Kredit to Cikgu Zamri
Cadangan Peraturan Pemarkahan Kertas 3 Bab 7
1. Pengenalan/Latar
belakang sistem demokrasi berparlimen
Selepas pembentukan
Malaysia pada tahun 1963,jentera pentadbiran kerajaan telah diperkemaskan.
sistem pemerintahan
dan pentadbiran negara selepas merdeka adalah berlandaskan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen. Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan
kedaulatan rakyat.
Terdapat dua corak
pemerintahan demokrasi, Sistem Raja Berpelembagaan,iaitu sistem pemerintahan
yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri.
Pemerintah negara dibantu oleh Perdana Menteri.
Malaysia mengamalkan
Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan sejak mencapai kemerdekaan
pada tahun 1957.
Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan
diri dalam sistem pemerintahan negara, Raja-raja Melayu menjadi lambang taat
setia rakyat
Rakyat berpeluang
membentuk kerajaan.Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya.Rakyat
berhak menyokong,mengekal atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui
pilihan raya.
Perlembagaan Malaysia
menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.
Beberapa pindaan
perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan
politik semasa.
Sistem demokrasi
berparlimen berjaya mengekalkan kerajaan yang adil,sejahtera dan stabil.
[15x1m][Maksimum:5 markah]