Wednesday, 9 September 2015

Kertas 1 Sejarah Percubaan Kelantan 2015

1     Mengapakah lembah sungai menjadi pusat pembentukan tamadun awal
       manusia? 

       A    Kesuburan tanah
       B    Kesesuaian seni bina
       C    Potensi  pelancongan
       D    Pemilihan pemerintah

2     Anda seorang pembesar pada zaman Dinasti Chou di China.
       Apakah yang anda lakukan untuk membuktikan kesetiaan kepada raja? 

       A    Membina pintu gerbang                   
       B    Mengawas peperiksaan awam                        
       C    Melakukan upacara penyembahan
       D    Memberi bantuan ketenteraan


  • Plato
  • Socrates
  • Aristotle
 
3     Tokoh berikut telah menyumbang kepada peningkatan tamadun Yunani.



       Apakah sumbangan mereka?

       A   Mengembangkan ilmu falsafah
       B   Menghasilkan ciptaan monumen
       C  Melaksanakan perluasan kuasa
       D  Mewujudkan sistem agama

Saturday, 15 August 2015

Kertas 3 Bab 2 Tingkatan 5

Bab 2 : Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang dunia Kedua
Tema/Tajuk : Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
Soalan khusus :        
Penjajahan British di Tanah Melayu telah membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan.
Bincangkan peristiwa-peristiwa pemimpin tempatan menentang British di Tanah Melayu dan kejayaan negara Malaysia dalam mengekalkan kemerdekaan negara sehingga kini.
Format
Perincian
Markah Penuh
Pengenalan
1.  Jelaskan maksud gerakan nasionalisme.
5 markah
Isi dan Huraian
2. Huraikan peristiwa kebangkitan pemimpin tempatan menentang British berikut:
i)          Penghulu Dol Said
ii)        Mat Salleh
iii)      Tok Janggut
30       markah
3. Jelaskan implikasi daripada penentangan pemimpin tempatan terhadap British.
15 markah
4. Bagaimanakah kita memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan pada abad ke-19 dalam usaha memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat?
15       markah
5. Buktikan kejayaan Malaysia dalam usaha memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat sejak tahun 1957.
10    markah
6.
(i)        Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara kita dalam usaha memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat.
(ii)      Cadangkan langkah-langkah yang drastik untuk menangani cabaran di atas.
10 markah
7. Nyatakan nilai-nilai murni yang boleh kita teladani daripada gerakan penentangan pemimpin tempatan terhadap British.

10 markah
Kesimpulan
8
         ● Pengetahuan yang diperoleh
         ● Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
         ● Harapan calon

5 markah

Sunday, 10 May 2015

Mengapa generasi muda pada hari ini tidak gemar membaca akbar?
mengapa?
- terdapat akhbar online yg senang diakses
- masyarakat lebih tertumpu pd media sosial spt facebook
- masyarakat mendapat maklumat melalui whatsapp,telegram yg lebih pantas
- terdapat banyak saluran berita di tv
-lambat dpt maklumat
-perlu dibeli
sukar nak didpti..

Cadangan..
-beri kemudahan utk mengakses brita
- mengadakan kempen..
- akhbar dan majalah mesti memuatkan bahan yg lbh menyeronokkan
- menggunakan ilustrasi yg menarik
- menyediakan isu yang menarik dan topik hangat yg dpt menarik minat semua golongan
- persembahan setiap ruangan mesti kreatif dan kemas
-Menyediakan bahan yg berkualiti dan memenuhi citarasa pembaca
-Menyampaikan maklumat
yang tepat
-akbar sebagai saluran dasar2 kerajaan utk tujuan pembangunan dan kebajikan rakyat

Friday, 8 May 2015

Contoh penulisan Iktibar

Kita mestilah melahirkan masyarakat bersatu padu untuk mengukuhkan hubungan antara kaum. Selain itu, kita mestilah melahirkan masyarakat bermoral yang patuh pada agama. kita juga mestilah melahirkan masyarakat matang yang berfikir secara rasional. kita juga mestilah melahirkan masyarakat maju yang kreatif dan inovatif. akhir sekali, kita mestilah melahirkan masyarakat penyayang yang mengamalkan nilai-nilai murni.

dalam penulisan iktibar, pelajar diingatkan menulis FAKTA dan HURAIAN

all the best!

Tuesday, 21 April 2015

KBAT Sejarah

Warisan dunia amat rapuh dan mudah tercemar. Pada pandangan anda, bagaimanakah kita dapat memelihara warisan dunia daripada musnah?

penggubalan undang-undang yang berkaitan supaya tidak diubahsuai atau dijualbeli oleh pihak berkepentingan
mesti dijaga rapi oleh pakar-pakar arkeologi
generasi muda harus diberi pendidikan supaya berkesedaran tinggi untuk memelihara warisan dunia
beri kesedaran tentang kepentingan warisan dunia untuk generasi akan datang
wajib memperuntukkan dana khas untuk memulihara warisan dunia di negara kita

KBAT Sejarah

1. Berdasarkan pemerhatian anda, adakah masyarakat Malaysia telah memiliki ciri-ciri tamadun? Berikan alasan anda.
Ya
Malaysia memiliki kerajaan yang sistematik.
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan tulisan Jawi merupakan kebanggaan orang Melayu.
Masyarakat Malaysia juga mempunyai agama dan kepercayaan masing-masing.
Selain itu, Malaysia merupakan pengeluar utama getah dan bijih timah di dunia.

Tidak
masyarakat Malaysia telah maju dari sudut rohaniah tetapi masih kurang dari segi rohaniah.
Banyak kes yang berlaku telah membuktikan kerendahan tatasusila dalam kalangan masyarakat kita.

Saturday, 14 February 2015

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

KBAT : Jawapan mestilah mempunyai isi beserta huraian yg lengkap dan contoh yg sesuai
1. Pada pandangan anda, mengapakah kuasa imperialis dapat menguasai negara-negara di Asia Tenggara dengan begitu mudah?


-Kelemahan pemimpin tempatan
-Kekurangan senjata moden
-Kekurangan ilmu pengetahuan
-Pemimpin tempatan tidak bersedia untuk berubah
-Kelicikan pegawai Barat
-Kemajuan peralatan senjata

Sunday, 9 November 2014

Alhmdlh..

Alhmdlh..settle paper Sejarah k1 dan k2 SPM 2014

next, paper 3..

All the best!

Tuesday, 4 November 2014

Sejarah kertas 3 SPM 2014

Manfaat yang diperoleh daripada keberkesanan amalan system Demokrasi Berparlimen

1.       Rakyat bebas menjalankan aktiviti ekonomi
2.       Menarik pelabur asing melabur di Malaysia
3.       Meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia
4.       Menaikkan taraf hidup rakyat agar Malaysia terus maju
5.       Mempelbagaikan sumber pendapatan rakyat
6.       Meningkatkan infrastruktur untuk kemudahan rakyat agar nasib semua kaum terbela
7.       Pencapaian ekonomi negara meningkat seterusnya pendapatan rakyat juga meningkat
8.       Rakyat berpeluang mendapat pendidikan sehingga peringkat tinggi
9.       Pembentukan identity rakyat Malaysia yang berbilang kaum
10.   Negara menjadi aman dan terhindar daripada perpecahan kaum
11.   Ramai pelancong asing akan datang dan menaikkan imej Negara
12.   Rakyat boleh bersuara dan mengemukakan pandangan
13.   Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihanraya
14.   Menjamin kerajaan yang adil dan stabil
15.   Menggalakkan perpaduan antara kaum.

Sejarah Tahun 4: Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Copy of Aktiviti Seret dan Lepas Interaktif Sejarah Tahun 4: Kesultanan Melayu Melaka by Cikgu Sarah