasa
Kemusnahan kuasa pusat kerana tidak dapat mentadbir wilayah-wilayah.
Wujud Baron – kuasai tanah
Kemunculan golongan baron (tuan rumah) yang berkuasa di wilayah yang diduduki.
Perlindungan Baron
Golongan petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah untuk menjaga keselamatan mereka sebagai balasan petani terpaksa membayar cukai kepada tuan tanah.
Wujud perhambaan
Petani yang tidak berkemampuan untuk membayar cukai menyerahkan tanah mereka kepada golongan tuan tanah dan terpaksa menjadi hamba.
Perlindungan Raja utk Baron
Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja dan sebagai tukaran golongan tuan tanah dikehendaki memberikan khidmat atau membayar cukai kepada raja.
Ikatan hubungan rakyat – tuan tanah - Raja
Jalinan ikatan yang menghubungkan golongan rakyat dengan tuan tanah dan seterusnya raja dengan tuan tanah merupakan asas kepada sistem feudal di Eropah.
Kelembapan ilmu
Kelembapan ilmu pengetahuan
Gereja berkuasa miliki harta
Institusi gereja amat berkuasa dengan memiliki harta yang banyak.
Fokus Akhirat
Institusi gereja memberikan fokus kepada kegiatan amalan agama dan ilmu keakhiratan.
Kongkongan Gereja
Gereja mengongkong kehidupan masyarakat Eropah.
Gangguan orang gasar
Kegiatan perdagangan tidak meluas dan sering diganggu oleh serangan orang gasar seperti Viking dan Magyar.
Kegagalan bersaing dengan org Islam.
Kegiatan perdagangan ke Timur Jauh tidak dapat dijalankan kerana tidak berupaya menyaingi penguasaan orang islam di Mediterranean.
Tumpuan Pertanian shj.
Mereka terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi mereka kepada sektor pertanian.
Amalan Sistem Barter.
Perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem tukaran barang kerana penggunaan matawang terhad.

   

No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6