Tuesday, 21 April 2015

KBAT Sejarah

Warisan dunia amat rapuh dan mudah tercemar. Pada pandangan anda, bagaimanakah kita dapat memelihara warisan dunia daripada musnah?

penggubalan undang-undang yang berkaitan supaya tidak diubahsuai atau dijualbeli oleh pihak berkepentingan
mesti dijaga rapi oleh pakar-pakar arkeologi
generasi muda harus diberi pendidikan supaya berkesedaran tinggi untuk memelihara warisan dunia
beri kesedaran tentang kepentingan warisan dunia untuk generasi akan datang
wajib memperuntukkan dana khas untuk memulihara warisan dunia di negara kita

KBAT Sejarah

1. Berdasarkan pemerhatian anda, adakah masyarakat Malaysia telah memiliki ciri-ciri tamadun? Berikan alasan anda.
Ya
Malaysia memiliki kerajaan yang sistematik.
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan tulisan Jawi merupakan kebanggaan orang Melayu.
Masyarakat Malaysia juga mempunyai agama dan kepercayaan masing-masing.
Selain itu, Malaysia merupakan pengeluar utama getah dan bijih timah di dunia.

Tidak
masyarakat Malaysia telah maju dari sudut rohaniah tetapi masih kurang dari segi rohaniah.
Banyak kes yang berlaku telah membuktikan kerendahan tatasusila dalam kalangan masyarakat kita.

Saturday, 14 February 2015

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

KBAT : Jawapan mestilah mempunyai isi beserta huraian yg lengkap dan contoh yg sesuai
1. Pada pandangan anda, mengapakah kuasa imperialis dapat menguasai negara-negara di Asia Tenggara dengan begitu mudah?


-Kelemahan pemimpin tempatan
-Kekurangan senjata moden
-Kekurangan ilmu pengetahuan
-Pemimpin tempatan tidak bersedia untuk berubah
-Kelicikan pegawai Barat
-Kemajuan peralatan senjata

Sunday, 9 November 2014

Alhmdlh..

Alhmdlh..settle paper Sejarah k1 dan k2 SPM 2014

next, paper 3..

All the best!

Tuesday, 4 November 2014

Sejarah kertas 3 SPM 2014

Manfaat yang diperoleh daripada keberkesanan amalan system Demokrasi Berparlimen

1.       Rakyat bebas menjalankan aktiviti ekonomi
2.       Menarik pelabur asing melabur di Malaysia
3.       Meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia
4.       Menaikkan taraf hidup rakyat agar Malaysia terus maju
5.       Mempelbagaikan sumber pendapatan rakyat
6.       Meningkatkan infrastruktur untuk kemudahan rakyat agar nasib semua kaum terbela
7.       Pencapaian ekonomi negara meningkat seterusnya pendapatan rakyat juga meningkat
8.       Rakyat berpeluang mendapat pendidikan sehingga peringkat tinggi
9.       Pembentukan identity rakyat Malaysia yang berbilang kaum
10.   Negara menjadi aman dan terhindar daripada perpecahan kaum
11.   Ramai pelancong asing akan datang dan menaikkan imej Negara
12.   Rakyat boleh bersuara dan mengemukakan pandangan
13.   Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihanraya
14.   Menjamin kerajaan yang adil dan stabil
15.   Menggalakkan perpaduan antara kaum.

Tuesday, 14 October 2014

Zaman Gelap B9T4


Wawasan 2020

9 Cabaran..
SaJi DeRal MaMa Sayang Adil Makmur

Membina masyarakat..
Sa - bersatu padu
Ji - berjiwa bebas
De - demokratik
Ral - bermoral
Ma - matang
Ma S - Maju dan saintifik
Sayang - Penyayang
Adil - Adil ekonomi
Makmur - Makmur

hehe adakah sel-sel otak anda bergabung?

Fokus Sejarah SPM 2014 Tingkatan 4


Cadangan jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014

Kredit to Cikgu Zamri


Cadangan Peraturan Pemarkahan Kertas 3 Bab 7

1.      Pengenalan/Latar belakang sistem demokrasi berparlimen
      Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963,jentera pentadbiran kerajaan telah diperkemaskan.
      sistem pemerintahan dan pentadbiran negara selepas merdeka adalah berlandaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.
      Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi, Sistem Raja Berpelembagaan,iaitu sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri. Pemerintah negara  dibantu oleh Perdana Menteri.
      Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara, Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat
      Rakyat berpeluang membentuk kerajaan.Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya.Rakyat berhak menyokong,mengekal atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.
      Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.
      Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.
      Sistem demokrasi berparlimen berjaya mengekalkan kerajaan yang adil,sejahtera dan stabil.
[15x1m][Maksimum:5 markah]

Sejarah Tahun 4: Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Copy of Aktiviti Seret dan Lepas Interaktif Sejarah Tahun 4: Kesultanan Melayu Melaka by Cikgu Sarah